Âé¶¹ÊÓÆµ

SUMBANGAN DERMA IKHLAS SEMPENA PROGRAM ZIARAH UKHUWAH FILLAH PIUMS KE RUMAH AMAL KASIH, TAMAN KINGFISHER 3

 
PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK : SUMBANGAN DERMA IKHLAS SEMPENA PROGRAM ZIARAH UKHUWAH FILLAH PIUMS KE RUMAH AMAL KASIH, TAMAN KINGFISHER 3
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Y.Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
MEMOHON SUMBANGAN DERMA IKHLAS SEMPENA PROGRAM ZIARAH UKHUWAH FILLAH, RUMAH AMAL KASIH, TAMAN KINGFISHER
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Âé¶¹ÊÓÆµ akan mengadakan Program Ziarah Ukhuwah Fillah pada ketetapan seperti maklumat yang berikut:
 
            Tarikh         : 27hb Disember 2016 (Selasa)
            Tempat       : Rumah Amal Kasih, Taman Kingfisher 3
 
03.     Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon sumbangan derma ikhlas daripada Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan sama ada dalam bentuk wang tunai, barang-barang pakaian dan keperluan asas untuk diagihkan kepada anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih  tersebut. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan borang sumbangan untuk rujukan dan tindakan pihak Y.Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan selanjutnya.
 
04.     Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Ustazah Noor Fazelah Salimin di talian H/P: 019-5323732 atau No. Pejabat 088-320000 Samb : 2740. Kerjasama dan keprihatinan  Y.Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.