鶹Ƶ

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGIUNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas kod QR padaflyeratau melalui pautan.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terimakasih.

Sekian.

Pengumuman Daripada:One Health Student Club (OHSC), 鶹Ƶ

Salam Sejahtera kepada Semua Mahasiswa dan Pensyarah UMS,
Ditubuhkan sejak Mei 2023,One Health Student Club(OHSC) merupakan kelab baharu di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, 鶹Ƶ yang menekankan konsepOne Health. Kelab ini dipercayai mampu menjadi satuplatformbagi mahasiswa untuk berkongsi minat dalam pendekatanOne Healthdan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memberi kesedaran mengenai kesihatan manusia, haiwan, dan alam sekitar.
Pelbagai aktiviti menarik telah kami anjurkan sehingga kini. Kenali OHSC dengan surat beritapertama kami di.

Pengumuman Daripada:Persatuan Sejarah dan Warisan (PEWARIS) UMS

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Sejarah dan Persatuan Sejarah dan Warisan (PEWARIS) UMS, dengan kerjasama Special Envoy BIMP EAGA Sabah Office dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sabah, akan menganjurkan Simposium Kebangsaan Sejarah, Budaya dan Warisan 2023 yang membawakan tema Wanita Dalam Sejarah: Peranan, Isu dan Cabaran. Seminar ini akan dibawakan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljuneid sebagai Pengucaptama berserta 5 panel jemputan daripada beberapa universiti di Malaysia. Maklumat seminar adalah seperti berikut:

Tarikh 🗓 :25 Oktober 2023
Masa ⏰ : 9.00am - 4.00pm
Tempat 📍: Auditorium Perpustakaan, UMS
Pendaftaran 🖇 : Imbasan QR yang disertakan dalam poster

📌 Terhad kepada 20 orang pelajar Pascasiswazah UMS khususnya pelajar Sejarah.

🖇 Kelebihan yang akan diperoleh
📌e-Sijil kepada peserta;
📌 Makanan disediakan

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada penama dan nombor telefon berkenaan:

📱017 818 9750
(Maziah Bt Ag Damit) - AJK Pendaftaran (Pascasiswazah)

“Historia Majistra Vitae”

Sekian, terima kasih.

Persatuan Sejarah dan Warisan (PEWARIS),
Sesi 2023/2024,
鶹Ƶ.