Ìý
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
Ìý

Ìý
Ìý
Sepertimana YBrs. Prof./Dr./Tuan/PuanÌýsedia maklum, Bahagian KecemerlanganÌýPenyelidikan IPT (BKPI), JPT, KPT telah selesai melaksanakan Taklimat Permohonan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2025 pada 26 Februari 2025 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Susulan daripada itu, bersama-sama ini dikemukakan slaid taklimat berkaitan untuk rujukan YBrs. Prof./Dr./Tuan/PuanÌýjua sebagai panduan dalam mengisi permohonan KKP 2025.
Ìý
Permohonan penubuhan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) hendaklah dibuat dengan melengkapkan dokumentasi berikut bermula padaÌý3 Mac 2025 sehingga 21 Mac 2025.
- Borang A KKP;Ìýdan
- Borang B KKP
Perincian penyelidikan di dalam Borang A dan B hendaklahÌýdifokuskan kepada satu (1) bidang nic sahajaÌýdaripada 26 bidang nic yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan panduan permohonan KKP perlu merujuk kepadaÌýGaris Panduan KKP 2024.ÌýTurut dilampirkan dokumentasi berkaitan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Ìý
Semua permohonan hendaklahÌýdisemak oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan diperakui oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)Ìýbagi Ketua KKP masing-masing.
Ìý
Hanya CoE yang memenuhi syarat am permohonan sahaja yang layak untuk mengemukakanÌýdua (2)ÌýhardcopyÌýBorang A dan Borang B berserta dokumen sokongan kepada urus setia KPT. Dokumentasi permohonan KKP haruslah dikemukakan kepada urus setia RMC secaraÌýsoftcopyÌýmelalui alamat e-melÌýAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.ÌýÌýselewat-lewatnya pada 21 Mac 2025 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari.
Ìý
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai dan urus setia berikut:
Ìý
      a) Puan Rohani binti HadiÌý Ìý|Ìý Ìý 016 - 803 2554Ìý Ìý |Ìý ÌýÌýAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
      b) Cik Priscilla Clare PrimusÌý Ìý |Ìý Ìý 014 - 996 8245Ìý Ìý |Ìý ÌýÌýAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Ìý
Sekian, terima kasih.