鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Penyelidikan

Borang Permohonan Penyelidik Pasca Doktoral
Garis PanduanPenyelidik Pasca Doktoral
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
HEBAHAN PENGAMBILAN PENYELIDIK PASCA DOKTORAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2025
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Borang UMS/PPP/PD/BR1 seperti yang telah dilampirkan.
Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pejabat Pusat Pengurusan Penyelidikan secaraserahan tanganselewat-lewatnya 23 Mei 2025 (Jumaat).
Disertakan Garis Panduan Penyelidik Pasca Doktoral 鶹Ƶ (Pindaan 4) Tahun 2025 sebagai rujukan.
Sebarang persoalan atau isu, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik Pusat Pengurusan Penyelidikan, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau e-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA)

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada surat daripada Jabatan Pendidikan Tinggi 30 April 2025 dengan nombor rujukan JKPT(A)1000/021/006/06 Jld. 2(4) Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) telah dijenamakan kepada Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

Sehubungan dengan itu, mohon YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk mengambil maklum dan menggunakan nama baharu fakulti dalam sebarang urusan rasmi Universiti.

Sekian dan terima kasih.

Pengumuman Daripada:Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Bendahari

MAKLUMANTARIKH AKHIR PERMOHONAN PEROLEHAN BAGI TAHUN 2025
Bersama ini dimajukan makluman tarikh akhir permohonan perolehan bagi tahun 2025.
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Bendahari di talian 088-320000 (samb: 200516)/ email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Terima kasih
Bahagian Pengurusan Perolehan,
Jabatan Bendahari
Tarikh dikeluarkan: 7 Mei 2025

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Penyelidikan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan PPP, mohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan PPP dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan atau melalui pautan berikut:.
Terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

JOM LAKSANAKAN IBADAH KORBAN TAHUN INI 1446H/2025M!
Assalamualaikum w.b.t.,
Pusat Islam UMS mempelawa semua warga UMS dan Umat Islam menyertai Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”
(Surah Al-Kauthar: 1-2)
📍Borang Penyertaan dibuka sekarang!
📍Terhad Untuk 5 Ekor Haiwan Korban Sahaja
✨Jangan lepaskan peluang untuk menghayati semangat pengorbanan dan membantu golongan yang memerlukan.
📞+60 13-872 8323 / +60 19-873 7704
Korban anda, pahala berpanjangan.