Âé¶¹ÊÓÆµ

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Panduan Pengaktifan SmartLogin (Auto-Login) Pada Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS
 
Panduan Pengaktifan SmartLogin (Auto-Login) Pada Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS
 
Rangkaian WIFI UMS-STAFF Kampus Induk UMS dilengkapi fungsi SmartLogin (Auto-Login) bagi membolehkan Notebook, Smartphone dan Tablet anda Auto-Login melalui rangkaian WIFI UMS-STAFF. Namun begitu, fungsi SmartLogin tersebut perlu diaktifkan terlebih dahulu pada peralatan anda. Berikut dilampirkan panduan pengaktifan SmartLogin pada peralatan anda.
 
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Helpdesk JTMK ditalian : 
613100 (Ext No)
010-932 0234 (WhatsApp)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (email)
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Sukan UMS
Subjek
: Program Rekreasi "Tabata Burn Workout"
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UMS akan mengadakan Program Rekreasi "Tabata Burn Workout" pada ketetapan berikut;
Tarikh: 9 Ogos 2017 (Rabu)
Tempat: Kompleks Sukan UMS
Masa: 5.00 Petang

 

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga universiti. Setiap peserta dikehendaki berpakaian sukan dan membawa air mineral dan penyertaan adalah percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Sukan (088-320 000, samb: 3158) atau En. Ramlan (014-8926342, samb: 3588).
 
Sekian.
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Pengaktifan Servis EDUROAM di UMS
 
JTMK telah mengaktifkan perkhidmatan  WIFI secara roaming untuk kegunaan penyelidik dan komuniti pendidikan UMS dan luar.  Servis ini boleh dicapai secara rasminya pada 1 Ogos 2017.
 
Perkhidmatan ini boleh digunakan di mana-mana universiti di dalam dan luar negara dengan menggunakan katanama dan katalaluan daripada universiti/institusi masing-masing.
 
Apa itu EDUROAM?
Servis capaian internet yang selamat secara roaming.untuk penyelidik dan komuniti pendidikan di dalam UMS, Universiti di dalam dan luar negara.
 
Cara capaian :
 
Katanama (Username): username@domain (eg. 'Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.')
 
Katalaluan (Password): katalaluan (password) sama yang digunakan dalam universiti masing-masing
 
Untuk rujukan senarai institusi yang terlibat di seluruh dunia dan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan EDUROAM boleh lawati halaman sesawang  (luar Negara) dan  (Dalam Negara). Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi kami di Helpdesk JTMK.