Âé¶¹ÊÓÆµ

Makluman Pembukaan Sub-Domain Penyelidikan Pendidikan Orang Asli (Domain : Sastera Dan Sastera Ikhtisas) Bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2020 Kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Awam

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Subjek: Makluman Pembukaan Sub-Domain Penyelidikan Pendidikan Orang Asli (Domain : Sastera Dan Sastera Ikhtisas) Bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2020 Kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Awam

Ìý

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr.,

Ìý

MAKLUMAN PEMBUKAAN SUB-DOMAIN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ORANG ASLI (DOMAIN : SASTERA DAN SASTERA IKHTISAS) BAGI SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2020 KEPADA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) DAN UNIVERSITI AWAM

Ìý

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

Ìý

2. Ìý Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) tahun 2020 pada 6 Januari 2020 hingga 31 Mac 2020.

Ìý

3. Ìý Ìý Satu (1) sub-domain penyelidikan baharu telah diwujudkan bagi geran FRGS di bawah domain penyelidikan Sastera dan Sastera Ikhtisas iaitu Pendidikan Orang Asli yang dibuka khusus untuk penyelidik-penyelidik dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta Universiti Awam. Sehubungan itu, pihak Kementerian ingin mempelawa para penyelidik dari IPGM dan Universiti Awam bagi mengemukakan kertas cadangan penyelidikan berkaitan dengan sub-domain baharu ini.

Ìý

4. Ìý ÌýÌý Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan bagi permohonanÌý yang menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan berikut :

Ìý

4.1ÌýÌýÌýÌý Institusi :

Ìý

a)Ìý Sub-domain Pendidikan Orang Asli terbuka kepada IPGM dan Universiti Awam sahaja.

Ìý

b)Ìý IPGM dimestikan untuk mengadakan kolaborasi dengan Universiti Awam dan mempunyai penyelidik bersama dari universiti tersebut bagi projek penyelidikan yang dicadangkan (berdasarkan perkara 2.1.5.3, Garis Panduan FRGS Pindaan Tahun 2020).

Ìý

4.2ÌýÌýÌýÌý Penyelidik :

Ìý

a) Bagi Ketua Projek dari Universiti Awam, dimestikan untuk mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang penyelidik bersama dari IPGM.

Ìý

b)ÌýÌý Bagi Ketua Projek dari IPGM, dimestikan untuk mempunyai penyelidik bersama dari Universiti Awam.

Ìý

4.3 ÌýÌý Bagi projek yang diketuai oleh penyelidik IPGM, penyaluran peruntukan kewangan bagi permohonan yang berjaya di bawah sub-domain Pendidikan Orang Asli akan disalurkan kepada Universiti Awam yang terlibat dalam kolaborasi. Penyelidik dari Universiti Awam ini perlu diletakkan sebagai penyelidik bersama kedua dalam sistem MyGRANTS.

Ìý

5. Ìý Sehubungan itu, perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/ Dato’/Prof./Dr. adalah dimohon untuk memaklumkan pembukaan sub-domain penyelidikan baharu ini kepada semua penyelidik di Institusi masing-masing. Pihak Institusi adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan yang lengkap dan berkualiti dihantar secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Permohonan yang dikemukakan haruslah berdasarkan Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2020) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPM yang berkuat kuasa. Kementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang gagal untuk mematuhi syarat danÌý kriteria yang telah ditetapkan.

Ìý

6.ÌýÌýÌýÌýÌýÌý Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/ Dato’/Prof./Dr. boleh menghubungi pegawai di Kementerian ini Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/ Prof./Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Ìý

Sekian, terima kasih.

Ìý

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARAâ€

Ìý

Saya yang menjalankan amanah,

(DATO’ PROF. IR. DR. MOHD SALEH JAAFAR)

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan)

Ìý

Jabatan Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia