Âé¶¹ÊÓÆµ

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2019

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2019
 
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
 
2.     Sukacita dimaklumkan Âé¶¹ÊÓÆµ akan mengadakan Majlis Amanat Naib Canselor UMS 2019 pada ketetapan seperti berikut:
 
        Tarikh             : 15 Mac 2019 (Jumaat)
         Masa              : 7.30 Pagi
         Tempat          : Dewan Canselor, UMS
 
3.     Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Bagi kakitangan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Fakulti Pertanian Lestari (FPL) dan Kampus Sikuati, Kudat,  majlis tersebut  boleh diikuti menerusi laman rasmi Facebook (FB) Âé¶¹ÊÓÆµ (UMS Official) di pautan.
 
4.     Untuk makluman YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, kehadiran ke Majlis ini akan menggunakan sistem Smart-Hadir (hanya kepada pengguna telefon pintar Android). Maklumat dan aplikasi tersebut boleh dimuat turun di . 
Namun begitu kaunter pendaftaran juga akan dibuka seperti biasa pada hari tersebut.  Bersama ini dilampirkan atur cara majlis untuk rujukan dan tindakan selanjutnya YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.