Âé¶¹ÊÓÆµ

Permohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Âé¶¹ÊÓÆµ

Pengumuman Daripada:ÌýBahagian Sumber Manusia
Subjek:ÌýPermohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Âé¶¹ÊÓÆµ

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk memohon menyertai program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : Akan Dimaklumkan

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Akan dimaklumkan kemudian

  1. Untuk makluman, Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan

(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum

  1. Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):

(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau

(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau

(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu

  1. Sehubungan itu, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dimohon untuk membuat permohonan mengikuti ÌýProgram Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020 melalui pautanÌýGoogle formÌýiaituÌýÌýsebelum atau pada 17 Ogos 2020 (Isnin) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari danÌýkeputusan kelayakan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020 akan dimaklumkan oleh pihak urusetia program.ÌýSebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam Bin Abd Muttalib di sambungan 103337/013-8554373.