鶹Ƶ

Makluman Pembukaan Bidaan Nombor Kenderaan Khas Kategori Prima

Pengumuman Daripada:Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Sejahtera & Salam Perpaduan,

YBhg. Datuk/Prof/ Prof. Madya/ Dr./Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa bidaan bagi penjualan nombor pendaftaran kenderaan Khas UMS "kategori prima" akan mula dibuka pada bulanApril 2023.Nombor-nombor tersebut terdiri daripada UMS 2, UMS 3, UMS 4, UMS 5, UMS 7 dan UMS 8. Setiap bulan, bidaan nombor "kategori prima" hanya dibuka untuk seunit nombor sahaja dan perlu melalui proses bidaan seperti yang ditetapkan melalui website UMSeBID (). Bidaan yang dibuka pada bulan April adalahUMS 4iaitu bermula pada26 April sehingga 30 April.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi khidmat pelanggan kami di talian 088-320000 samb. 202302.
Sekian, Terima Kasih.