鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar

Sukacita, Karnival Kokurikulum 鶹Ƶ (KARKUMS), Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Semester 2 sesi 2023/2024 akan diadakan pada ketetapan yang berikut;
Tarikh: 29 Jun 2024
Hari: Sabtu
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tema: Perpaduan
Tempat: Dewan Canselor, 鶹Ƶ
Jom hadir bersama memeriahkan KARKUMS pelbagai aktiviti dijalankan.
📌 Persembahan Pelajar
📌 Pameran Kursus Kokurikulum
📌 Pameran Batik
📌 Pameran Pusat Sukan, JHEP
📌 Pameran BSN & MYBANK
📌 Pameran Skuad Antidadah Negeri Sabah
📌 Jualan Barangan Tempatan
📌 Photo Booth 'Jom Foto'
📌 Gerai jualan
📌 Kempen derma darah
Sekian,

Pengumuman Daripada:Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS

PENGUMUMAN LALUAN DAN PARKIR KENDERAAN SEMPENA 7KM CAMPUS RUN ANJURAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PPUMS) DAN PERTUBUHAN ARKITEK MALAYSIA (PAM)
Berikut adalah panduan laluan dan parkir kenderaan sempena program 7KM Campus Run yang akan berlangsung pada 30Jun 2024 ketetapan beriku :
Tarikh : 30 Jun 2024 (Ahad)
Masa : 05.00pagi - 10.00 pagi
Lokasi : Dataran Dewan Canselor, UMS
Sila patuhi arahan petugas dan anggota keselamatan UMS bagi melancarkan aliran trafik. Terima kasih.

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

HEBAHAN PELANJUTAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN EKSPO KECEMERLANGAN REKACIPTA (EXCOCIPTA) 2024
Salam hormat dan selamat sejahtera,
YBhg. Datuk, Dato’, Datin, YBrs. Prof, YBrs. Prof. Madya, YBrs. Dr., Tuan dan Puan.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan bagi semua Pertandingan dalam Ekspo Kecemerlangan Rekacipta (EXCOCIPTA 2024) iaitu PEREKA, STEMQuest Ignite, NexGen Ventures, dan LAGUCipTa 1.0 dilanjutkan daripada30 Jun 2024 ke 8 Julai 2024.
Penyertaan ke pertandingan-pertandingan tersebut boleh diakses melalui pautan-pautan berikut:
Pautan EXCOCIPTA:
(i) Pertandingan Rekacipta (PEREKA): https://lrbs.ums.edu.my/pereka/index.php
(ii) IP Pitch Competition (Nexgen Ventures):
(iii) STEMQuest Ignite:
(iv) Pertandingan Mencipta Lagu (LaguCipta 1.0):
Jom sertaiPertandingan EXCOCIPTA 2024yang bakal berlangsung seperti butiran berikut:
Tarikh: 31 Julai – 02 Ogos 2024
Tempat: Dewan Kuliah Pusat, 鶹Ƶ.

Pengumuman Daripada:Pejabat Penasihat Undang-Undang & Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam

MERUNGKAI AKTA ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2022 (AKTA 840) & PROSES ADUAN DI TRIBUNAL BAGI ANTIGANGGUAN SEKSUAL (TAGS)

Akta AntiGangguan Seksual 2022 (Akta 840) telah berkuatkuasa sepenuhnya pada 8 Mac 2024 di mana telah ada saluran alternatif untuk warga universiti/orang awam untuk membuat aduan berhubung isu gangguan seksual yang berlaku ke atas diri mereka.

Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam terpanggil untuk mengadakan sesi perkongsian TAGS bagi memastikan warga universiti ambil peduli pada peruntukan terkini berhubung antigangguan seksual serta tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang melakukan gangguan seksual.

Saksikan perkongsian bersama Puan Nurshuhaida binti Zainal Azahar, Ketua Seksyen Tuntutan dan Perundangan, Tribunal Bagi Antigangguan Seksual, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:

📆 Tarikh: 28 Jun 2024 (Jumaat)

⏰ Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

🎥 Bersiaran secara langsung melalui Youtube UiTM Channel !

Youtube:

Sekian, terima kasih.