Âé¶¹ÊÓÆµ

Taklimat Kesedaran Akta Biokeselamatan 2007

Ìý

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) UMS

Ìý

Akta Biokeselamatan 2007 telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2009 bertujuan untuk mengawal selia pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal organisma diubah suai yang hidup [Living/genetically modified organisms (LMO/GMO)] dengan tujuan melindungi kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.

Ìý

Penganjuran taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai Akta Biokeselamatan 2007 kepada warga UMS terutamanya yang terlibat dengan aktiviti GMO agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dalam pematuhan Akta Biokeselamatan 2007.

Ìý

Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dan kakitangan di jabatan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan yang terlibat dengan aktiviti GMO terutamanya penyelidik adalah dijemput untuk mengikuti taklimat seperti yang dinyatakan pada ketetapan berikut:

Ìý

TARIKHÌýÌý Ìý  : 2 MAC 2023 (KHAMIS)

MASAÌýÌý Ìý    : 9.15 PAGI - 12.00 T/HARI

PLATFORMÌýÌý: Secara atas talian WebexÌý

Ìý

PENCERAMAH:

DR. MOHANA ANITA ANTHONYSAMY

KETUA PENOLONG PENGARAH,

SEKSYEN PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN,

JABATAN BIOKESELAMATAN, KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Ìý

✅ÌýSemua dijemput hadir terutamanya penyelidik yang terlibat dengan aktiviti kegunaan terkawalÌýmelibatkan organisma diubah suai yang hidup (LMO)

✅ÌýMata IDP akan diberikan