鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

Assalamualaikum WBT
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dijemput semua untuk mendapatkan perkhidmatan Taksiran Zakat Penggajian di Kaunter bertempat :
🗓Tarikh : 31 Julai 2024 (Rabu)
⏰Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
📍Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Sains Makanan Dan Pemakanan
Dokumen yang perlu dibawa?
✅ Penyata Gaji Tahunan
✅ Slip Gaji Terkini
✅ Kad Pengenalan
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
(Surah An-Nur 24:56)
📌 Mata IDP disediakan
📌 Hamper Bernilai RM50 untuk 3 pencarum (baharu/kemaskini) yang bertuah
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMSshare

Pengumuman Daripada:Pusat Perkhidmatan danPenyelidikan Halal (PPPH)

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pihak Pusat Perkhidmatan danPenyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024:
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada:Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Selaras dengan pengumuman YB Menteri Sumber Manusia di majlis perasmian #COSH2024 bagi inisiatif melatih pemberi pertolongan cemas kesihatan mental pekerjaan atau Occupational Psychological First Aider, Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH UMS) dengan kerjasama Niosh Malaysia ingin mempelawa warga UMS (Kakitangan/Pelajar) untuk mengikuti kursus seperti ketetapan berikut ;
Pendaftaran awal boleh dibuat di portal e-Daftar melalui pautan
Tarikh akhir pendaftaran adalah 5 Ogos 2024)
📌 Tajuk : Mental Health Awareness - Kursus Occupational Psychological First Aider (PFA)
📆 Tarikh : 27 Ogos 2024 (Selasa)
⏰ Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Petang
💻 Medium Penyampaian : Secara Atas Talian (Zoom)
▶ Penceramah: NIOSH Malaysia

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Penyelidikan

Garis PanduanSkim Dana Living Lab 鶹Ƶ
Assalamualaikum & salam sejahtera
YBhg. Datuk / Prof, / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan sukacitanya Pusat Pengurusan Penyelidikan ingin mengumumkan pembukaanPermohonan Skim Dana Living Lab UMS Fasa 2/2024.
Disertakan tarikh-tarikh penting berkaitan Permohonan Skim Dana Living Lab UMSFasa 2/2024.
Permohonan Skim Dana Living Lab Fasa 2 melalui SMPPI:1-14 Ogos 2024
Saringan Permohonan Skim Dana Living Lab Fasa 2:15-31 Ogos 2024
Penilaian Permohonan Skim Dana Living Lab Fasa 2:01-08 September 2024
Keputusan Permohonan dan Tawaran Skim Dana Living Lab Fasa 2:20 September 2024
Dimohon jasa baik Dekan/Pengarah/TDPI/TPPI untuk mewar-warkan pembukaan Permohonan Skim Dana Living Lab UMSFasa 2/2024kepada FAPI masing-masing.
SIla maklum, berikut adalah kriteria umum untuk Permohonan Skim Dana Living Lab UMS Fasa 2/2024 :
- Mempunyai living lab yang telah ditubuhkan di peringkat FAPI
- Setiap living lab hanya boleh memohon satu dana living lab - tidak boleh memohon sekiranya living lab tersebut masih mempunyai dana living lab yang aktif
- Keutamaan diberikan kepada pensyarah yang tidak mempunyai geran dalaman sebagai penyelidik utama
Disertakan Garis Panduan Skim Dana Living Lab sebagai rujukan.
Untuk sebarang persoalan atau isu, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.