Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKEPT), Jabatan Pendaftar
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Dimaklumkan bahawa Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan Kerjasama Universiti Poly-Tech Mara (UPTM) di bawah program AKEPT Competency Excellence (ACE) akan menjalankan satu kajian yang bertajuk “Women & Leadership in Malaysian Higher Education”. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan hal berkaitan kepimpinan wanita dalam landskap IPTA di Malaysia.
- Oleh yang demikian, AKEPT ingin memohon jasa baik YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, untuk mengisi kaji selidik melalui pautan ini sebelum atau pada13 Mac 2023 (Isnin)danmemanjangkan pautan ini kepadapara pemimpin, bakal pemimpin dan ahli akademik wanita yang lain.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia Encik Mohd Nizam Bin Abd Muttalib,di talian 013-8554373 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Perhatian dan kerjasamaYBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.