鶹Ƶ

Announcement From:Faculty of Social Science & Humanities

Greetings from ISSK 2023!
You are cordially invited to join us from 6th to 7th December 2023! 🔊🔊
The Faculty of Social Science & Humanities, in collaboration with the ISSK Committee, cordially invites you to join the Regional Symposium on Social Sciences and Humanities Issues (ISSK 2023) on the 6th - 7th December 2023.
*Theme: “POST-PANDEMIC: CHALLENGES, OPPORTUNITIES,
AND THE FUTURE"*📡
*Kindly share this call with your colleagues and acquaintances. Thank you.
Webex Link:
Abstract & Program Book:
See you at ISSK 2023! ✨
Best regards,
ISSK 2023 Secretariat

Pengumuman Daripada:Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital UMS

Salam sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
🌟 ATASI KESAKITAN DENGAN MESIN PAIN BOT! 🤖💆‍♂️
Adakah anda bosan hidup dengan kesakitan dan kelenguhan yang berterusan? Jabatan Perubatan Rehabilitasi, HUMS memperkenalkan "Pain-Bot Machine" dengan teknologi terkini 4-dalam-1 fungsi Pemeriksaan dan Rawatan yang direka untuk memberikan kelegaan luar biasa!
🔍 TEKNOLOGI PENGESANAN KESAKITAN
Ketahui lokasi dan punca sebenar ketidakselesaan anda untuk pelan rawatan yang lebih holistik dan berkesan.
🧠 PENGUKURAN KESAKITAN BERASASKAN AI
Penilaian kesakitan yang dikuasakan oleh Artificial Intelligence. Alami ketepatan dan kecekapan mesin Pain-Bot dalam mengukur kadar kesakitan dengan objektif dalam memastikan pendekatan rawatan yang bersesuaian untuk pemulihan anda.
⚡ TERAPI TENS 182Hz & 🔊 ULTRASOUND TERAPEUTIK 1MHz
Tangani kesakitan dengan probe mudah alih Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS) & Ultrasound Terapeutik yang menawarkan gelombang kelegaan yang menenangkan. Rasakan ketegangan dan kesakitan lenyap dari leher, bahu, bahagian atas dan bawah belakang, atau kawasan yang terjejas lain.
📅 Tawaran Terhad – Hingga 31 Disember 2023 Sahaja!
Jangan lepaskan! Promosi eksklusif ini terbuka kepada semua klien PRR sedia ada dan klien baru.
📋 Cara Tempahan Temujanji Anda:
🖱️ Isi borang ini:
📷 Atau imbas kod QR untuk tempahan yang pantas dan mudah.
Terma & Syarat Dikenakan
Sekian,
Jabatan Perubatan Rehabilitasi, HUMS

Pengumuman Daripada:Fakulti Pengajian Islam

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR ANTARABANGSA PENDARASAN ISLAM 2023 (SEAPIS 2023) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pengajian Islam (FIS), UMS buat julung kalinya akan mengadakan SEAPIS 2023 sebagai salah satu platform yang signifikan kepada pelajar pascasiswazah, ahli-ahli akademik, sarjana-sarjana dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk membentangkan idea, pengalaman, hasil kajian dan seumpamanya kepada masyarakat selain bertindak sebagai medium bagi mendapatkan maklum balas dari pihak hadirin bagi menambahbaik perkongsian pembentang.

03. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dankakitangan selian YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puanuntuk menghadiri seminar ini seperti dalam ketetapan berikut;

Tarikh

: 6 – 7 Disember 2023 (Rabu - Khamis)

Masa

: 9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat

: Secara Dalam Talian Sepenuhnya

Yuran Penyertaan

:RM50 (50 orang peserta terawal akan ditaja oleholeh Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKEPT) Jabatan Pendaftar UMS

04. Bersama ini disertakan tentatif, poster seminar dan pautan pendaftran dalam talian:untuk rujukan dan tindakan pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungiUstaz Md Razali bin Saibindi talian013-543 0833.

Segala perhatian dan kesudian YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puanmenerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Pengumuman Daripada:Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UMS WAJIB mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem HR-Online V4.0
Untuk makluman, maklumat peribadi terkini adalah penting bagi pengemaskinian maklumat peribadi dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) dan tujuan perkhidmatan, perubatan (e-GL), kemudahan persaraan, pengajian, pengesahan perkhidmatan, kompetensi & kenaikan pangkat, cuti & tuntutan serta yang berkaitan.
Perhatian dan kerjasama pihak pihak YBrs. Prof/Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.