鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan atau imbas kod QR yang disediakan.
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM.
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian dan terima kasih.

Pengumuman Daripada:Penerbit UMS

Ceramah INTEGRITI DI TEMPAT KERJA : Pendekatan Penyeliaan dan Pemantauan Yang Berkesan
Tarikh : 08 Mei 2025 (Khamis)
Masa : 9:30 - 11:00 Pagi
Kaedah : Secara atas talian (Cisco Webex)
Pautan Webex :
Penceramah : ACP Wong Ting Lee, Urusetia Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.
✔️Terbuka kepada semua kakitangan UMS
✔️Mata IDP akan diberikan

Pengumuman Daripada:Hospital UMS

Sabah State Neurorehabilitation Mini Symposium (SSNRMS) 2025

Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan sukacitanya Unit Perubatan Rehabilitasi, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan 鶹Ƶ, bersama-sama dengan Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital 鶹Ƶ akan menganjurkanSabah State Neurorehabilitation Mini Symposium (SSNRMS) 2025seperti berikut:

Tarikh : 25 - 26 Jun 2025

Tempat : Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Uniniversiti Malaysia Sabah

Bertemakan“From Basic Care to Advanced Practices in Neurorehabilitation”, simposium ini memberi tumpuan kepada kesinambungan penjagaan dalam bidang neurorehabilitasi — daripada pendekatan asas hinggalah intervensi terkini untuk pesakit strok dan kecederaan otak.

Sasaran peserta adalah dalam kalangan profesional kesihatan, ahli akademik dan pengamal dalam bidang perubatan pemulihan.

Maklumat Penting:

* Tarikh akhir pendaftaran Early Bird: 30 April 2025

* Mata CPD akan diberikan kepada peserta

Untuk sebarang pertanyaan, pihakYBhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puanboleh hubungiProf. Madya Dr. Fatimah Ahmedyselaku Pengerusi simposium mini ini di talian013-8805513atau emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama dan pertimbangan dari pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puanamat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.