Âé¶¹ÊÓÆµ

Pengumuman Daripada
: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek
: Jemputan Menghadiri Kursus Patent Searching Series: The Art & Mechanics 2017, Anjuran Akademi Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa, Akademi Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia akan menganjurkan Kursus Patent Searching Series: The Art and Mechanics pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh
: 21 – 23 Februari 2017
Lokasi
: Akademi Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Aras 12 A, Tower B, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.
Yuran Penyertaan
: RM1,050.00
 
Sehubungan itu,  YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan yang berminat adalah dijemput untuk menghadiri kursus tersebut. Segala kos perbelanjaan menghadiri kursus adalah dibawah tanggungan masing-masing.
 
Bersama ini dilampirkan brosur serta borang pendaftaran kursus untuk makluman dan rujukan lanjut YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia berikut:
 
Pn. Hanun/ En. Rezal : (No. Tel. ; 03-2299 8963/ 8586, Email ; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Kelab Surirumah dan Staf Wanita Âé¶¹ÊÓÆµ (KESUMBA)
Subjek
: Jemputan Menghadiri Program "Transformasi Diri Bersama Prof. Dr Muhaya" Anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran KESUMBA & EXCO Hal Ehwal Wanita dan Perkhidmatan JAKMAS ( KOLEJ KEDIAMAN E)
Pegawai Dihubungi
: Puan Stella @ Nurul Martini Gontol (013-830 8577)
: Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)
: Puan Norazah Hamzah (019-870 1712)
 
 
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM "TRANSFORMASI DIRI BERSAMA PROF. DR MUHAYA" ANJURAN BIRO PENDIDIKAN DAN PELAJARAN KESUMBA & EXCO HAL EHWAL WANITA DAN PERKHIDMATAN JAKMAS ( KOLEJ KEDIAMAN E)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, buat julung-julung kalinya Kelab Surirumah dan Staf Wanita Âé¶¹ÊÓÆµ (KESUMBA) dengan kerjasamaExco Hal Ehwal Wanita dan Perkhidmatan JAKMAS (Kolej Kediaman E) akan menganjurkan Program Transformasi Diri bersama Profesor Oftalmologi yang juga seorang pakar inspirasi terkenal Prof Dr. Muhaya Mohamad pada 15 Februari 2017 (Rabu) jam 11.00 pagi hingga 1.30 petang, bertempat di Dewan Resital, Âé¶¹ÊÓÆµ.
 
YURAN
 
Pelajar UMS
: RM10.00
Ahli KESUMBA
: RM15.00
Kakitangan UMS
: RM25.00
Penyertaan Luar
: RM50.00
 
Maklumat Perhubungan bagi pembelian tiket untuk Ahli KESUMBA/ Staf UMS/ Peserta Luar:
Puan Stella Nurul Martini Gontol
: (013-830 3577)
Puan Norazah Hamzah
: (010-870 1712)
Puan Nurul Izza Md Nordin
: (013-8500362)
 
Maklumat Perhubungan bagi pembelian tiket untuk pelajar UMS:
Cik Nurhazirah
: (017-4172 458)
 
Jgn lepaskan peluang keemasan ini.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS

SUBJEK: SENARAI KERATAN AKHBAR DISEMBER 2016 DAN JANUARI 2017

TARIKH

 

JUDUL

AKHBAR

27.1.2017

 

Utusan Borneo

27.1.2017

 

Utusan Borneo

27.1.2017

 

Utusan Borneo

25.1.2017

 

Utusan Borneo

25.1.2017

 

Utusan Borneo

24.1.2017

 

Utusan Borneo

23.1.2017

 

Utusan Borneo

19.1.2017

 

New Sabah Times

16.1.2017

 

Utusan Borneo

12.1.2017

 

New Sabah Times

11.1.2017

 

Utusan Borneo

10.1.2017

 

Utusan Borneo

10.1.2017

 

Utusan Borneo

9.1.2017

 

New Sabah Times

9.1.2017

 

Utusan Borneo

5.1.2017

 

Berita Harian

3.1.2017

 

Utusan Borneo

31.12.2016

 

Daily Express

31.12.2016

 

New Sabah Times

31.12.2016

 

Utusan Borneo

31.12.2016

 

Daily Express

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI:  URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB;1034/4146/1065
SUBJEK:  MAKLUMAN AWAL BAGI PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) BAGI FASA 1/2017

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2017 bakal dibuka bermula pada sesi pendaftaran pelajar pascasiswazah diadakan, iaitu 24 Februari 2017 (Jumaat).
 
Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan permohonan mengikut format yang diberikan, dan mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dalam tempoh tiga (3) minggu setelah pendaftaran pelajar tersebut dibuka.
 
Disertakan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang permohonan untuk rujukan dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Pn. Norainie Awot) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 4146 / 1034.
 
Sekian, terima kasih.