鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

Pusat Islam 鶹Ƶ membuka peluang Infak Dapur Rahmah Masjid UMS melalui potongan gaji HR Online UMS.
Sumbangan anda akan dimanfaatkan untuk:
🍽 Program iftar sepanjang bulan Ramadan
🌙 Iftar Isnin & Khamis
🎟 Kupon dan pek makanan percuma aktiviti masjid
☕ Sarapan pagi percuma setiap Jumaat & Ahad
🤲 Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah
📖 Sabda Nabi SAW:
“Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa, baginya pahala seumpamanya.”
(HR al-Tirmizi)
📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Dapur Rahmah
📞 Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320626
Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.
Moga setiap rezeki yang diinfakkan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🤍
#InfakDapurRahmah
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

Pengumuman Daripada:U-Science, UMS

📣 JOM HADIR! KARNIVAL STEM SIHAT @ MEMBAKUT 🧪🚀🤖
Semua dijemput memeriahkan Karnival STEM Sihat @ Mambakut yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
📍 Tempat: SK Kg. Brunei, Membakut
🗓 Tarikh: 10 Februari 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi – 1.00 petang
✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
🔬 Bengkel Amali Kimia
🤖 Ceramah & Bengkel Robotik (Drone & Arduino)
🍎 Ceramah Sains Makanan
🚀 Pelancaran Roket Air
🧠 DIY STEM Kit Challenge
🎯 Pameran Interaktif
❤️ Saringan Kesihatan
Program ini dianjurkan dengan kerjasama 鶹Ƶ (UMS), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta rakan kolaborasi lain bagi memupuk minat STEM dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan komuniti setempat.
🎉 Masuk adalah PERCUMA!
📌 Jangan lepaskan peluang—jumpa anda di sana!

Pengumuman Daripada:Perpustakaan UMS

📘✨ Program Telaah: The Anxious Generation ✨📘
Perpustakaan 鶹Ƶ menjemput anda menyertai Program Telaah: The Anxious Generation, sebuah perkongsian ilmu yang membincangkan cabaran kesihatan mental generasi masa kini.
Program ini akan berlangsung pada 12 Februari 2026 (Khamis), jam 2.00–3.00 petang bertempat di Dewan Canselor, 鶹Ƶ.
Sesi ini akan dimoderatorkan oleh Profesor Madya Dr. Jurry Foo bersama panel Profesor Dr. Murnizam Hj. Halik. Program ini terbuka kepada warga UMS, IPTA, IPTS serta warga sekolah.
Ayuh hadir dan bersama-sama kita memahami isu kesihatan mental generasi hari ini.

Pengumuman Daripada:Perpustakaan UMS

📖Jom Baca @ Gunung Kinabalu⛰️
📢Perpustakaan 鶹Ƶ menjemput kakitangan UMS untuk menyertai Jom Baca @ Gunung Kinabalu, sebuah ekspedisi membaca sempena Program Baca@Borneo yang akan berlangsung pada 15 April 2026 (Rabu) di puncak tertinggi Asia Tenggara.
Program ini terbuka kepada 25 orang kakitangan UMS sahaja dan yuran penyertaan adalah RM980 seorang.
Pemilihan akan dibuat berdasarkan "1st come, 1st serve".
🗓 Tarikh tutup penyertaan: 28 Februari 2026 (Sabtu)
✅ Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Anita Arsad (013 878 7607) atau En. Mokthar Masag (016 673 9093).
✅Jom cipta pengalaman luar biasa dengan membawa budaya membaca ke puncak Gunung Kinabalu.
#JomBaca2026
#JomBacaGunungKinabalu
#BacaBorneo2026
#PerpustakaanUMS
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainofBorneo