鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Islam UMS

📌PROGRAM SOLAT HAJAT IMTIHAN PERDANA BIL. 1/2026
📌CERAMAH ISRAK MIKRAJ
📌MAJLIS KHATAM AL-QURAN
🎓Peserta Kelas Pengajian Al-Quran & Iqra’
📚Semester 1 Sesi 2025/2026
🏛Pusat Islam 鶹Ƶ (PIUMS)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh sukacita dimaklumkan bahawaPusat Islam 鶹Ƶ (PIUMS)akan menganjurkan satu program kerohanian bersempena peperiksaan dan pengukuhan penghayatan Islam, merangkumi:
✨Solat Hajat Imtihan Perdana
✨ Ceramah Israk Mikraj
✨ Majlis Khatam Al-Quran Peserta Kelas Pengajian Al-Quran & Iqra’
Program ini bertujuan memohon keberkatan dan pertolongan Allah SWT dalam menghadapi peperiksaan, di samping menghayati peristiwa agung Israk dan Mikraj serta meraikan kejayaan para peserta yang telah menamatkan pengajian Al-Quran dan Iqra’.
📅Tarikh: 15 Januari 2026 (Khamis)
🕰 Masa: 6.00 Petang – 8.30 Malam
📍Tempat: Masjid UMS
Sehubungan itu, seluruh warga UMS adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program ini dan bersama-sama menyemarakkan budaya ilmu serta penghayatan Islam di kampus.
Semoga kehadiran para hadirin diberkati dan dirahmati Allah SWT.
🤲“Bersama Kita Memohon Kejayaan Dunia dan Akhirat”
Sekian, terima kasih.
Pusat Islam 鶹Ƶ (PIUMS)
#SolatHajatImtihan
#ImtihanPerdana2026
#IsrakMikraj
#KhatamAlQuran
#PIUMS
#MasjidUMS
#WargaUMS

Pengumuman Daripada:Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

KEMPEN INFAK HELWA
Pusat Islam 鶹Ƶ (UMS)
Mari bersama-sama menyemarakkan amalan infak berterusan bagi menyokong pelaksanaan Kelas Mengaji HELWA serta aktiviti dakwah di bawah Pusat Islam 鶹Ƶ (UMS).
Sumbangan yang disalurkan akan dimanfaatkan untuk:
📘 Kelas Mengaji Kakitangan UMS & Orang Awam
🎓 Kelas Mengaji Pelajar UMS
📖 Bengkel / Kelas Tajwid
👥 Program Pembangunan Kemahiran Wanita
🤍 Program Kerohanian Wanita
🕌 Program Tadarus & Majlis Khatam Al-Quran
📖 Pembelian Al-Quran, Iqra’, buku tajwid dan rehal
📲 Cara Menyumbang (e-Payment):
1. Layari pautan:
👉
2. Klik Bayaran Pusat Islam UMS
3. Pilih Bayaran Helwa Pusat Islam UMS
4. Pilih Infak HELWA dan isikan maklumat
5. Pilih kaedah bayaran FPX atau Kad Kredit
💳 Sumbangan Pantas:
Imbas Kod QR yang tertera pada poster
📌 Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat Tirmidzi)
📞 Hotline Pusat Islam UMS:
☎️ 088-3206
#InfakHELWA
#PusatIslamUMS
#UMSshare
#SedekahJariah

Pengumuman Daripada:Fakulti Perhutanan Tropika

Fakulti Perhutanan Tropika ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puanterhadap perkhidmatan kami.
Bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pihak kami sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan. Justeru itu, kami amat menghargai sekiranya YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puandapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik ini.
Soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera di poster atau melalui pautan berikut:
Rating E-Kaunter boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera di poster atau melalui pautan berikut:
Segala maklum balas yang diterima akan digunakan sebagai asas penting dalam menambah baik mutu dan keberkesanan perkhidmatan kami.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puanamat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada:Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

KEMPEN INFAK DAPUR RAHMAH
Pusat Islam 鶹Ƶ (UMS)
Mari bersama-sama menyemarakkan amalan infak dengan menyumbang melalui potongan gaji HR Online bagi menyokong Dapur Rahmah Pusat Islam UMS.
Sumbangan anda akan digunakan untuk:
* Program iftar (berbuka puasa) sepanjang bulan Ramadan
* Iftar Isnin & Khamis
* Kupon dan pek makanan percuma aktiviti masjid
* Sarapan pagi percuma setiap Jumaat & Minggu
* Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah
📖 Sabda Nabi SAW:
“Sedekah itu memadamkan dosa seperti air memadamkan api.”
(Riwayat At-Tirmizi)
📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Dapur Rahmah
📞 Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320626
Semoga setiap infak menjadi saham akhirat dan membawa keberkatan buat kita semua.
#InfakDapurRahmah
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare