鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Pengajian Pascasiswazah

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelangganbagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggankami di pautan berikut:

atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer

Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelangganini.

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

Assalamualaikum WBT

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dijemput semua untuk mendapatkan perkhidmatan Taksiran Zakat Penggajian di Kaunter bertempat :
Tarikh : 6 Mac 2024 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Pusat Islam UMS
Dokumen yang perlu dibawa?
✅ Penyata Gaji Tahunan 2024@
✅ Slip Gaji Terkini
✅ Kad Pengenalan
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
(Surah An-Nur 24:56)
📌Mata IDP disediakan
📌Goodies disediakan
📌Sarapan Pagi disediakan
Sebarang persoalan, boleh Hubungi :
Puan Noorisah Taljid
📞0132855378
Puan Kartini Mail @ Ismail
📞 0198042698
Unit Zakat Sektor Hal Ehwal Islam, PIUMS
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMSShare

Pengumuman Daripada:Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

PROGRAM BACK TO SCHOOL 📚📔🎒

Terbuka kepada 30 orang asnaf kakitangan muslim UMS yang memerlukan bantuan persekolahan anak
📍 Tarikh permohonan dibuka 4 Mac - 8 Mac 2024
🔗 Link Permohonan:
- Sumbangan daripada zakat UMS/BZF
- Bantuan disalurkan dalam bentuk peralatan sekolah bernilai RM 200/anak (maksimum 3 orang)
- Majlis serahan akan diadakan pada 12 Mac 2024 (Selasa) pada kakitangan terpilih di Bilik Seminar, Pusat Islam UMS
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:
Puan Noorisah ()
Puan Kartini ()
#BTSUMS
#PIUMS
#UMSShare

Pengumuman Daripada:Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik [PPKA] ingin mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan PPKA, mohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat melengkapkan kaji selidikkepuasanpelangganPPKA dengan mengimbas QR Code yang dipaparkan atau melalui pautan berikut:

Pengumuman Daripada:Fakulti Pertanian Lestari

WEBINAR ‘FGV ACADEMIC CHAIR TALK SERIES 2024’ BERSAMA PENCERAMAH JEMPUTAN / PAKAR DARI SAWIT KINABALU GROUP

TAJUK: INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT & INTEGRASI TERNAKAN WALIT & SAWIT

Tarikh : 7 Mac 2024 (Khamis)

Masa : 8.45 pagi- 11.30 pagi

Pautan

Dipelawa kepada semua warga UMS (Kakitangan Akademik / Pentadbiran / Pelajar) & Orang Awam

Markah IDP disediakan

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Urusetia seperti berikut:-

wasap: 0135450175 (Billy)/ 0135640082 (Dr.Kim)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bah, jom kita beramai-ramai dengar ‘talk’ tentang industri sarang burung walit dan ternakan walit untuk menambah ilmu

Anjuran

Kursi Akademik FGV UMS

Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan

Dengan Kerjasama Sawit Kinabalu Business Leadership Academy (Wholly owned by Sawit Kinabalu Group)