鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Strategik

Assalamualaikum wbt. YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, sukacita kiranya YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas Kod QR yang tertera atau pautan di bawah.

Link Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan PPS:


Maklum balas YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Pengumuman Daripada:Pusat Islam UMS

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Saham Akhirat (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu golongan yang memerlukan mahupun yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk:
i) Pembelian barang dan peralatan keperluan masjid
ii) Keperluan infrastruktur projek naik taraf Masjid UMS
iii) Pembinaan/ pembaikan fasiliti masjid
iv) Pembelian atau pembinaan bangunan masjid
v) Sebarang penganjuran aktiviti masjid berkaitan Infak Saham Akhirat
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Infak Saham Akhirat
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah
#infaksahamakhirat
#UMSShare
#asnafums

Pengumuman Daripada:Pusat Komunikasi Korporat

Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Strategik (PPS) sedang menjalankan kaji selidik ringkas bagi mendapatkan pandangan warga UMS terhadap nilai dan identiti universiti yang mencerminkan budaya, sikap dan aspirasi kita bersama sebagai warga UMS.
🗓️Tarikh tutup: 11 November 2025 (Selasa)
🕒Tempoh: < 5 minit
Mohon jasa baik semua staf akademik dan bukan akademik untuk meluangkan sedikit masa mengisi soal selidik ini. Maklum balas anda amat penting bagi memperkukuh pelaksanaan penjenamaan UMS sebagai “The Brain of Borneo.”
👉Sila klik pautan berikut untuk menjawab:
🔗
Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan semua. 🙏
#UMSTheBrainOfBorneo

Pengumuman Daripada:Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

Terima kasih kerana berurusan dengan pihak Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP). Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut:

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar


Pemakluman Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026.
Presiden: Saudara Allen Paul Justinus Situ
Timbalan Presiden: Saudari Qistina Qaisara Binti Syahril Akmar
Setiausaha Agung: Muhammad Izaan Hafiz Bin Wahid
Bendahari Kehormat: Niza Haziqah Binti Johan
Barisan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026 akan dimaklumkan kemudian oleh pihak MPP.
Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.
Terima Kasih.