Ìý
Hebahan Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
Ìý

Ìý
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ìý
YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Ìý
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Ìý
- Untuk makluman, ATABM merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripadaÌýahli akademikpelbagai bidangÌýyang memartabatkan Bahasa MelayuÌýdalamÌýkerjaya mereka. Tahun ini merupakan tahun ke-12 penganjuran dan seramai 9 orang tokoh telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu.ÌýPenganjuran Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) telah memperlihatkan pencapaian cemerlang dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Penganjuran anugerah ini mula diadakan pada tahun 2012 sebagai salah satu inisiatif strategik yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu 2016 – 2020.
Ìý
- Selain itu, bagi menghargai usaha ahli akademik muda dan ahli akademik daripada sektor teknikal dalam memartabatkan bahasa Melayu, dua (2) anugerah telah dianjurkan bermula pada tahun 2020 iatuÌýAnugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu (ATHABM)danÌýAnugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal (ATBMST).
Ìý
- Sukacita dimaklumkan bahawa permohonanÌýAnugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM)dan dua kategori anugerah bahasa MelayuÌýbagi Tahun 2023 dibuka mulaiÌý 31 Mac 2023 (Jumaat)ÌýhinggaÌý2 Jun 2023 (Jumaat).ÌýSelaras dengan itu,ÌýYBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ PuanÌýdialu-alukan untuk mengemukakan permohonan ATABM/ ATHABM / ATBMST 2023 tertaklukÌýkepada syarat dan peraturan permohonan.ÌýCalon yang berjaya akan dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu/ Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu/ Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal dan akan menerima sijil penganugerahan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, piala iringan serta wang penghargaan.
Ìý
- Untuk maklumat lanjut,ÌýYBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan bolehÌýmelayariÌý hebahan beserta maklumat lengkap di laman sesawang ATABM Kementerian Pendidikan TinggiÌý diÌý.
Ìý
- YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ PuanÌýjuga dimohon untukÌýmemanjangkan pemakluman ini kepada semua Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan dan lain-lain di bawahÌýUniversiti Awam/ Politeknik/ Kolej Komunitimasing-masingÌýbagi memastikan maklumat penganugerahan ini diterima oleh semua ahli akademik.ÌýSebarang pertanyaan mengenai anugerah ini, boleh diajukan kepada urus setia anugerah seperti maklumat berikut:
Ìý
Ìý
URUS SETIA
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATABM) &
ANUGERAH TOKOH HARAPAN AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATHABM)
UNIT INOVASI DAN PEMERKASAAN BAHASA MELAYU
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Aras 3, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya
Ìý
Emel:ÌýAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No Tel : 03-8870 4430 / 5391 / 5064 / 4563 / 5327Ìý
Ìý
dan
Ìý
URUS SETIA
ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR TEKNIKAL (ATBMST)
BAHAGIAN KURIKULUM
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4w
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 W.P. PUTRAJAYA
Ìý
Emel:ÌýAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No Tel : 03-8891 9395 / 9196 / 9033
7. Segala perhatian dan kerjasamaÌýYBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Ìý
Sekian.


