Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (PMPEP) 鶹Ƶ (UMS) telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pemimpin Mahasiswa, baru-baru ini.
Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS itu dihadiri oleh seramai 29 peserta yang terdiri daripada pemimpin persatuan dan kelab di bawah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakauanan (FPEP) UMS.
Menurut Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abd Karim, program ‘Dare to Lead’ itu diadakan bertujuan mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan barisan kepimpinan persatuan mahasiswa melalui pelbagai modul dan pengisian aktiviti latihan dalam kolompok (LDK) yang dikendalikan oleh dua orang fasilitator bertauliah.
“Program yang dianjurkan ini dapat memupuk rasa kebersamaan dan kerjasama dalam sesebuah persatuan ataupun organisasi.
“Selain itu ianya dapat menyerlahkan jati diri dan kualliti kepimpinan melalui pelbagai modul kepimpinan, komunikasi dan organisasi yang diterapkan,” ujar beliau.
Program tersebut turut mendapat sokongan penuh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof. Madya Dr. Raman Noordin.
Turut hadir, Pengarah Pusat Alumni, Dr. Arif Kamisan Pusiran dan Pengarah Program merangkap wakil MPP, Pirdyro Sabinus.



Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengucapkan tahniah kepada Professor Dr Justin Sentian sebagai Sainstis Malaysia pertama melaksanakan penyelidikan musim sejuk di Antartika.
鶹Ƶ (UMS) memperuntukkan sebanyak RM350,000 bagi mengatasi masalah bekalan air di dalam kampus.
Penyertaan 鶹Ƶ (UMS) dalam Eurosian Higher Education Summit (EURIE) 2023 di Istanbul Lutfi Kirdar (ICEC), Istanbul, Turkiye baru-baru ini menjadi platform UMS dalam meneroka peluang kolaborasi akademik bersama institusi dan universiti dari negara-negara di Eropah dan Asia.