鶹Ƶ

Pengumuman Daripada: Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional 鶹Ƶ (PPUMS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional 鶹Ƶ Kali Ke-18 (MATPPUMS18) dan Majlis Sambutan Aidilfitri akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

🗓️ Tarikh : 25 April 2024 (Khamis)

⏰ Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

📍 Tempat: Bankuasi, Dewan Canselor UMS

Sehubungan itu, Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mohon jasa baik untuk mengemukakan perkara-perkara berikut:

Pengesahan Kehadiran:

Cadangan Usul:

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1.    Ucapan Pembukaan MAT oleh Presiden PPUMS

2.    Pengesahan Minit MAT yang Lepas

3.    Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan PPUMS

4.    Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PPUMS

5.    Pembentangan dan Perbahasan Cadangan Usul

6.    Sesi Soal dan Jawab

7.    Hal-Hal Lain

8.    Ucapan Penangguhan MAT oleh Presiden PPUMS

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, Dr./ Tuan/ Puan bolehlah hubungi:

Puan Ainun binti Jamil

013-871 1716

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Encik Tauffeck Hj. Guntok

016-846 1785

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Segala perhatian Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan danPenyelidikan Halal (PPPH)

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pihak Pusat Perkhidmatan danPenyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)

Masa: 9.00am - 12.00pm (Secara dalam talian)

Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang yang disediakan.

Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024:

Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan , Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan kursus halal dan latihan pengendali makanan. Dilampirkan poster kursus dan latihan untuk rujukan selanjutnya. Sekiranya berminat,YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Pn. Nurshada di talian 014-9323152 atau En. Fadhil Nanun di talian 016-8069717.

Sekian, terima kasih.