- Arkib Kenali UMS/v5/ms/kenali-umsSun, 06 Jul 2025 17:02:59 +0800 - Open Source Content Managementms-mywebtech@ums.edu.my (Laman Rasmi UMS)EcoCampus Visitor Information Centre (EVIC)/v5/ms/kenali-ums/12729-ecocampus-visitor-information-centre-evic/v5/ms/kenali-ums/12729-ecocampus-visitor-information-centre-evichisyamuddin@ums.edu.my (Mohd Hisyamuddin Jainari)DISCOVERMon, 05 Sep 2022 01:15:31 +0800EcoCampus Visitor Information Centre (EVIC)/v5/ms/kenali-ums/12727-ecocampus-visitor-information-centre-evic/v5/ms/kenali-ums/12727-ecocampus-visitor-information-centre-evichisyamuddin@ums.edu.my (Mohd Hisyamuddin Jainari)DISCOVERMon, 05 Sep 2022 01:15:31 +0800Mercu Tanda/v5/ms/kenali-ums/10283-mercu-tanda/v5/ms/kenali-ums/10283-mercu-tandahisyamuddin@ums.edu.my (Mohd Hisyamuddin Jainari)DISCOVERThu, 14 Jan 2021 01:09:47 +0800Galeri Azman Hashim/v5/ms/kenali-ums/7485-galeri-azman-hashim/v5/ms/kenali-ums/7485-galeri-azman-hashimObjektif Penubuhan
  • Menjadi ruang pameran, promosi  dan jualan pelbagai karya seni pelajar dan artis Malaysia
  • Memulihara, mempamer dan mempromosikan artifak dan bahan-bahan kesenian berteraskan borneo (kraftangan, Busana Etnik Tradisional, Senjata dan pelbagai produk seni)
  • Meningkatkan pengetahuan baru masyarakat dalam pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai program pameran, promosi dan jualan produk seni

Visi

  • Menjadi pusat sehenti pameran, promosi dan jualan produk seni bagi perkembangan ilmu dan pelancongan

Misi

  • Galeri Seni Azman Hashim UMS menyediakan ruang kepada artis atau pengkarya seni dan organisasi dalam mempamer, mempromosi dan menjual karya seni dan produk berkaitan kesenian, serta meningkatkan pengetahuan baru masyarakat dalam pelbagai bidang melalui pelbagai program yang berkonsepkan ilmiah.

 

]]>
imelnorsita@ums.edu.my (Imel Norsita talib)DISCOVERFri, 08 Feb 2019 08:37:56 +0800
Perpustakaan/v5/ms/kenali-ums/2118-perpusstakaan-artikel/v5/ms/kenali-ums/2118-perpusstakaan-artikel 

 

libs2Perpustakaan 鶹Ƶ adalah di antara perpustakaan akademik yang tercantik di negara ini. Perpustakaan utama terletak di kampus Induk Kota kinabalu dan cawangannya terletak di kampus Labuan dan Sandakan. Perpustakaan induk boleh menampung kira-kira 4,000 pengguna dalam satu masa tertentu. Selain perkhidmatan pinjaman biasa dan pinjaman antara perpustakaan , perpustakaan ini juga menyediakan perkhidmatan Kubikal (cubicles) sebanyak 170 buah untuk memudahkan pembelajaran pengguna, perpustakaan, bilik seminar dan bilik muzik. Kemudahan lain yang terdapat di perpustakaan ini ialah auditorium dan bilik tayangan. Tertakluk kepada permohonan, pinjaman antara perpustakaan lazimnya diperolehi melalui pos.

Sehingga penghujung tahun 2003, koleksi bahan Perpustakaan 鶹Ƶ ialah 136, 683 (monograf dan multimedia), sejumlah 17, 340 bahan terdapat di Kampus Antarabangsa labuan dan 1,131 bahan terdapat di Bilik Bacaan Sandakan. Selain itu, jumlah langganan jurnal bercetak ialah 458 dan sejumlah 70 judul adalah langganan KAL.

Pada masa yang sama, terdapat 26 pangkalan data (Koleksi Digital). Koleksi ini dianggarkan berjumlah 320,389 judul yang merangkumi jurnal, majalah, handbooks dan proceedings. Koleksi ini boleh di akses melalui capaian internet di alamat . Selain Koleksi Digital, perpustakaan turut melanggan sejumlah 75 tajuk jurnal elektronik.

Bahan-bahan di perpustakaan ini dikatalogkan mengikut "Library of Congress Classification Scheme". Semua maklumat tersebut disimpan dalam system perpustakaan yang dikenali sebagai "Virginia Technology Library System" (VTLS). Pengguna boleh memperolehi maklumat bahan yang terdapat di perpustakaan dengan mengakses Katalog Awam Atas Talian/ Online Public Access Catalogue (OPAC). Sistem ini adalah bersifat mesra pengguna; kaedah pencarian adalah menggunakan kata kunci, nama pengarang , judul bahan dan subjek. Penggunaan Boolean juga dibenarkan. Kakitangan perpustakaan yang terlatih sentiasa bersedia membantu pengguna sekiranya menghadapi kesukaran mendapatkan bahan yang dikehendaki.

Perpustakaan UMS turut menyediakan pelbagai koleksi khusus kepada pengguna perpustakaan ini, antaranya Koleksi Penyelidikan, Koleksi Multimedia, Koleksi Kanak-Kanak dan Koleksi ASEANA. Pada Jun 2004, Perpustakaan UMS telah menambah sebuah lagi koleksi yang menghimpunkan pemenang-pemenang Anugerah Nobel Laureate.

 

Koleksi Nobel Laureate dan Koleksi Perdana

libs1Perpustakaan UMS telah menyediakan Koleksi Nobel Laureate mulai Jun 2004 yang pertama di institusi pengajian tinggi Malaysia.

Koleksi Nobel Laureate ini mengumpulkan hasil karya pemenang Nobel Laureate dalam enam bidang utama iaitu kimia, fizik, ekonomi, fisiologi atau perubatan, kesusasteraan dan keamanan. Di samping itu, ia juga menempatkan maklumat mengenai tokoh-tokoh yang telah mendapat anugerah Nobel Laureate kerana jasa, sumbangan dan penemuan signifikan mereka dalam bidang masing-masing.

Insan di sebalik penganugerahan ini ialah Sir Alfred Nobel. Beliau telah mewasiatkan dan mengamanatkan bahawa anugerah nobel akan diberi kepada mereka yang mencipta atau melaksanakan sesuatu untuk kepentingan manusia sejagat. Koleksi ini juga turut menempatkan hasil karya dan penyelidikan mereka.

Setakat ini, Perpustakaan UMS telah berjaya mengumpul hampir 1,000 judul buku dan 500 artikel. Koleksi ini juga turut mempamerkan hasil karya tokoh-tokoh terbilang diantaranya ialah Sir Harold Kroto (Kimia), Samuel C. C. Ting (Fizik), Paul Greengard (Fisiologi atau Perubatan), Amartya Sen (Ekonomi), Naguib Mahfouz (Kesusasteraan) dan Nelson Mandela (Keamanan).

 
Koleksi Perdana

Manakala, Koleksi Perdana pula merupakan himpunan koleksi berkaitan dengan sejarah dan kecemerlangan pemimpin-pemimpin yang telah menerajui Malaysia dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehinggalah kepada pemimpin Malaysia kini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

Kad identiti universiti diperlukan untuk tujuan pemulangan dan peminjaman sumber rujukan perpustakaan secara elektronik

 

libs3 libs4

“Serve with Quality”


{backbutton}

]]>
farah@ums.edu.my (Salfarah Abdullah)DISCOVERWed, 06 Feb 2013 09:38:17 +0800
DKIKD (Dinamik, Kelestarian, Integriti, Keadilan, Darjah Kegembiraan)/v5/ms/kenali-ums/6284-dsij/v5/ms/kenali-ums/6284-dsij

PENERAPAN 5 ASPEK NILAI TRANSFORMASI KE ARAH UNIVERSITI / INDUSTRI 4.0
 
Kini, kita berada di dunia yang lebih kompleks, dipacu dengan cukup deras menerusi Revolusi Industri Keempat atau IR4.0. Semua universiti termasuk UMS turut terkesan dengan impak penggunaan teknologi secara radikal yang dipercayai akan mengubah landskap kehidupan dan norma masyarakat pada masa yang akan datang. Justeru, universiti juga perlu berubah dan mampu mengadaptasi era digital yang kian rancak berkembang. Dalam usaha memastikan UMS terus cemerlang dan dapat bergerak seiring ledakan era Revolusi Industri Keempat, usaha tersusun sedang giat dijalankan bagi memastikan berlakunya “Transformasi ke Arah Universiti/Industri 4.0”. Bagi memastikan transformasi ini berjalan lancar, lima aspek nilai perlu ditekankan kepada seluruh warga UMS iaitu:
 
Dinamik (Dynamic) bermaksud warga UMS perlu cepat menerima dan menyesuaikan diri dengan segala perubahan, fungsi dan tanggungjawab. Setiap cabaran yang dihadapi diserap serta dilentur menjadi sumber kekuatan untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif, lantas menterjemahkan pembaharuan dan kemajuan dari segala aspek kehidupan untuk manfaat universiti, masyarakat dan negara.
 
Kelestarian (Sustainability) memfokuskan pelaksanaan aktiviti yang dipastikan mampu kekal bertahan untuk tempoh masa yang lama dengan kos efektif dan menghasilkan impak positif kepada masyarakat.
 
Integriti (Integrity) dikaitkan dengan kejujuran jati diri seseorang dalam memberikan perkhidmatan atau menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar akhirnya nanti lahirlah keikhlasan dalam setiap tindakan yang dibuat. Dengan kata lain, prinsip moral dan etika hendaklah sepanjang masa dijadikan benteng kebal bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk masyarakat keseluruhannya.
 
Keadilan (Justice) adalah semua fungsi dan tanggungjawab, tugas dan aktiviti yang dijalankan hendaklah mampu memberikan keadilan kepada semua pihak.
 
Darjah Kegembiraan (Happiness Index) terhasil apabila aspek dinamik, kelestarian, integriti dan keadilan dijadikan intipati dalam setiap pekerjaan yang dijalankan. Warga UMS perlu mengubah mindset bahawa setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan adalah merupakan suatu ibadah.
 
Sekiranya semua nilai ini dapat diserap dan dijadikan DNA, UMS akan mampu mentransformasi kepada Universiti Industri 4.0 dengan lebih cepat.
 
]]>
imelnorsita@ums.edu.my (Imel Norsita talib)DISCOVERThu, 04 Jan 2018 04:28:17 +0800
Lawatan Ke EcoCampus/v5/ms/kenali-ums/2343-ecocampus-tour/v5/ms/kenali-ums/2343-ecocampus-tourecocampus tour1  Pelan Kampus 800 570 new
 ecotour2300

 

Back

 

]]>
webtech@ums.edu.my (Super User)DISCOVERFri, 05 Jun 2015 07:20:17 +0800
Muzium dan Galeri/v5/ms/kenali-ums/2111-muzium-koleksi/v5/ms/kenali-ums/2111-muzium-koleksiMUZIUM UMS

Muzium UMS

Muzium 鶹Ƶ dirasmikan pada 25 Oktober 2003 oleh YBhg. Tan Sri Profesor Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor UMS yang pertama. Muzium ini merupakan sumber inspirasi dan ilham YBhg. Tan Sri Profesor Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, yang mana dedikasi dan sumbangan beliau yang tidak berbelah bagi telah berjaya memacu Universiti melalui pelbagai tahap pembangunan.Tujuan penubuhan Muzium ini dipaparkan melalui koleksi bahan pameran dan artifak yang penuh dengan nilai sejarah dan simbolisme kepada UMS. Koleksi tersebut adalah cerminan kepada segala usaha, sumbangan bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pelbagai pihak dan individu sejak penubuhan UMS pada 24 November 1994 dalam merealisasikan pembangunan Universiti ini. Muzium UMS turut berfungsi melahirkan semangat jatidiri dan kebanggaan dalam sanubari, bukan sahaja setiap warga kampus tetapi juga rakyat Sabah dan Malaysia, secara keseluruhannya. Ia diwujudkan untuk memberi inspirasi dan menerap nilai-nilai kecemerlangan demi manfaat intelektual, kerohanian dan kendiri generasi masa depan.
HUBUNGI KAMI:
ENCIK MOHD HILMEY BIN SAILI
Timbalan Ketua Kurator
Galeri Azman Hashim UMS,
鶹Ƶ,
Jalan UMS,
88400Kota Kinabalu,Sabah.
Tel : 088 – 320000 samb. 1650/1515
Faks : 088 – 320223
Emel: hilmey@ums.edu.my

GALERI AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Panorama Galeri

Galeri Akademik dan Penyelidikan UMS diwujudkan bagi mempamerkan pelbagai hasil penyelidikan dan kecemerlangan akademik yang meliputi bidang kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi dan perniagaan, sastera, seni dan sebagainya. Galeri ini merupakan "showcase" penyelidikan ahli-ahli akademik di fakulti-fakulti dan institut-institut yang terdapat di UMS. Bahan yang dipamerkan meliputi hasil penyelidikan yang sedang dijalankan mahupun penyelidikan yang telah memenangi anugerah dan mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara.

AKUARIUM DAN MUZIUM MARIN

Akuarium Muzium Marin

Terletak pada pemandangan di kawasan pinggir laut yang indah, kompleks Akuarium-Muzium-Marin menempatkan hidupan marin yang indah dan berwarna-warni. Ia merupakan salah satu daripada komponen utama di dalam Marine BioValley di UMS khusus untuk menginspirasikan pemuliharaan di laut melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi serta penerokaan. Pembelajaran mengenai hidupan marin adalah lebih interaktif, menarik dan amat bernilai untuk dinikmati apa bila berada di dalam situasi kehidupan yang sebenar. Ini secara tidak langsung, ia menanam rasa hormat terhadap alam persekitaran marin dan menyemai pemahaman mengenai kepentingan persekitaran marin di dalam kehidupan manusia. Susun atur di dalam seksyen akuarium memaparkan ekosistem dengan komuniti kompleks bagi organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain di dalam persekitarannya menjadikan ia sebagai suatu pembelajaran yang unik. Bahan pendidikan seperti ini membantu di dalam membangun pemahaman serta kesedaran kita mengenai interaksi semua benda hidup dengan laut yang menjadi sebahagian daripada kewujudan yang mana juga memerlukan perlindungan.
Ruangan atrium mempersembahkan diorama menyelam yang memberi sensasi visual seperti berada di bawah dasar laut. Di kelilingi oleh kepelbagaian biodiversiti marin pada persekitaran gua di dalam laut, bangkai kapal bagaikan memberi gambaran sebuah kisah. Para pelawat akan mengalami suasana yang menarik di seksyen akuarium apabila mereka berpeluan bersemuka dengan hidupan laut dan dihiburkan dengan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun laut, landak laut, udang, ikan serta penyu dan lain-lain lagi. Ini secara tidak langsung menghasilkan rasa kagum dan sayang pada hidupan marin. Seksyen muzium menawarkan secara dekat fosil flora dan fauna marin termasuklah rumput laut, karang, penyu serta mamalia marin. Laluan paya bakau (Mangrove Walk) akan mengingatkan para pelawat dengan keperluan untuk memelihara dan memulihara tumbuhan pantai yang luar biasa ini. Sebuah buku berkenaan dengan Marine BioValley yang juga berfungsi sebagai panduan untuk akuarium serta menyediakan maklumat mengenai hidupan marin di Sabah turut dijual di kaunter masuk.
Antara fasiliti yang terdapat di AMUMS adalah:
  1. Diorama Menyelam di Pulau Sipadan
  2. Akuarium Marin
  3. Muzium Marin
  4. Bilik Mini Teater
  5. Ruang Ocean Outreach Corner
  6. Laluan Bakau dan Kolam Air Tawar
HUBUNGI KAMI:
CIK FLORA ANNE ASALIN
KuratorKanan
Akuarium & Muzium Marin
Institut Penyelidikan Marin Borneo
鶹Ƶ
Jalan UMS,
88400Kota Kinabalu,Sabah.
Tel : 088 – 320000 samb. 2332
Faks : 088 – 320261
Emel: flora@ums.edu.my
Pautan: http://www.ums.edu.my/ipmb

MUZIUM PERUBATAN

Panorama Galeri

Muzium Perubatan merupakan salah satu tarikan yang terdapat di 鶹Ƶ. Muzium ini di bawah seliaan Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan (FPSK) dan telah dirasmikan pada tanggal 14 April 2010. Diinspirasikan oleh mantan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang pertama, Prof Dr Osman Ali; Muzium ini ditubuhkan bertujuan untuk member pendedahan umum tentang struktur tubuh badan manusia kepada para pelawat.
Muzium ini mempamerkan koleksi bahan pameran modal anatomi (specimen dan mannequin) yang terbahagi kepada 10 sistem iaitu:
  • Urinary and Reproductive System
  • Nervous and Endocrine System
  • Blood Lymphatic System
  • Gastrointestinal System
  • Cell Tissue and Metabolism
  • Musculoskeletal System
  • Cardiovascular System
  • Skin
  • Microbiology and Respiratory System.
Antara koleksi bahan pameran yang menarik terdapat di MuziumPerubatan adalah modal anatomi manusia yang telah di awet dengan teknik plantinasi. Bahan pameran seperti ini jarang dipamerkan dan pastinya lawatan ke Muzium Perubatan akan menjadi suatu pengalaman yang amat menarik dan bernilai kepada para pelawat.
Muzium perubatan juga bermatlamat untuk menjadi lambing aspirasi, keazaman dan kecemerlangan UMS dalam bidang perubatan kearah menjadi sebuah universiti yang cemerlang.
HUBUNGI KAMI:
EFFANDY BIN MOHD HATTA

Juruteknologi Makmal Perubatan

Muzium Perubatan

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

鶹Ƶ

Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-320000

Faks: 088-321377

Emel: effandy@ums.edu.my

Pautan:

GALERI BORNEENSIS

Panorama Galeri

Galeri BORNEENSIS, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan sudah dibuka dengan rasminya pada 13 Mac 2016. Pembukaan galeri ini telah dirasmikan bersama oleh Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi, Mantan Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr Harun Abdullah dan Mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip.
Galeri BORNEENSIS mempamerkan diorama tentang flora dan fauna pada habitat dan ekosistem yang berbeza seperti hutan tanah rendah, hutan tanah tinggi serta ekosistem akuatik. Para pelawat juga boleh melihat haiwan yang telah diawet seperti binturong, monyet belanda, tenggiling dan sebagainya disamping pelbagai jenis serangga. Galeri ini turut dilengkapi dengan mikroskop bagi membolehkan pelawat melihat morfologi serangga dengan lebih dekat dan jelas.
HUBUNGI KAMI
PUAN PETHERINE JIMBAU
Kurator Kanan
Galeri BORNEENSIS
Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan
鶹Ƶ
Jalan UMS,
88400Kota Kinabalu,Sabah.
Tel : 088 – 320000 samb. 2409
Faks : 088 – 320291
Emel: etherine@ums.edu.my

GALERI AZMAN HASHIM UMS

Galeri Seni bernilai RM15 Juta adalah hadiah daripada pengusaha bank Tan Sri Azman Hashim. Galeri ini dibuka pada 24 November 2021. Galeri ini mempromosikan seni Borneo yang menampilkan karya artis dan pelajar tempatan dari fakulti seni UMS, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF).
Salah satu ciri seni bina Galeri yang unik ialah Menara Beriu, menyerupai bubu ikan, yang merupakan perangkap ikan tradisional yang digunakan oleh penduduk tempatan di Sabah. 83 anak tangga mendaki Menara Beriu membawa pelancong ke pemandangan panorama laut Teluk Sepanggar. Galeri ini menempatkan lebih 200 karya seni dan dilengkapi dengan baik untuk menampung acara dan program.
HUBUNGI KAMI:
DR. MOHAMMAD PUAD BIN BEBIT
Pengarah
Galeri Azman Hashim UMS
No. 33, Samudera Drive
鶹Ƶ
Jalan UMS,
88400Kota Kinabalu,Sabah.
Tel : 088 –207901
Fax : 088 – 329231
E-mel: sifuart@ums.edu.my
Laman web: /gah/
]]>
webtech@ums.edu.my (Super User)DISCOVERWed, 01 Apr 2015 15:56:53 +0800
UMS2U/v5/ms/kenali-ums/2683-ums2u-bm/v5/ms/kenali-ums/2683-ums2u-bm

 
Chanel Youtube UMS Official 

 

 

 

]]>
imelnorsita@ums.edu.my (Imel Norsita talib)DISCOVERTue, 01 Sep 2015 03:42:12 +0800