MyRA
MyRA® adalah instrumen yang mengukur input, output, outcome dan impak Pembangunan, Penyelidikan, Pengkomersilan & Inovasi (RDCI). Data yang diisytiharkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) hanya berkaitan dengan RDCI sahaja.
Data yang diisytiharkan perlu merangkumi/mengambilkira semua output daripada semua staf akademik yang aktif walaupun telah mencapai markah maksimum (melepasi benchmark atau melepasi dua kali ganda benchmark yang ditetapkan) dalam seksyen atau subseksyen tertentu.
Data RDCI yang lengkap dan menyeluruh daripada setiap IPT adalah penting dalam membantu pihak Pengurusan Tertinggi untuk membuat keputusan dan merangka hala tuju Kementerian dan dasar Pendidikan Tinggi Negara.
GANTT CHART MYRA 2024

BENGKEL MYRA 2024



















Klinik MyRA 2024 merupakan salah satu inisiatif Bahagian Pengurusan Strategik Dan Kecemerlangan Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS bagi memberi penerangan yang lebih jelas dan terperinci kepada setiap 19 Fakulti / Akademi / Pusat / Institut (F/A/P/I) terhadap Glosari MyRA (Pindaan 2023).
Klinik tersebut turut memberi fokus terhadap pencapaian setiap F/A/P/I sepanjang tahun 2023, dan strategi kecemerlangan penyelidikan.
Sesi komunikasi dua hala Klinik MyRA 2024 diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy, Timbalan Pengarah (Strategik), PPP.
Klinik MyRA 2024 turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta kakitangan pengurusan tertinggi dan penyelaras MyRA dari setiap F/A/P/I.
DOCUMENTS
Manual MyRA 2023
MyRA Scores Capped
Master Takwim BPSKP Tahun 2024
GLOSARI MyRA I & II (PINDAAN 2023)
BENCHMARK MYRA KPT 2023