Âé¶¹ÊÓÆµ

Misi | Mission

  • Memperkasa kecemerlangan ilmu berteraskan wahyu melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan berkualiti yang menyumbang kepada pembangunan ilmu dan masyarakat global

  • Memacu inovasi dan kolaborasi rentas budaya dengan menggalakkan penyelidikan inovatif, jaringan strategik antarabangsa serta integrasi ilmu bagi meningkatkan impak akademik dan sosial.

  • Membentuk insan holistik bertaraf global melalui pembangunan sahsiah, kepimpinan, kemahiran insaniah dan nilai spiritual bagi melahirkan graduan seimbang, kompeten dan berdaya saing

Visi | Vision

Menjadi fakulti unggul yang memacu kecemerlangan ilmu, inovasi dan pembinaan insan holistik bertaraf global yang berfokus kepada rentas budaya berteraskan wahyu.

Objektif | Objective

  • Mengintegrasi Kecemerlangan Akademik Berdasarkan Ilmu serta menyediakan program pengajian Islam yang berkualiti, bagi mencapai pengiktirafan akademik antarabangsa serta memenuhi keperluan multidisiplin dan teknologi semasa.

  • Memajukan dan menggalakkan penyelidikan inovatif, penerbitan berkualiti serta pembangunan harta intelek yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat, ekonomi dan keadilan sosial sejagat.

  • Melahirkan Graduan Bertakwa, Holistik, Kompeten dan Berdaya Saing dari segi intelektual, spiritual dan sahsiah selain memiliki kemahiran komunikasi, kepimpinan dan keusahawanan; serta mampu menyesuaikan diri dengan cabaran global dan teknologi baharu.

  • Memperkasa Kolaborasi Rentas Budaya dan Jaringan Strategik dengan melaksanakan kerjasama erat dengan industri, agensi kerajaan, badan profesional dan institusi antarabangsa bagi memperluas impak akademik, sosial dan komersial fakulti.

  • Menyumbang kepada Pembangunan Ummah dan Negara dgn Mengaplikasikan ilmu Pengajian Islam secara kreatif, inovatif dan beretika dalam menyelesaikan isu-isu semasa demi kesejahteraan organisasi, masyarakat dan negara.

  • Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Kebebasan Akademik yg berdintigriti dgn Memupuk budaya keilmuan, keterbukaan minda dan kebebasan akademik yang berdisiplin bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan dan kelestarian institusi.