鶹Ƶ (UMS) menerusi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah memeterai satu kerjasama bersama Special Olympics Sabah yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan inklusif bagi golongan orang kurang upaya (OKU) intelektual di Sabah.
Kejasama kedua-dua pihak tersebut dimeterai dalam satu Majlis Menandatangani Surat Niat (LoI) antara UMS dan Special Olympics Sabah yang berlangsung di Auditorium Utama FPSK.
Dekan FPSK, Datuk Dr. Mohd Yusof Hj. Ibrahim mewakili UMS menandatangani LoI tersebut, manakala Special Olympics Sabah diwakili Pengerusinya, Dr. Jiloris Julian Frederick Dony.
Melalui pemeteraian LoI tersebut, kedua-dua pihak akan melaksanakan komitmen bersama untuk menangani jurang kesihatan yang dihadapi oleh individu dengan kurang upaya intelektual melalui kerjasama dalam perkhidmatan klinikal, program komuniti, dan aktiviti pendidikan.
Dalam pada itu, Mohd Yusof dalam ucapannya sempena majlis tersebut menekankan kepentingan kerjasama UMS dan Special Olympics Sabah sebagai usaha untuk memastikan akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan inklusif dalam bidang sains kesihatan.
"Kerjasama ini mencerminkan semangat Malaysia Madani dengan memastikan institusi pendidikan dan kesihatan berganding bahu bagi mewujudkan ekosistem inklusif untuk semua, terutamanya bagi golongan terpinggir.
“Ini sekali gus menggambarkan visi UMS untuk berkhidmat kepada komuniti dan memastikan individu dengan kurang upaya intelektual menerima peluang kesihatan yang saksama.
“Melalui usaha bersama dalam pendidikan, latihan, dan penyelidikan, kami berhasrat untuk membentuk masyarakat yang lebih inklusif,” katanya.
Jiloris yang turut senada menyokong inisiatif kolaborasi tersebut menambah, kerjasama itu mengukuhkan lagi misi Special Olympics Sabah khususnya dalam memperkasakan individu dengan kurang upaya intelektual bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.
“Kami amat teruja untuk bekerjasama rapat dengan UMS bagi membawa perubahan yang berimpak kepada komuniti,” ujar beliau.
Bidang utama kerjasama yang digariskan dalam LoI tersebut termasuk saringan dan perkhidmatan kesihatan, latihan dan peningkatan keupayaan, serta penyelidikan dan inovasi, dengan kerjasama itu dijangka membuka laluan kepada inisiatif berimpak tinggi yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya dalam memastikan kehidupan sihat dan mempromosikan kesejahteraan untuk semua.



鶹Ƶ (UMS) meraikan graduan cemerlang pascasiswazah yang bakal menerima skrol ijazah pada Majlis Konvokesyen UMS Kali ke-26 bermula 7 Disember dalam satu Majlis Anugerah Pascasiswazah (MAP) UMS 2024 di Horizon Hotel, Kota Kinabalu.
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), 鶹Ƶ (UMS) telah menganjurkan Program ‘Joyful Steps: Aktiviti bersama Kanak-Kanak Bekeperluan Khas’ bertempat di Kurnia Kasih Academy, Kota Kinabalu, baru-baru ini.
鶹Ƶ (UMS) melalui Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) telah memeterai satu kerjasama strategik dengan Beta Maju Sdn. Bhd sebagai usaha mengembangkan bidang sains sukan.
One Health Student Club (OSHC) 鶹Ƶ (UMS) telah mengadakan program pendedahan konsep toksikologi dalam kehidupan kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kuala Penyu, baru-baru ini.