Âé¶¹ÊÓÆµ

TINDAKAN SEMASA JEREBU

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UMS

SUBJEK:ÌýTINDAKAN SEMASA JEREBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ingin berkongsi maklumat berkenaan tindakan yang perlu diambil semasa jerebu.

Oleh yang demikian, warga kampus Ìýadalah dinasihatkan agar menjaga Ìýkesihatan diri dan keluarga.ÌýDisarankan supaya menggunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang bersesuaianÌýsemasa berada di luar bagi mengelakkan masalah kesihatan respiratori memandangkan cuaca semasa yang berjerebu, khususnya kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti Asma, batuk atau selsema yang berterusan. Sentiasa awasi kesihatan anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu. Sekiranya terdapat sebarang masalah kesihatan, segera mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti atau mana-mana fasiliti kesihatan yang berhampiran. Keselamatan dan kesihatan anda warga kampus menjadi keutamaan kami.

Sekian, Terima Kasih.