鶹Ƶ

Tun Dr. Mahathir Mohamad Saran Pusat Kajian Strategik Sabah Kaji Jenis-Jenis Peperangan

tun mISNIN, 18 MAC - 鶹Ƶ (UMS) disaran agar mengadakan penyelidikan terhadap jenis-jenis peperangan khususnya sistem peperangan gerila yang disifatkan sukar untuk dikalahkan.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kajian terhadap sistem peperangan itu penting memandangkan teknik tersebut merupakan sistem peperangan yang sering digunakan pada masa kini.

“Sistem Perang gerila ini bukan seperti peperangan biasa. Kalau kita tidak meningkatkan kecekapan kita dalam jenis peperangan seumpama ini, besar kemungkinan negara kita tidak dapat diselamatkan,” katanya ketika mengulas cadangan UMS untuk menubuhkan Pusat Kajian Strategik Sabah.

Jelasnya lagi, penubuhan Pusat Kajian itu amat bertepatan dalam usaha membantu kerajaan untuk mengukuhkan aspek pertahanan dan kedaulatan negara.

Terdahulu, Tun Dr. Mahathir dalam syarahan perdananya yang bertajuk Peranan Generasi Muda Ke Arah Negara Maju dan Berdaulat berkata Kemajuan dikecapi negara masa kini bukan datang dengan sendirinya tetapi adalah hasil usaha dan perjuangan pemimpin terdahulu dan rakyat perlu menghayatinya.

Sambil menegaskan, rakyat Malaysia kini menikmati pembangunan dalam semuaperingkat termasuk pembangunan minda, beliau berkata perkembangan itu memerlukan generasi muda melengkapi diri dengan ilmu terkini terutama dalam bidang sains dan teknologi.

"Kita sedar bahawa kemajuan kita, hidup selesa dan kebahagiaan bukan datangdengan begitu mudah tetapi ia diusahakan, jika kita sedar maka kita bolehmenyediakan diri kita untuk masa depan, kita membekalkan diri kita dengan ilmupengetahuan yang tidak statik dan sentiasa bertambah seumur hidup," katanya.

Beliau menambah, generasi muda pada zaman sekarang berpeluang mendapatilmu pengetahuan tanpa batasan berbanding pada zaman dahulu, sekali gus merekadapat berfikir dan menilai apa juga pendapat dan pengaruh terutamanya darinegara luar.

"Sekiranya rakyat ingin melihat negara maju, ia bukan saja perlu menguasaiilmu terkini tetapi juga perlu berpegang dengan nilai-nilai dan sifat yang baikserta mulia yang pasti boleh menyumbang kepada kemajuan negara...inilah perananpenting muda mudi di negara ini," katanya.Turut hadir bersama lebih 3,000 hadirin ialah isteri Tun Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Naib Canselor UMS, Datuk Mohd Harun Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh serta ahli akademik UMS.

Oleh: Salbinous Saribun,BPK

Foto: Musaab Umair, BPK