鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dr./Tuan/Puan,
Seperti yang semua sedia maklum, semuakakitangan pentadbirantelah mengisi borang SKT format baharu bermula tahun penilaian 2022.
Sehubungan itu, cadangan dan pandangan daripada semua kakitangan pentadbiran berkaitan borang SKT dan borang e-LNPT Pentadbiran format baharu ini adalah sangat dialu-alukan.
Oleh itu, mohon kerjasama semua kakitangan pentadbiran untuk melengkapkan borang maklumbalas melalui pautan berikut;
Segala kerjasama Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Pengumuman Daripada:Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Dimaklumkan bahawa Tempoh Penilaian PPP dan PPK bagi LNPTKakitangan Akademik dan Pentadbiranadalah seperti berikut;

BIL

PERKARA

TARIKH

1

Penilaian PPP

13 Jan - 27 Jan 2024

2

Penilaian PPK/ PEER* (* bagi kakitangan akademik sahaja)

28 Jan - 11 Feb 2024

Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berharap agar semua PPP, PPK dan PEER dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

MAKLUMAN PENYELENGGARAAN PORTAL PENDAFTARAN PEREKA 2024
Perhatian kepada semua warga UMS
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) sedang menambah baik modul pendaftaran PEREKA 2024 untuk memudahkan proses pendaftaran. Pembukaan semula portal pendaftaran akan dimaklumkan setelah kerja penyelenggaraan selesai dijalankan.
Segala kesulitan amatlah dikesali dan harap maklum.

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

Sertai "SESI TAKLIMAT EXCOCIPTA 2024" yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Dr. Rozilee bin Asid.
Penyertaan ini adalah terbuka untuk semua. Sila klik pautan atau imbas kod qr yang disediakan untuk menyertai taklimat melalui Cisco Webex.
TARIKH/ MASA:
📅: 16 Januari 2024 (Selasa)
⏰: 2.30 PM – 4.30 PM
🌐: Cisco Webex | Pautan:

Sekian, terima kasih.