鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Akademi Seni dan Teknologi Kreatif

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang berkualiti, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif memohon jasa baik YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk memberi maklum balas perkhidmatan dengan mengisi borang soal selidik melalui Kod QR tertera atau pautan :
Perhatian dan maklum balas YBrs. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan berikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian terima kasih.

Pengumuman Daripada:Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEGERA BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PANGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan segera bekalan elektrik Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 16hb November 2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
Bangunan : KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
Tujuan : Kerja-kerja penyambungan segera kabel elektrik.
Kerja-kerja ini perlu dilaksanakan segera untuk melengkapkan penyambungan agihan bekalan elektrik dari duaincomer feederiaitu di pencawang DKP 2 dan KKTPAR. Kegagalanpenyiapan kerja ini akan mengganggu penyiapan Projek Pencawang Pengagihan Universiti (PPU) 33kV.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak tuan/puan boleh lah berhubung terus dengan Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP Ir.Ts. Hernnie John,Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP(016-818 0881),En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146)atauEn. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, harap maklum.

Pengumuman Daripada:Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

Assalamualaikum WBT
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Kaunter Unit Zakat Pusat Islam UMS kini dibuka:
Tarikh : Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat : Pusat Islam UMS
Perkhidmatan disediakan:-
✅ Kutipan Zakat (Pendapatan/Penggajian/Emas/Perniagaan/Dll)
✅ Semakan dan taksiran zakat Penggajian
✅ Perundingan dan khidmat nasihat berkaitan zakat
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.“(At - Taubah 103)
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara dalam talian, Sila hubungi:
Encik Malik Hanafi (https://wa.me/60168264760)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik Noorfazlina (https://wa.me/60138085856)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMShare

Pemgumuman Daripada:Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

Sertai kami pada20 November 2024di Pusat Islam untuk pelbagai slot menarik yang direka khas untuk membantu anda membina kerjaya dan masa depan yang cemerlang! 🚀
📅Jadual Program:
🔹9:00 Pagi- Career Talk bersamaREDONE: Dapatkan panduan kerjaya yang berharga dan pelajari peluang dalam industri komunikasi!
🔹10:00 Pagi- Career Talk bersamaTELEPERFORMANCE: Ketahui lebih lanjut tentang dunia perkhidmatan pelanggan dan peluang pekerjaan yang menanti anda.
🔹11:00 Pagi- Career Talk bersamaTALENT SUITES: Tips dan strategi untuk meningkatkan kebolehpasaran anda dalam dunia profesional!
🔹2:00 Petang- Kelas Grooming olehPKK UMS: Pelajari cara tampil profesional dan memikat di tempat kerja!
🔹3:00 Petang- Sesi Career & Business Talk bersamaCEDeC: Sesi terbuka untuk berjumpa dengan team kami bagi tujuan konsultasi kerjaya dan perniagaan anda.
🎁Kelebihan untuk Peserta Awal:
✔️Peluang berjumpa dan berinteraksi dengan wakil industri
✔️ Tip dan nasihat kerjaya eksklusif
✔️ Membuka lebih banyak peluang kerjaya dan rangkaian profesional!

📌Jangan lepaskan peluang ini!Anda boleh walk-in sahaja pada hari kejadian. Bawa rakan/kenalan anda hadir sama ya!
#CareerDevelopment #UMSKerjaya2024 #FutureLeaders #GraduateSuccess #NetworkingOpportunity