Ìý
Pengumuman Daripada:ÌýKelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Sesi 2023/2024,ÌýFakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
Ìý
Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera.
Ìý
Sukacita dimaklumkan bahawa kami daripada barisan ahli Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (EPDEC) Sesi 2023/2024 akan mengadakan Program Kami Peduli 1.0 seperti ketetapan berikut:
Ìý
Tarikh: 18 Mei 2024
Masa: 7.15 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 (DKP 18), Âé¶¹ÊÓÆµ.
Ìý
Program Kami Peduli 1.0 adalah merupakan sebuah program yang diadakan bagi menunjukkan rasa keprihatinan mahasiswa universiti terhadap individu yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pusat Pengurusan Orang Kurang Upaya (PPOKU), Âé¶¹ÊÓÆµ dan Persatuan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Sabah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta perkembangan semasa golongan OKU bersama masyarakat sekeliling, khususnya pelajar UMS dan ibu bapa kepada golongan OKU. Bukan itu sahaja, program ini juga dianjurkan bagi mengelakkan adanya jurang perbezaan dan meningkatkan interaksi sosial di antara golongan OKU dan juga individu normal yang lain.
Ìý
Oleh itu, kami daripada barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Kami Peduli 1.0 mengalu-alukan semua warga UMS yang berminat untuk menyertai program ini untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Ìý
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
Ìý
Elviana Rosli (Pengarah Program): 019-9148618
Ìý
Segala kerjasama daripada anda kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Ìý
Ìý
Yang Ikhlas,
Ahli Jawatankuasa Pelaksana,
Program Kami Peduli 1.0,
Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Sesi 2023/2024,
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan,
Âé¶¹ÊÓÆµ.