鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Salam sejahtera YBhg. Prof./Datuk/Datin/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof./Datuk/Datin/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dengan hormatnya dijemput menghadiri Syarahan Perdana yang akan disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Ismail Ali mengikut ketetapan berikut;
Tarikh : 16 November 2023 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori
Tajuk Syarahan : "Dari Laut Sebagai Pemisah Menjadi Penyatu Peradaban Manusia: Sebuah Historiografi Maritim Kepulauan Asia Tenggara"
YBhg. Prof./Datuk/Datin/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puanjuga boleh mengikuti syarahan ini menerusi penstriman langsung Facebook UMS Official dan YouTube UMSNets.
Perhatian dan kehadiranYBhg. Prof./Datuk/Datin/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan ke sesi syarahan tersebut adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Announcement From: Hospital UMS
Come and collect your race pack on one of the following dates:
- 16 November 2023 (9 am – 5 pm)
- 17 November 2023 (9 am – 5 pm)
Venue: Astaka, Padang Kawad UMS
Do bring along your IC/Passport on the collection day to facilitate the process😁
See you there!

Pengumuman Daripada:Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan PPST dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah:

Pautan Kajian Pelanggan :

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terimakasih.

Sekian.

Pengumuman Daripada:Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Salam sejahtera,
Persatuan Psikososial Sabah dan Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dengan kerjasama Fakulti Psikologi dan Pendidikan akan mengadakan program Advokasi dan Kesedaran Pengguna.
Program: Advokasi dan Kesedaran
🗓 Tarikh: 15 November 2023|Rabu
⏰️ Masa: 8.30am - 1 petang
🏘 Tempat: Bilik Seminar 5, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (Blok Psikologi), UMS
Tempat adalah terhad!
📝Daftar sekarang di pautan https://forms.office.com/r/hqyF0xSGfL
✅️Mata IDP disediakan untuk Staf UMS.
✅Terbuka kepada staf agensi luar.

Pengumuman Daripada:Perpustakaan UMS

Untuk Makluman, kerja-kerja Penyelenggaraan Sistem UMSIR akan dilaksanakan pada 11 November 2023. Sebarang Kesulitan Amatlah Dikesali.