鶹Ƶ

Perasmian Penutupan Bulan Keusahawanan UMS 2022

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBrs Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/Saudari,

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar dengan kerjasama pihak Persatuan IKSnita Sabah akan mengadakan Majlis Perasmian dan Penutupan Bulan Keusahawanan UMS yang akan dirasmikan oleh Y.A.Bhg Toh Puan Datuk Seri Panglima (DR) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R. M Jasni pada ketetapan berikut;

🗓️ 26 November 2022 (Sabtu)

🕥 8.30 pagi

📍 Dewan Bankuasi, UMS

Sehubungan dengan itu, pihak PKPKP berbesar hati menjemput YBrs Prof./ Dr./ Tuan / Puan/Saudara/Saudari untuk hadir bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut. E-sijil akan diberikan kepada mereka yang hadir.

#pkpkpUMS #UMS #UniversitiMalaysiaSabah #Sabah #KotaKinabalu #usahawansiswa #SiswapreneurUMS