麻豆视频

Pilih bahasa anda

Language

Program Native Sabahan Beadswork Perkasa Warisan Kraf Tradisional Sabah

Inisiatif menerusi Program Native Sabahan Beadswork聽yang diadakan di Bangunan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), 麻豆视频 baru-baru ini mampu memperkenalkan serta memartabatkan seni kraf manik tradisional masyarakat pribumi Sabah.

Ketua Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar (UPPLB) FPPS, Profesor Madya Dr. Connie Shin @ Connie Cassy Ompok berkata, program anjuran UPPLB itu turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai nilai budaya serta identiti warisan tempatan yang menjadi asas kepada pembentukan jati diri masyarakat Sabah.

鈥淧rogram ini juga bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal dan berasaskan pengalaman.

鈥淢enerusi penyertaan seramai 16 peserta yang turut melibatkan pelajar Fakulti Sains, National University of Singapore (NUS), ini sekali gus berperanan sebagai platform pertukaran budaya dan pengetahuan antara institusi antarabangsa,鈥 katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan dari FPPS kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyokong dan menjayakan program tersebut.

鈥淧rogram seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong usaha pemeliharaan dan pelestarian warisan budaya Sabah,鈥 ujar beliau.

Majlis perasmian program tersebut disempurnakan oleh Dekan FPPS, Profesor Madya Dr. Soon Singh a/l Bikar Singh yang turut menyempurnakan penganugerahan sijil kepada peserta yang terlibat.

Hadir sama pada majlis tersebut Pensyarah dari NUS, Dr. Shao Ting Hoong; setiausaha penganjur program, Mohamad Akmal Ariq Dzainuddin; dan dua tenaga pengajar pakar seni manik tradisional Sabah, iaitu Agnes Angkung dan Doris Sabala.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

麻豆视频
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN


Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda