KHAMIS, 4 APRIL - 鶹Ƶ (UMS) memperkasakan lagi hubungan antarabangsa dengan mengadakan lawatan ke I-Shou University (ISU), Kaohsiung Taiwan.
Penolong Naib Canselor merangkap Ketua delegasi UMS, Prof. Dr. Marcus Jopony berkata, lawatan itu antara lain bagi melihat ruang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua universiti seiring dengan hasrat UMS untuk mempunyai keterlihatan di peringkat global.
"I-Shou University merupakan sebuah universiti swasta yang antara lain memfokuskan bidang perniagaan antarabangsa, perubatan, hospitaliti, pelancongan dan kejuruteraan.
"Universiti yang mempunyai lebih 17,000 pelajar ini membawa konsep industri dalam kampus dan mempunyai hubungan strategik dengan lebih dari 350 syarikat industri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Prof. Dr. Marcus yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) berkata, secara dasarnya pertemuan itu menyaksikan kedua belah pihak bersetuju untuk menjalin kerjasama termasuk dalam perkara yang berkaitan program mobiliti pelajar dan kakitangan.
"Ia disambut baik oleh ISU, dan mereka sangat mengalu-alukan kerjasama tersebut.
"Universiti yang ditubuhkan pada tahun 1986 ini juga mempunyai persamaan dengan UMS iaitu universiti yang berkonsepkan kampus hijau.
"Kita harapkan usaha ini dipermudahkan dan segala urusan bagi merealisasikan kerjasama ini akan berjalan lancar," jelasnya lagi.
Pertemuan itu telah dihadiri Naib Presiden Kanan dan Provos ISU, Prof. Dr. Julia Lin; Dekan Kolej Antarabangsa ISU, Prof. Dr. T. K. Pheng; Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global UMS, Prof. Dr. Ho Chong Mun; dan Timbalan Pengarah PPSKK UMS, Dr. Jakaria Dasan.



RABU, 3 APRIL - 鶹Ƶ (UMS) melalui Institut Kajian Peribumi Borneo (BORIIS) disaran bekerjasama dengan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) bagi melatih individu untuk mengendalikan Mahkamah Anak Negeri di Sabah.
RABU, 3 APRIL - Seramai 35 pelajar 鶹Ƶ (UMS) dan 18 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) turut serta menjayakan Program Masyarakat dan Sukarelawan ‘Save the Sea Turtle’ bersama penduduk Kampung Tambisan Lahad Datu, baru-baru ini.
RABU, 3 APRIL - 鶹Ƶ (UMS) diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Universiti-universiti Asia Selatan, Asia Tenggara dan Taiwan (SATU) pada November ini.
SELASA, 2 APRIL - 鶹Ƶ (UMS) menjadi salah sebuah institusi pendidikan tinggi yang telah menyertai persidangan dan pameran akademik antarabangsa anjuran Asia-Pacific Association for International Education (APAIE) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru-baru ini.