鶹Ƶ (UMS) terus menjalin kerjasama dengan pihak industri sebagai langkah memperkukuhkan keupayaan dalam penyelidikan dan pembangunan.
Terbaharu, UMS menandatangani Perjanjian Sekunder ICP dengan Technology Depository Agency (TDA) dan WCT Holdings Bhd. - China Communications Construction Company (M) Sdn. Bhd. (CCCC) Joint Venture (WCJV).
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof berkata kerjasama ini antara lain bertujuan memberi peluang kepada UMS untuk memperkukuh keupayaan dalam penyelidikan dan pembangunan serta meningkatkan kerjasama antara rakan industri.
“Program Kolaborasi Industri ICP ini merupakan contoh kolaborasi dan usaha bersama organisasi yang terkemuka dalam memajukan pertumbuhan dan pembangunan industri,” katanya.
Katanya kerjasama ini menyaksikan UMS sebagai penerima Program Kolaborasi Industri (ICP) yang menerima Building Information Modeling (BIM).
“BIM ialah satu sistem yang melibatkan proses atau tempoh hayat bangunan tersebut selesai dan ia lebih efisyen dan mengelakkan kelewatan serta kerugian dan makmal ini akan diletak di fakulti kejuruteraan.
“Ini suatu jaringan industri yang dinanti-nantikan untuk melatih pelajar, pensyarah dan orang luar di masa akan datang” ujar Shahril.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TDA, Dr. Sharoul Jambari, UMS dipilih sebagai tempat untuk membangunkan makmal BIM sebagai hasrat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan teknologi diadaptasikan oleh pihak universiti dan industri.
Tambah Sharoul, makmal BIM ini juga makmal yang pertama di Sabah.
Pada Perjanjian Sekunder ICP tersebut, UMS diwakili Shahril, manakala TDA diwakili oleh Sharoul dan WCT Holdings Bhd. - China Communications Construction Company (M) Sdn. Bhd. (CCCC) Joint Venture (WCJV) diwakili Lim Swee Hock.
Pada majlis tersebut, UMS turut menerima geran ICP untuk pembinaan makmal BIM berjumlah RM 210,000.
Hadir sama, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan (MOF), Datuk Indera Ab Rahim Ab Rahman dan Ketua Pegawai Pengurus Perolehan dan Kontrak Sabah Economic Development and Investment Autority (SEDIA), Vanessa @ Yong Siew Ping.



Kolaborasi antara Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) 鶹Ƶ (UMS) dan Hospital UMS telah berjaya menghimpunkan pakar, pengamal perubatan dan kesihatan, serta penyelidik untuk membincangkan isu dan perkembangan bidang kesihatan melalui penganjuran Simposium Ultrasound Obstetrik Lanjutan (Symposium on Advanced Obstetric Ultrasound – SAVOS).
鶹Ƶ (UMS) terus komited memperkukuhkan pendidikan Islam di negeri Sabah dengan penganjuran Seminar Kebangsaan Hafazan Al-Quran yang dianjurkan Fakulti Pengajian Islam (FIS) UMS.
Sejumlah 34 kontinjen daripada pelbagai Jabatan, Akademi, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian (JAFPIB) di 鶹Ƶ (UMS) termasuk jawatankuasa kepimpinan pelajar di kolej kediaman, persatuan dan kelab telah terlibat dalam menjayakan acara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat UMS 2024.
The Centre for Postgraduate Studies, 鶹Ƶ (UMS) has organized the Inaugural Borneo International Postgraduate Symposium (BIPS @ UMS 2024) with the theme “Contemporary Research: Valuing Inclusive and Sustainable Studies towards building Innovative Societies”.