Âé¶¹ÊÓÆµ

Penyertaan Pelajar dan Staf ke Sesi Penyertaan Lafaz Ikrar Rukun Negara Secara Serentak di Semua IPT pada 15 September 2022

Ìý

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan menganjurkan Program Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-65. Program ini berbentuk Lafaz Ikrar Rukun Negara yang bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dan perpaduan menerusi penglibatan semua peringkat kepimpinan mahasiswa di IPT.

Sehubungan dengan itu, Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT akan diadakan denganÌýSesi Lafaz Ikrar Rukun Negara secara serentak di semua IPTÌýbagi mencipta rekod Malaysia Book Of Record (MBR). Oleh yang demikianÌýSEMUA PELAJAR DAN KAKITANGAN UMSÌýadalah dijemput bersama-sama dalam Sesi Lafaz Ikrar Rukun Negara yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

TarikhÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý : 15 September 2022 (Khamis)

MasaÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý : 9.30 pagi - 10.00 pagi (Tentatif disertakan)

TempatÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý : Lokasi masing-masing

SasaranÌýÌýÌýÌýÌýÌý : Pelajar dan Kakitangan UMS

KaedahÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý :ÌýLive StreamingÌýdan disiarkan di TV1 (Selamat Pagi Malaysia)

Ìý

Berikut disertakanÌýInfografik Tatacara Pendaftaran/Penyertaan Lafaz Rukun NegaraÌýuntuk perhatian selanjutnya. Setiap pendaftaran akan mendapat e-sijil penyertaan.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.