KHAMIS, 23 FEBRUARI - Pusat Islam 鶹Ƶ (PIUMS) telah menganjurkan Program Simulasi Umrah baru-baru ini.
Program itu yang diadakan bersempena dengan penganjuran Karnival Cinta Rasul berjaya menarik seramai 61 peserta yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan UMS serta masyarakat sekitar Kota Kinabalu.
Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan PIUMS, Md. Razali Saibin berkata, tujuan program itu adalah untuk memberi pendedahan dan panduan ibadat umrah kepada peserta serta memberi kefahaman yang lebih terperinci khususnya mengenai jenis dan cara pelaksanaan umrah.
“Harapan kami agar program ini berjaya melahirkan jemaah umrah yang berpengetahuan dan dapat melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna sekali gus membantu mendapat umrah yang mabrur,” katanya.
Ceramah khas umrah disampaikan Pensyarah Kanan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, Hj. Issraq Hj. Ramli.
Antara yang dibincangkan termasuklah persediaan sebelum menunaikan umrah dan bagaimana pengurusan untuk ke tanah suci termasuk rukun dan wajib umrah yang perlu diketahui dan dilakukan oleh bakal jemaah umrah.
Para peserta juga diajar amali pelaksanaan pemakaian Ihram serta pelaksanaan ibadah umrah seperti Niat, Tawaf, Saie dan Tahalul.



FRIDAY, 17 FEBRUARY – The Faculty of Humanities, Arts and Heritage (FKSW) recently held an Akademic Retreat to refine the Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) MQA-02 documentation held at the Postgraduate Centre Auditorium, 鶹Ƶ (UMS).
JUMAAT, 17 FEBRUARI - UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. (UiNVEST) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) hari ini menandatangani Memorandum pesefahaman (MoU) bagi tujuan mengenalpasti produk, perkhidmatan serta kajian-kajian UMS yang boleh dikomersialkan dan dimajukan secara bersama untuk meningkatkan pembangunan ekonomi di negeri ini.
KHAMIS, 16 FEBRUARI – Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) 鶹Ƶ (UMS) bakal menjalin satu perkongsian bersama salah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sabah, iaitu Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah (GP3NS).
RABU, 15 FEBRUARI - Program ‘Transformasi Diri’ bersama Pakar Motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 300 peserta di Dewan Resital, 鶹Ƶ (UMS), hari ini.