Ìý
Pengumuman Daripada: ÌýPusat Komunikasi Korporat (PKK)
Ìý
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Ìý
YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,
Ìý
UNDANGAN KEÌý11THÌýUNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM 2023 – UNITED NATIONS, BANGKOK
Ìý
Sukacita dimaklumkan bahawa Simposium Kepimpinan Ilmuwan Universiti yang ke-11Ìý(11thÌýUniversity Scholars Leadership Symposium - USLS)Ìý2023 akan diadakan pada 1 hingga 4 Ogos 2023 diÌýUnited Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP) Conference Centre, Bangkok, Thailand.
Ìý
Dimaklumkan, USLS merupakan program khas yang diadakan untuk mengasuh kapasiti dan bakat pemimpin-pemimpin muda dalam mengusahakan projek berteraskan sosial yang membantu dalam menangani isu seperti perubahan iklim, kemiskinan dan ketidaksamaan.
Ìý
Dengan kolaborasi bersama agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuÌý(United Nations – UN), seramaiÌý1200 pemimpin muda dari lebih 100 negara ahli PBB disasarkan untuk hadir dan mengambil bahagian dalam simposium ini. Dalam edisi sebelum ini pada tahun 2019, terdapat agensi-agensi yang bernaung di bawah PBB yang telah turut menyertai seperti UNICEF, WFP, UN Women, UNESCO, UNHCR, UNAIDS, UNEP, UN-HABITAT dan UNFPA.
Ìý
Maklumat lanjut berkenaan symposium ini sepertiÌýtentatif program,Ìýsenarai penceramah dan yuran penyertaan boleh diperolehi di capaian berikutÌý
Ìý
Turut dilampirkan bersama-sama ini borang permohonan kepada calon yang berminat dan testimoni daripada Mr Felipe Queipo, Pegawai Komunikasi,ÌýUnited Nations Department of Global Communications, Ibu Pejabat New York untuk makluman lanjut.
Sila rujuk pautan ini:Ìý
Ìý
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebarluaskan perkara ini kepada pelajar-pelajar yang berminat di bawah institusi YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan masing-masing amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Ìý
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Tinggi
03-8870 5380