Âé¶¹ÊÓÆµ

Permohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Siri 1/2021 Âé¶¹ÊÓÆµ

Pengumuman Daripada:ÌýBahagian Sumber Manusia

Ìý

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Ìý

2. Sukacita dimaklumkan, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk memohon menyertai program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Cadangan Tarikh : 25 Januari 2021 - 30 Januari 2021

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Galeri Majlis, Bangunan Canselori, Âé¶¹ÊÓÆµ

Ìý

3. Untuk makluman, Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan

(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum

Ìý

4. Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):

(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau

(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau

(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu

Ìý

5. Sehubungan itu, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dimohon untuk membuat permohonan mengikuti ÌýProgram Transformasi Minda (PTM) siri 1/2021 melalui pautanÌýGoogle formÌýiaituÌýÌýsebelum atau pada 15 Januari 2021 (Jumaat) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari danÌýkeputusan kelayakan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) siri 1/2021 akan dimaklumkan oleh pihak urusetia program.ÌýSebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam Bin AbdÌýMuttalib di sambungan 103337/013-8554373.

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.