鶹Ƶ

UNODC Youth Forum 2023 Outcome Report and Nominations for Youth Forum 2024

Pengumuman Daripada:Pusat Komunikasi Korporat

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

HEBAHAN:UNODC Youth Forum 2023 Outcome Report and Nominations for Youth Forum 2024

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi menerima emel daripada Malawakil Vienna melalui Kementerian Luar Negeri berkenaan pencalonanYouth Forumbagi tahun 2023 yang diadakan pada 13-15 Mac 2023 yanglalu di Vienna, Austria.Youth Forummerupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) yang mempunyai objektif utama untuk mengumpulkan remaja yang dicalonkan oleh Negara Anggota aktif dalam bidang pencegahan penggunaan dadah serta mempromosikan kesihatan dan pemerkasaanbelia dari seluruh dunia.

3. Sehubungan dengan itu, di pohon pihak tuan/puan menghebahkan perkara ini dikalanganpelajar yang berumur diantara14 hingga 23 tahun yang berminat untuk menghadiriYouth Forumbagitahun2024dan mengemukakan dua (2) pencalonan beserta biografi calon kepadaAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.selewatnya pada 04 Ogos 2023 (Jumaat) untuk penyelarasan di peringkat Kementerian. Untuk makluman dua (2) orang remaja yang terpilih akan mewakili Malaysia ke forum antarabangsa tersebut.Di lampirkanjugaA copy of NotesepertiQuestions and Answers(Q&A) sebagai rujukan.

- UNODC Announcement

- Q & A UNODC Youth Forum 2024

- Youth Forum Report 2023

Kerjasama dan keprihatinan Tuan/ Puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

“MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,


NURUL ADILLA BINTI ABDUL HALIM
Bahagian Hubungan Antarabangsa |International Relations Division
Kementerian Pendidikan Tinggi |Ministry of Higher Education
Putrajaya, MALAYSIA
Telephone: +603 - 8870 5390
Fax: +603 - 8870 6817
Email :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.