鶹Ƶ

Amanda MUETTRABU, 12 NOVEMBER - Keprihatinan 鶹Ƶ (UMS) dalam menjaga kebajikan mahasiswa mendapat pujian daripada ibu bapa pelajar.
 
Lee Linggang, 38, menyuarakan rasa terima kasih dan penghargaan atas kepantasan UMS untuk menghantar anaknya yang mengalami sesak nafas dan pendarahan hidung ke pusat rawatan kecemasan Hospital Queen Elizabeth baru-baru ini.
 
Ujar beliau, anaknya, Amanda Sandra Lestari Lee, pelajar Pusat Persediaan Sains dan Teknologi UMS telah disahkan oleh doktor mengalami kekurangan darah yang serius dan mungkin boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan.
 
“Saya sangat terharu dengan tindakan pantas yang diambil oleh pihak pengurusan UMS. Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada anak saya sekiranya tidak dihantar ke hospital dengan segera,” katanya yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens Kiulu.
 
Lee turut memuji langkah UMS yang serta merta menguruskan tempat peperiksaan Malaysia University English Test (MUET) di bilik khas di hospital tersebut setelah diberi maklum oleh doktor bahawa anaknya diberi kebenaran untuk menduduki ujian berkenaan.
 
“Ini juga satu peristiwa penting yang mana pihak UMS serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan pihak hospital telah sama-sama berganding bahu bagi memastikan Amanda tidak terlepas daripada peperiksaan yang bakal memberi impak kepada permohonan melanjutkan pengajian di peringkat pra-siswazah kelak,” ujar ayah kepada bekas pemenang Naib Juara Pidato Kebangsaan itu lagi.
 
Dalam pada itu, ibu kepada Amanda,  Alvinah Saribun, 38, turut melahirkan rasa terhutang budi kepada pihak universiti kerana sanggup memberi penjagaan dan keselesaan kepada seluruh pelajar termasuk anaknya yang disifatkannya agak kurang sihat sejak kebelakangan ini.
 
“Kami sebenarnya sangat risau bila memikirkan keadaan anak kami apatah lagi pengalaman tinggal berjauhan daripada keluarga adalah yang pertama kali buatnya. Namun kami tetap yakin dan menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada pihak UMS. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan,” ujarnya lagi. –SS

 
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

vc sumbang tabung biasiswaRABU, 12 NOVEMBER - Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah telah mengumumkan pewujudan Tabung Amanah Biasiswa untuk kemudahan siswa-siswa universiti itu.
 
Menurut beliau, tabung tersebut akan memberi bantuan biasiswa kepada mahasiswa UMS melalui sumbangan yang bakal diberikan oleh warga Universiti EkoPelancongan itu.
 
“Untuk ini, saya menyeru dan mempelawa agar warga UMS tampil ke hadapan memberi sumbangan ke atas tabung amanah biasiswa ini yang bakal memberi faedah kepada anak bangsa kita,” katanya pada majlis perasmian Minggu Bertemu Pelanggan Jabatan Bendahari, Perpustakaan dan Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan UMS, kelmarin.
 
Ujar beliau, tabung tersebut akan diuruskan oleh Seksyen Endowment UMS.
 
Menyentuh mengenai program Minggu Hari Bertemu Pelanggan itu, Datuk Dr. Harun menyatakan sokongan terhadap program yang disifatkannya amat bermanfaat.
 
“Tanpa rasa prejudis dan malu, nyatakanlah segala pandangan, aduan, cadangan kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Bendahari, Perpustakaan dan JPP supaya yang salah dapat dibetulkan, yang kurang ditambah dan yang kompleks dipermudahkan.
 
“Saya juga yakin kepelbagaian aktiviti sepanjang minggu ini boleh memberikan manfaat yang sangat banyak kepada kita semua dari segi ilmu pengetahuan, hubungan baik, jalinan kerjasama dan banyak lagi,” tambah beliau lagi. –S

 
Bahagia Media dan Citra
Jabatan Canselori

ecocampus rangersRABU, 12 NOVEMBER - Inisiatif Pusat Pengurusan EcoCampus 鶹Ƶ (UMS) tidak terhad kepada program melibatkan pembangunan mampan kampus universiti, tetapi juga turut menekankan aspek pendidikan terhadap amalan kelestarian alam sekitar kepada masyarakat awam.
 
Justeru, Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2014 baru-baru ini turut menjadi medan pusat itu dalam mendidik masyarakat berhubung pemeliharaan alam sekitar.
 
‘EcoCampus Rangers’ iaitu kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada  40 ahli misalnya telah bertindakmemantau pengurusan sisa organik dan bukan organik di sekitar kawasan UMS Kampus Cawangan Sandakan melalui kerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakanbagi mengurangkan lambakan sampah sarap sepanjang program tersebut.
Â&Բ;
Kumpulan sukarelawan ini mengutipbahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti tin minuman, botol plastik dan botol kaca di setiap gerai, selain mengutip sisa – sisa organik yang kemudiannya dihantar ke tapak kompos Fakulti Pertanian Lestari untuk dijadikan baja.
 
Penduduk yang hadir pada program tersebut turut berpeluang mendalami amalan berkonsepkan lestari dalam menguruskan sumber seperti air dan elektrik melalui perkongsian ilmu oleh ahli-ahli EcoCampus Rangers, selain mengetahui tentang pembuatan kompos dengan sisa-sisa makanan mudah dan murah.
 
Pengarah Pihak Pengurusan EcoCampus, Dr Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul turut memuji inisiatif dari kumpulan sukarelawan terhadap aktiviti penjagaan dan pendidikan alam sekitar kepada orang awam, dan berharap agar inisiatif sebegini berterusan dalam program-program melibatkan pengurusan sisa pada masa akan datang.
 
Sumber: Shahida Mohd Sharif, FPL


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

vcSELASA, 11 NOVEMBER - 鶹Ƶ (UMS) tidak pernah menghalang kakitangan atau para pelajar untuk menganjurkan sebarang aktiviti perayaan di dalam kampus.
 
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, selain sebagai satu usaha untuk mengukuhkan budaya warisan turun-temurun, ia juga bagi meningkatkan jati diri dan mengangkat nilai moral warga kampus mengikut anutan dan kepercayaan agama masing-masing.

“Berhubung dengan laporan akhbar yang memberitahu bahawa UMS menghalang perayaan Krismas disambut di dalam kampus, pihak universiti dengan rendah diri menafikannya dan menyifatkan ia sebagai satu kesalahfahaman.

“Dari segi kronologinya, cadangan sambutan perayaan Krismas ini telah awal mendapat kelulusan yang menyaksikan pihak UMS sendiri turut menyediakan bajet untuk pelaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ujar beliau, pihak UMS turut menyokong hasrat pelajar yang inginkan penganjurannya dibuat secara meriah melibatkan komuniti setempat seiring dengan usaha ke arah merakyatkan universiti.

Datuk Dr. Harun berkata, pihak UMS memberi pilihan sama ada sambutan tersebut diadakan di luar kampus bagi memudahkan kehadiran ramai pengunjung tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas dan ruang tempat letak kereta yang terhad.

“Sesungguhnya, setiap aktiviti yang ingin dianjurkan akan mendapat kelulusan selagi tertakluk kepada peraturan-peraturan universiti,” jelasnya dalam kenyataan itu lagi.

Sebarang keraguan isu dan persoalan tentang UMS boleh diajukan kepada pihak pengurusan universiti melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi talian 088-320000 sambungan 1017/1650/1021. -SS


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

serah surat kontrakSELASA, 11 NOVEMBER – Satu majlis penyerahan watikah pelantikan panel kontraktor kerja-kerja penyelenggaraan kecil di kolej kediaman 鶹Ƶ (UMS) diadakan di Café D’Sireh, Bangunan Canselori, kelmarin.
 
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, para kontraktor yang  dilantik memberi khdimat bakti di kampus juga umpama sebuah keluarga UMS, justeru setiap amanah yang diberikan perlu dijaga dengan baik untuk keselesaan bersama.
 
Beliau turut mengucapkan tahniah dan berharap kontraktor yang terlibat akan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan cekap dan berkualiti.
 
Sebanyak sembilan syarikat menerima watikah pelantikan iaitu Global Resources, Bizzy Enterprise, Kontraktor Dinarmas, Agaras Maju, HYQ Resources, Joebuilder Enterprise, Metro Mas Enterprise, Kontraktor Teguh Jaya dan Syarikat Usaha Sama.
 
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shariff Abd Kadir Shariff Omang. –H


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori