Pelajar Doktor Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Univeriti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program Promosi Kesihatan di Sekolah Kebangsaan Terongkongan, Kudat baru-baru ini.
Menurut kenyataan FPSK, program yang bertemakan "Makan sihat, jom!." adalah hasil daripada kajian kumpulan mahasiswa yang dijalankan selama empat minggu di Kampung Terongkongan Laut dan Kampung Tinduk Kudat.
“Pelaksanaan program ini sejajar dengan semangat Bulan Pemakanan Malaysia yang disambut pada bulan April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai budaya pemakanan sihat.
“Selaras dengan itu, kumpulan mahasiswa ini telah menjalankan pendidikan kesihatan melalui program promosi pemakanan sihat di kampung-kampung tersebut.
“Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat serta mendorong penghayatan panduan pemakanan secara “suku-suku separuh”, jelas kenyataan itu di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, adalah diharapkan agar program yang dianjurkan dapat memupuk kesedaran yang lebih besar mengenai pemakanan seimbang seterusnya mendorong masyarakat untuk sentiasa mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Majlis perasmian Program Promosi Kesihatan itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong, Datuk Julita Mojungki. Hadir sama, Dekan FPSK UMS, Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree.
Untuk rekod, program kemasyarakatan tersebut turut dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat dan SOG Eyewear Sikuati.



Hampir 200 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta menjayakan Program Destini SMJ Anak Muda Sabah yang berlangsung di 鶹Ƶ (UMS), di sini, pada Rabu.
鶹Ƶ (UMS) telah melancarkan My Research System (MyRES) 1.0, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekosistem penyelidikan dan inovasi universiti.
鶹Ƶ (UMS) telah mengadakan Program Bicara Buku sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), baru-baru ini.
Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) 鶹Ƶ (UMS) dan Persatuan Pendidikan Awal Kanak Kanak Sabah (PERKAS) menganjurkan Program Early Childhood Care and Education (ECCE) Camp di Minakit Retreat Bundu Paka, Kota Belud, baru-baru ini.