- Jumlah paparan: 979
Pembukaan Permohonan Projek Public Private Research Network (PPRN 2.0) Fasa 2 Bagi Tahun 2024
Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Penyelidikan

| Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (Public Private Research Network) 2.0 |
Dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan akanmembuka permohonan bagi projekPublic Private Research Network(PPRN 2.0) Fasa 2 Tahun 2024seperti ketetapan yang berikut:
Takwim Permohonan Projek PPRN 2.0 Fasa 2 Tahun 2024 | |
Pembukaan Permohonan | 13 - 27 Mei 2024 |
Tempoh Penilaian Dalaman dan Penambahbaikan | 28 Mei – 13 Jun 2024 |
Tarikh Akhir Penghantaran ke KPT | 14 Jun 2024 |
Sehubungan dengan itu, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) memohon kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr. untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua penyelidik di F/P/I/A masing-masing. Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan melalui sistem ePPRN
4. Turut dilampirkan adalahGaris Panduan PPRNsebagai makluman dan rujukan selanjutnya.Sebarang pertanyaan, sila hubungiUrus Setia PPRNUMS; Puan Hetty Hazwani binti Dzulkipli, Penolong Pendaftar (013-8852373) atau Puan Annie Binti Juko, Pembantu Tadbir (016-8400646).
Segala perhatian pihak YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr. berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.







