Âé¶¹ÊÓÆµ

Popular Articles

Recent Stories

Mesyuarat Jawatankuasa MyRA Bil.1/2026

Mesyuarat Jawatankuasa MyRA Bil.1/2026

Ìý Ìý Ìý Ìý Ìý Ìý Ìý Ìý Ìý Ìý Ìý

Mesyuarat Jawatankuasa MyRA Bil.1/2026

Ìý Ìý Ìý Ìý

Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Âé¶¹ÊÓÆµÌý Ìý Ìý Ìý

Ìý

Mesyuarat Jawatankuasa MyRA Bil.1/2026 telah diadakan pada 29 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Âé¶¹ÊÓÆµ. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Lai Yew Meng, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan.ÌýÌý

Pengerusi Mesyuarat

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Lai Yew Meng selaku Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), yang memainkan peranan penting dalam menyelaras perancangan strategik serta memastikan pencapaian universiti terus diperkukuh dalam penilaian MyRA.


Fokus Mesyuarat

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan strategi, pencapaian semasa serta penambahbaikan berterusan dalam pengurusan data dan pelaporan MyRA. Perbincangan turut merangkumi penyelarasan dokumen sokongan, pengukuhan indikator prestasi utama (KPI) penyelidikan, serta tindakan susulan bagi memastikan setiap fakulti dan pusat tanggungjawab mencapai sasaran yang ditetapkan.

Ìý Ìý Ìý Ìý
Ìý Ìý Ìý Ìý

Objektif Mesyuarat

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengekalkan dan memperkukuh kecemerlangan Âé¶¹ÊÓÆµ dalam penilaian MyRA Tahun 2025. Usaha ini selaras dengan komitmen UMS untuk terus unggul sebagai Brain of Borneo melalui pemerkasaan budaya penyelidikan, inovasi dan penerbitan berimpak tinggi.

Ìý Ìý
Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan Entiti Penyelidikan Bil.1/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan Entiti Penyelidikan Bil.1/2026

Ìý

Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan

Entiti Penyelidikan Bil.1/2026

Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Âé¶¹ÊÓÆµ

Ìý

Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan Entiti Penyelidikan Bil.1/2026 telah diadakan pada 19 Januari 2026 di Bilik Mesyuarat Senat, Aras 5 Bangunan Canselori, Âé¶¹ÊÓÆµ. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Permohonan Penarafan Entiti

Sebanyak 10 buah entiti penyelidikan telah dikemukakan untuk dinaiktaraf sebagai Entiti Penyelidikan Diiktiraf. Mesyuarat ini membincangkan dan menilai setiap permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan, termasuk kualiti penyelidikan, produktiviti, impak serta sumbangan kepada bidang masing-masing.

Kepentingan Penarafan Entiti

Penarafan sebagai Entiti Penyelidikan Diiktiraf merupakan pengiktirafan terhadap kumpulan penyelidik yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjana pengetahuan baharu dan inovasi. Status ini membuka peluang untuk akses kepada geran penyelidikan yang lebih besar, kolaborasi strategik dengan institusi antarabangsa, serta memperkukuh kedudukan UMS dalam landskap penyelidikan global.

Pengerusi Mesyuarat

YBhg. Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) mempengerusikan mesyuarat ini dengan memberikan panduan strategik dan memastikan proses penilaian dijalankan secara telus, adil dan berintegriti bagi menjamin kualiti entiti penyelidikan yang diiktiraf.

Objektif Mesyuarat

Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai dan meluluskan permohonan penarafan entiti penyelidikan berdasarkan pencapaian akademik, impak penyelidikan, dan sumbangan kepada pembangunan ilmu. Pengiktirafan ini selaras dengan usaha UMS dalam memperkukuh kecemerlangan penyelidikan sebagai Brain of Borneo.

Mesyuarat Pemantauan dan Permohonan Dana Living Lab

Mesyuarat Pemantauan dan Permohonan Dana Living Lab

Ìý Ìý Ìý Ìý Ìý Ìý Ìý ÌýÌýÌý Ìý Ìý Ìý

Mesyuarat Pemantauan dan Permohonan Dana Living Lab Bil. 1/2026

Ìý Ìý Ìý Ìý

Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Âé¶¹ÊÓÆµÌý Ìý Ìý Ìý

Ìý

Mesyuarat Pemantauan dan Permohonan Dana Living Lab Bil. 1/2026 telah diadakan pada 13 Januari 2026 di Bilik Mesyuarat Senat, Aras 5 Bangunan Canselori, Âé¶¹ÊÓÆµ. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Ìý Ìý Ìý Ìý

Pengerusi Mesyuarat

Mesyuarat ini diketuai oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), yang memainkan peranan penting dalam memastikan agenda pemantauan dan permohonan dana Living Lab berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

ÌýÌý Ìý Ìý

Fokus Mesyuarat

Skim Dana Living Lab merupakan inisiatif strategik universiti yang menyediakan platform untuk penyelidik menjalankan kajian berasaskan aplikasi dan inovasi dalam persekitaran sebenar. Mesyuarat ini membincangkan kemajuan projek sedia ada, cabaran yang dihadapi, serta peluang baharu bagi memaksimumkan impak penyelidikan kepada masyarakat dan industri.

Ìý Ìý Ìý Ìý
Ìý Ìý Ìý Ìý

Objektif Mesyuarat

Mesyuarat ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek-projek Skim Dana Living Lab yang sedang berjalan serta menilai permohonan dana baharu bagi Fasa 2/2025. Inisiatif ini selaras dengan komitmen UMS dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan dan inovasi sebagai Brain of Borneo.

Ìý Ìý
PERKONGSIAN & BENGKEL PENYEDIAAN PROPOSAL YPASM

PERKONGSIAN & BENGKEL PENYEDIAAN PROPOSAL YPASM

Bengkel Pemerkasaan Penyediaan Proposal

Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)

Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Âé¶¹ÊÓÆµ

Ìý

Bengkel Pemerkasaan Penyediaan Proposal Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) telah dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Âé¶¹ÊÓÆµ pada 15 Januari 2026 (Khamis), bertempat di Bilik Mesyuarat PPP, UMS, bermula pada pukul 9.00 pagi.

Penceramah dan Perkongsian Pengalaman

Bengkel ini membawakan Dr. Eugene Soo Zhen Xiang (FKJ), seorang penerima Geran YPASM yang memberikan pandangan praktikal berdasarkan pengalaman sebenar dalam mendapatkan pembiayaan penyelidikan YPASM. Sesi kedua pula ialah sesi coaching Prof. Ts. Dr. Uda HashimÌýbersama para penyelidik yang datang bersama draf proposal.

Objektif Program

Bengkel ini bertujuan untuk memerkasakan warga akademik UMS dalam menyediakan proposal penyelidikan yang kompetitif bagi Geran YPASM. Program ini menggabungkan sesi pencerahan dan perkongsian pengalaman penerima geran bagi memberikan pendedahan menyeluruh tentang keperluan, strategi, dan tips kejayaan dalam permohonan geran penyelidikan Antartika, selaras dengan aspirasi UMS sebagai Brain of Borneo. Ini juga merupakan inisiatif Pusat Pengurusan Penyelidikan bagi menggalakkan permohonan daripada pensyarah khususnya pensyarah muda untuk memohon geran.

Mengenai YPASM

Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) merupakan satu inisiatif yang menyediakan pembiayaan penyelidikan dalam bidang sains Antartika dan polar. Geran ini membuka peluang kepada penyelidik Malaysia untuk menjalankan kajian berkualiti tinggi yang menyumbang kepada pemahaman global tentang isu-isu perubahan iklim dan ekosistem polar. UMS merupakan rakan smart partnership bersama YPASM untuk third cycle (2026-2030) bersama 11 universiti awam yang lain.