麻豆视频

Pilih bahasa anda

Language

STEM Explorer@UMS Semai Minat Sains Murid SK Kg Brunei, Membakut

麻豆视频 (UMS) terus memperkukuh peranan sebagai institusi pemindahan ilmu kepada masyarakat menerusi penganjuran Program Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) 100鲁 bertemakan STEM Explorer@UMS.

Program yang melibatkan 30 murid Tahun Lima dan Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Brunei, Membakut tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional Padanan 1 Saintis : 1 Sekolah.

Kemuncak program ialah sesi lawatan dan aktiviti di Makmal Gunasama Fakulti Sains dan Teknologi (FST) yang memberi pendedahan langsung kepada murid terhadap persekitaran makmal sebenar.

Murid dedahkan kepada peralatan asas kimia melalui demonstrasi eksperimen yang menarik, selamat dan bersesuaian dengan tahap pembelajaran.

Antara eksperimen yang dijalankan ialah Fireproof Balloon yang memperlihatkan konsep pemindahan haba, Volcano Experiment yang menunjukkan tindak balas kimia secara visual, dan Invisible Fire dan Fire Glow yang menerangkan fenomena pembakaran serta tenaga.

Program tersebut diterajui oleh Ketua Saintis FST, Prof. Madya ChM. Ts. Dr. Mohd Sani Sarjadi, dengan kerjasama Ketua Program Kimia Industri, Dr. Mohd Hafiz Abd Majid.

Menurut Sani, pendekatan pembelajaran berasaskan penerokaan dan eksperimen amat berkesan dalam menarik minat murid terhadap sains.

鈥淢atlamat utama program ini adalah untuk menyemai minat awal terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dan penerokaan.

鈥淢elalui tema STEM Explorer@UMS, kami mahu murid melihat sains sebagai satu pengembaraan ilmu yang menyeronokkan dan bukan sesuatu yang menakutkan.

鈥淧rogram seumpama ini merupakan tanggungjawab sosial universiti dalam melahirkan generasi celik STEM.

鈥淢elentur buluh biarlah dari rebungnya, jika minat terhadap sains disemai sejak usia muda, negara akan memiliki modal insan yang berdaya saing dan inovatif pada masa hadapan,鈥 katanya.

Penganjuran program turut disertai oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee, sebagai manifestasi komitmen fakulti dalam memperkasa pendidikan STEM dan menyokong agenda pemindahan ilmu universiti kepada masyarakat.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

麻豆视频
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN


Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda