鶹Ƶ

Jemputan Southeast Asia Youth Sustainability Summit 2023

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Seri / Dato’/ Dr. / Datin / Tuan / Puan,


Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg. Datuk Seri / Dato’/ Dr. / Datin / Tuan / Puan,HELPUniversitybakal menganjurkanSoutheast Asia Youth Sustainability Summit2023 yang bertemakanPutting Ideals Into Action: Pioneering Future SustainabilityLeaderspada 27 Mei 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia.Program ini beraspirasi untuk memperkasakan golongan belia dan mahasiswa dari Asia Tenggara sebagai pemangkin alam sekitar yang cakna dan kompeten akan perihal literasi kelestarian (“sustainability literacy”). Program ini turut memberi peluang kepada golongan belia untuk memperluaskan rangkaian dan hubungan bersama pemain industri korporat, akademik, pihak kerajaan, serta badan bukan kerajaan.Bersama-sama ini disertakan risalah berkenaanSoutheast Asia Youth Sustainability Summit2023 untuk rujukan pihakYBhg. Datuk Seri / Dato’/ Dr. / Datin / Tuan / Puan.

3. Pendaftaran untuk hadir secara atas talian adalah percuma bagi belia dan mahasiswa daripada Universiti Asia Tenggara dengan melayari ke laman sesawang iaitu. Segala pendaftaran untuk hadir ke persidangan tersebut harus dilaksanakan selewat-lewatnya pada atau sebelum26 Mei 2023,Jam 6.00 petang. Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan Persidangan tersebut, sila kemukakan soalan tersebut ke.

4. Sesungguhnya perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak YBhg. Datuk Seri / Dato’/ Dr. / Datin / Tuan / Puan kepada perkara di atas adalah amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Maklumat lanjut, sila rujuk pautan ini:

Sekian.

BAHAGIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI