- Featured BM/v5/ms/featured-bmSun, 06 Jul 2025 16:16:04 +0800 - Open Source Content Managementms-mywebtech@ums.edu.my (Laman Rasmi UMS)Risiko Integriti: Kenapa Salah Laku Berlaku?/v5/ms/featured-bm/17283-risiko-integriti-kenapa-salah-laku-berlaku/v5/ms/featured-bm/17283-risiko-integriti-kenapa-salah-laku-berlaku

[ARTIKEL BIUMS Siri 3/2025]

Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS

Risiko integriti merupakan salah satu ancaman paling senyap tetapi paling berbahaya dalam sesebuah organisasi.

Ia bukan hanya soal rasuah semata-mata, tetapi meliputi salah guna kuasa, penyelewengan, konflik kepentingan, dan kegagalan mematuhi prinsip etika kerja.

Di Malaysia, termasuk institusi pendidikan, risiko integriti sering berlaku disebabkan oleh beberapa faktor utama atau dikenali sebagai “d” risiko integriti.

  1. Kepimpinan yang Tidak Menunjukkan Teladan Integriti

Budaya integriti bermula dari atas. Apabila pemimpin organisasi tidak menunjukkan teladan yang baik seperti bersikap pilih kasih, mengabaikan prosedur, atau memandang ringan terhadap salah laku, staf di bawah akan ikut cara yang sama. Jika pengurusan tertinggi tidak konsisten dalam mempraktikkan nilai integriti, mesej kepada warga kerja adalah bahawa etika boleh dikompromi demi kepentingan.

  1. Sistem Kawalan Dalaman yang Lemah

Ketiadaan semakan atau audit yang teliti dalam sistem kewangan, pentadbiran, atau perolehan membuka ruang besar untuk penyelewengan berlaku. Jika prosedur tidak dipatuhi atau tiada pemantauan berkala, kemungkinan besar salah laku akan berulang tanpa disedari. Contohnya, tuntutan perjalanan yang tidak sah atau penyalahgunaan peruntukan penyelidikan.

  1. Tekanan Prestasi dan Ganjaran Tidak Seimbang

Apabila staf dikejar dengan sasaran KPI yang tinggi tanpa sokongan sewajarnya, mereka mungkin memilih jalan pintas seperti memalsukan laporan atau melanggar garis panduan semata-mata untuk kelihatan berjaya. Dalam konteks universiti, tekanan ini mungkin datang dari tuntutan penerbitan, penyelidikan, dan pencapaian akademik.

  1. Ketiadaan Mekanisme Pelaporan yang Selamat

Ramai pekerja takut untuk melaporkan kes salah laku kerana bimbang akan dikenakan tindakan balas. Tanpa saluran aduan yang telus, selamat, dan dipercayai, kesalahan akan terus berlaku dalam diam. Ini menyebabkan budaya takut dan membiarkan salah laku berkembang.

  1. Konflik Kepentingan Tidak Diurus

Apabila individu terlibat dalam membuat keputusan tanpa mendedahkan hubungan peribadi atau kepentingan lain, risiko integriti sangat tinggi. Contoh paling mudah adalah apabila staf memberi sokongan kepada vendor, pelajar, atau rakan yang ada kaitan tanpa pengisytiharan yang sah.

Kesimpulannya, memahami punca utama risiko integriti sangat penting untuk memperbaiki budaya organisasi.

Justeru mana-mana organisasi perlu menumpukan kepada pembinaan sistem kawalan yang kukuh, memperkukuh kepimpinan berintegriti, dan menyediakan saluran pelaporan yang mesra dan dilindungi.

Integriti bukan hanya tanggungjawab Bahagian unit integriti, ia tanggungjawab semua.

(Artikel ini merupakan usaha berterusan Bahagian Integriti UMS dalam memupuk budaya integriti di kalangan warga kampus. Pengukuhan Integriti dan Pencegahan rasuah bermula dari hati yang jujur dan tindakan yang berani.)

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))Featured BMFri, 27 Jun 2025 00:00:28 +0800
Risiko Integriti: Ancaman Senyap Terhadap Tadbir Urus Universiti/v5/ms/featured-bm/17282-risiko-integriti-ancaman-senyap-terhadap-tadbir-urus-universiti/v5/ms/featured-bm/17282-risiko-integriti-ancaman-senyap-terhadap-tadbir-urus-universiti

[ARTIKEL BIUMS Siri 2/2025]

Oleh : Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS

Dalam dunia pengurusan awam dan institusi pendidikan tinggi, risiko integriti semakin menjadi isu yang menuntut perhatian serius.

Integriti bukan hanya tentang tidak melakukan rasuah, tetapi mencakupi etika kerja, ketelusan, tanggungjawab, dan amanah dalam menjalankan tugas. Kegagalan memelihara integriti boleh mencetuskan pelbagai kesan buruk, termasuk keruntuhan kepercayaan, ketirisan kewangan dan kerosakan reputasi institusi.

Di peringkat negara, laporan tahunan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan bahawa kes-kes salah guna kuasa dan rasuah masih tinggi, khususnya dalam sektor perolehan, pentadbiran awam, dan institusi pendidikan. Ini menandakan bahawa pengurusan risiko integriti belum diinstitusikan sepenuhnya dalam banyak organisasi.

Di peringkat universiti juga tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran ini. Antara bentuk risiko integriti yang boleh berlaku termasuk:

  • Penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek atau kontrak,
  • Konflik kepentingan dalam membuat keputusan,
  • Penyelewengan peruntukan penyelidikan,
  • Ketidakpatuhan terhadap prosedur kewangan dan pentadbiran.

Penubuhan Bahagian Integriti yang berkecuali dan bertindak sebagai entiti pemantau di 鶹Ƶ merupakan langkah ke hadapan yang strategik.

Antara tanggungjawab Bahagian Integriti ini adalah bertindak untuk membudayakan integriti, mengesan dan menilai risiko salah laku, serta menyediakan latihan kesedaran kepada staf akademik dan pentadbiran.

Namun begitu, cabaran sebenar ialah memastikan setiap warga agensi, daripada pelajar sehingga ke pengurusan tertinggi, benar-benar menghayati budaya integriti secara konsisten dan menyeluruh, bukan sekadar simbolik.

Untuk menangani risiko ini, UMS telah mengambil beberapa inisiatif seperti penubuhan Bahagian Integriti, pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), pelaporan konflik kepentingan secara berkala, dan penyediaan saluran aduan (whistleblowing) yang lebih selamat dan mesra pengguna.

Di samping itu, penekanan terhadap pematuhan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 mengenai liabiliti korporat juga menjadi pengingat bahawa institusi bukan sahaja perlu mengurus pekerjanya, tetapi juga mesti bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap sebarang salah laku yang berlaku dalam organisasi.

Kesimpulannya, risiko integriti merupakan musuh senyap yang boleh menjatuhkan kredibiliti sesebuah institusi jika tidak ditangani secara sistematik.

UMS perlu terus komited bukan hanya dalam menghasilkan graduan cemerlang, tetapi juga dalam membentuk warga kerja yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab.

Integriti bukan sekadar dasar. Ia adalah budaya dan nilai yang perlu hidup dalam setiap langkah dan keputusan organisasi.

(Artikel ini merupakan usaha berterusan Bahagian Integriti UMS dalam memupuk budaya integriti di kalangan warga kampus. Pengukuhan Integriti dan Pencegahan rasuah bermula dari hati yang jujur dan tindakan yang berani.)

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))Featured BMFri, 20 Jun 2025 00:00:37 +0800
Rasuah: Musuh Dalam Selimut di Institusi Pendidikan/v5/ms/featured-bm/17281-rasuah-musuh-dalam-selimut-di-institusi-pendidikan/v5/ms/featured-bm/17281-rasuah-musuh-dalam-selimut-di-institusi-pendidikan

[ARTIKEL BIUMS Siri 1/2025]

Oleh : Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS

“Rasuah adalah musuh dalam selimut. Ia perlahan-lahan merosakkankepercayaan dan integriti sesebuah institusi dari dalam.”

Begitulah hakikat yang perlu kita renungkan bersama, terutamanya apabila melibatkan sektor pendidikan, sebuah ekosistem yang sepatutnya melahirkan generasi berilmu dan berintegriti.

Berita Harian, April 2025, melaporkan: “Pegawai kanan ditahan SPRM kerana disyaki menerima suapan berkaitan projek pembekalan peralatan makmal.”

Kes sebegini bukan lagi sesuatu yang mengejutkan. Namun, persoalan yang lebih besar ialah adakah institusi pengajian tinggi kita benar-benar kebal daripada gejala ini?

Hakikatnya, institusi pendidikan sama ada universiti awam mahupun swasta tidak terkecuali daripada ancaman rasuah. Jika dibiarkan, ia boleh merosakkan kredibiliti akademik, mencemar imej universiti, dan lebih buruk lagi mengikis kepercayaan masyarakat.

Bentuk Rasuah yang Halus

Ramai yang masih beranggapan bahawa rasuah hanya melibatkan wang tunai. Namun, dalam konteks institusi pendidikan, rasuah boleh hadir dalam pelbagai bentuk:

  • Hadiah mewah yang diberi sebagai “tanda penghargaan” selepas kelulusan projek.
  • Layanan istimewa seperti percutian atau makan malam mewah yang ditaja oleh pihak berkepentingan.
  • Penyalahgunaan kedudukan dalam meluluskan kontrak kepada rakan atau saudara.

Sebagai contoh, seorang kakitangan yang menerima baucar hotel mewah selepas membantu syarikat membida projek pembekalan telah melibatkan diri dalam situasi konflik kepentingan. Tanpa disedari, tindakan ini membuka ruang kepada amalan tidak beretika.

Mengapa Perlu Ditangani?

Institusi pendidikan merupakan tunjang pembangunan insan dan modal intelektual negara. Jika budaya rasuah mula berakar di sini, apa lagi yang boleh kita harapkan daripada graduan yang dilahirkan?

Lebih membimbangkan, kajian oleh sebuah badan pemikir menunjukkan bahawa hanya 62 peratus penjawat awam benar-benar faham batasan etika kerja mereka (Utusan Malaysia, Mac 2025). Ini memberi isyarat jelas bahawa pendidikan dan kesedaran mengenai integriti masih perlu diperkasakan.

Langkah Proaktif

Untuk memastikan IPT kekal sebagai “zon bebas rasuah”, beberapa langkah proaktif boleh diambil:

  1. Pendidikan & Kesedaran

Semua warga universiti, pentadbir, pensyarah, staf sokongan dan pelajar mesti diberikan pendedahan berterusan mengenai integriti dan tatakelola yang baik. Latihan berkala perlu diadakan, dengan mengupas kes-kes sebenar sebagai pengajaran.

  1. Amalan Kerja Telus

Setiap urusan perolehan, pemilihan vendor dan pemberian kontrak mesti melalui proses yang telus dan boleh diaudit. Elakkan urusan belakang tabir atau “jalan pintas” yang tidak didokumenkan.

  1. Saluran Aduan Yang Selamat

Mewujudkan mekanisme aduan dalaman yang melindungi identiti pelapor sangat penting. Polisi “tiada tindakan balas” terhadap pelapor yang bertindak atas dasar integriti mesti ditegaskan.

  1. Kepimpinan Berintegriti

Pemimpin di setiap peringkat sama ada Naib Canselor, Dekan, Ketua Jabatan mahupun Ketua Unit perlu menjadi role model. Amalan mereka akan menentukan budaya organisasi.

  1. Penguatkuasaan Tegas

Setiap kesalahan yang terbukti mesti dikenakan tindakan tatatertib yang adil dan telus, tanpa kompromi atau pilih kasih.

Kesimpulan

Rasuah di institusi pendidikan bukan sekadar isu undang-undang. Ia adalah isu budaya. Jika tidak ditangani dari awal, ia boleh menghakis akar integriti yang menjadi asas pembentukan tamadun ilmu.

Marilah kita semua sebagai warga kampus, pendidik, pentadbir dan pelajar berganding bahu memastikan institusi kita benar-benar bersih daripada gejala ini. Biarlah universiti kita terus dihormati bukan sahaja kerana keilmuan, tetapi juga kerana budaya integriti yang kita amalkan.

Artikel ini merupakan usaha berterusan Bahagian Integriti UMS dalam memupuk budaya integriti di kalangan warga kampus. Pengukuhan Integriti dan Pencegahan rasuah bermula dari hati yang jujur dan tindakan yang berani.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))Featured BMFri, 13 Jun 2025 00:00:14 +0800
Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal UMS Pemangkin Industri Halal Sabah/v5/ms/featured-bm/17139-pusat-perkhidmatan-dan-penyelidikan-halal-ums-pemangkin-industri-halal-sabah/v5/ms/featured-bm/17139-pusat-perkhidmatan-dan-penyelidikan-halal-ums-pemangkin-industri-halal-sabah

Industri halal Malaysia dijangkakan berkembang kepada US$113.2 bilion menjelang 2030 dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus pada tahun 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030.

HIMP 2030 bertemakan ‘Ke Arah Halal Malaysia Yang Menyerlah di Peringkat Global’ membuktikan pihak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya akan terus berusaha untuk menambah baik semua komponen ekosistem halal.

Ini penting bagi meningkatkan kedudukan Malaysia di dalam pasaran halal global dengan jumlah penduduk Islam global yang mencecah dua bilion. Industri halal ini bukan sahaja boleh meningkatkan produktiviti, meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penduduk tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan negara melalui perdagangan halal, pelaburan dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Di Sabah, kerajaan negeri juga tidak ketinggalan membantu pengusaha tempatan bagi merancakkan lagi industri halal dengan menggalakkan lebih ramai usahawan di Sabah menghasilkan produk makanan halal yang bukan sahaja untuk pasaran tempatan, malah hingga ke peringkat global.

Oleh itu, atas dasar keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah telah mewujudkan Majlis Halal Sabah (MAHAS) sebagai badan rasmi Kerajaan dalam membincang, mengkaji dan membuat keputusan berkaitan isu-isu halal serta mencadangkan inisiatif dan langkah baharu bagi membangunkan industri halal di negeri ini.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) juga sangat komited dalam usaha memperkasakan dan memelihara industri halal di Sabah. Sehubungan itu, MUIS Halal Hub telah ditubuhkan bagi memastikan halalan toyyiban menjadi antara fokus utama di negeri ini.

Selain daripada sektor pelancongan, Sabah juga terkenal dengan pelbagai produk makanan terutamanya produk makanan unik daripada pelbagai etnik yang dilihat mempunyai peluang yang sangat cerah bagi menembusi pasaran global.

Setiap tahun sektor makanan dan minuman terus menjadi penyumbang utama kepada ekonomi halal Malaysia dengan jumlah nilai eksport yang tertinggi berbanding sektor lain seperti bahan halal, kosmetik, farmaseutikal dan lain-lain.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Sabah sangat menggalakkan pengusaha industri makanan khususnya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendapatkan pengiktirafan status halal bagi produk makanan mereka.

Walaupun pembabitan usahawan PKS dalam industri makanan halal di negeri ini semakin bertambah, namun penambahan bilangan usahawan itu masih perlu dipergiatkan. Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Negeri Sabah juga telah membantu usahawan PKS dari segi kewangan bagi mendapatkan persijilan halal bagi produk makanan mereka.

Tidak ketinggalan, 鶹Ƶ (UMS) yang merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi awam di Sabah melalui Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) juga aktif dalam membantu industri halal di Sabah.

Pemeteraian memorandum persefahaman di antara MUIS dan UMS pada 5 Julai 2023 merupakan satu bentuk kerjasama yang sangat baik dalam memperluaskan ilmu dan latihan berkaitan keselamatan makanan dan jaminan halal khususnya di kalangan industri makanan di dalam dan juga di luar negara.

Kerjasama di antara kedua-dua belah pihak telah pun wujud sebelum ini di mana beberapa ahli akademik dari FSMP telah dilantik sebagai auditor halal MUIS Halal Hub bagi membantu pihak MUIS mengaudit kilang-kilang dan premis makanan di dalam negeri Sabah yang ingin memohon dan memperbaharui sijil halal mereka. Ahli-ahli akademik ini menyumbang pengetahuan dari segi teknikal dalam membantu MUIS bagi pensijilan halal di Sabah.

Selain itu, pengusaha makanan yang menghasilkan makanan di rumah juga diberi latihan dan pendedahan berkaitan halal oleh MUIS Halal Hab dengan kerjasama ahli-ahli akademik FSMP bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah halalan toyibban dan seterusnya mendapat pensijilan halal.

Bagi memperkukuhkan lagi bidang berkaitan halal, penubuhan Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), UMS telah diluluskan melalui mesyuarat Lembaga Pengarah UMS pada 21 September 2023 di mana ianya membuktikan dedikasi UMS menyokong usaha kerajaan untuk menjadi pusat rujukan halal serantau.

Ini selaras dengan keperluan pasaran yang semakin berkembang dan PPPH berperanan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pihak industri, sekali gus menyokong HIMP 2030 di mana salah satu teras strategiknya adalah mewujudkan kumpulan pakar dan profesional industri halal yang lebih besar untuk memenuhi keperluan global.

Usaha PPPH ini akan menjadikan UMS lebih dikenali dan diyakini dalam menjalankan aktiviti berkaitan halal kepada pihak industri, antaranya menerusi pengiktirafan UMS sebagai Penyedia Latihan Halal di bawah Majlis Profesional Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan merupakan satu-satunya Penyedia Latihan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM di Sabah.

Di bawah program latihan Majlis Profesional Halal ini, seramai empat orang pensyarah Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan telah diiktiraf sebagai Tenaga Pengajar Halal bagi Program Profesional Latihan Eksekutif Halal oleh JAKIM.

Berbekalkan visi untuk menjadi peneraju global dalam memajukan kecemerlangan Halal, inovasi dan penyelidikan, PPPH secara amnya menyediakan perkhidmatan komprehensif berkaitan bidang halal melalui penyelidikan, program latihan, dan perkhidmatan perundingan terutamanya untuk industri makanan di negeri Sabah dan umumnya kepulauan Borneo.

Selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025 dan juga Pelan Induk Industri Halal 2030 yang telah diwujudkan oleh pihak kerajaan, PPPH menyahut komitmen untuk menyediakan destinasi sehenti bagi perniagaan dan individu yang mencari perkhidmatan halal.

Inisiatif ini secara tidak langsung dapat memacu usaha kerajaan dalam memastikan penghasilan makanan yang halal, bersih dan selamat atau ‘halalan toyyiban’ di kalangan industri dan seterusnya menjamin ketersediaan makanan masyarakat dan kesejahteraan pengguna.

Hubungi:

Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

鶹Ƶ

Jalan UMS, 88450 Kota Kinabalu

Sabah, Malaysia

+6 088-320 000 samb. 102996 (Pejabat)

halal@ums.edu.my

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))Featured BMMon, 26 May 2025 06:46:51 +0800
Adakah Tarif AS Terhadap Malaysia, Satu Ancaman atau Satu Panggilan Sedar?/v5/ms/featured-bm/16980-adakah-tarif-as-terhadap-malaysia-satu-ancaman-atau-satu-panggilan-sedar/v5/ms/featured-bm/16980-adakah-tarif-as-terhadap-malaysia-satu-ancaman-atau-satu-panggilan-sedar

Artikel Oleh:Prof. Madya Dr. Caroline Geetha A/P B. Arokiadasan,

Felo Penyelidik, Pusat Pembangunan dan Perancangan Ekonomi,

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan,鶹Ƶ

Apabila Amerika Syarikat mengumumkan tarif baharu yang menyeluruh ke atas semua import, termasuk cukai sebanyak 24% ke atas barangan dari Malaysia, reaksi serta-merta di sini adalah kebimbangan. Lagipun, AS merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia.

Tetapi di sebalik ketakutan ini, terdapat persoalan yang lebih mendalam: adakah ini sekadar ancaman terhadap ekonomi kita atau satu panggilan sedar yang sudah lama tertangguh? AS membenarkan tarif baharu ini sebagai tindak balas terhadap amalan perdagangan yang tidak adil, dan Malaysia berada dalam radar atas pelbagai sebab.

Pertama sekali, Malaysia telah menjadi hab popular untuk penghantaran semula barangan dari China bagi mengelak tarif AS yang sedia ada. Beberapa syarikat China didapati menghantar produk mereka melalui Malaysia untuk mengelak duti. Walaupun tidak menyalahi undang-undang tempatan, amalan ini telah menimbulkan keraguan di Washington.

Selain itu, industri semikonduktor dan elektronik Malaysia yang sedang berkembang pesat menjadikan AS sebagai pelanggan terbesar dalam sektor ini. Pegawai AS bimbang bahawa eksport kita ke China dan peranan kita dalam rantaian bekalan global mungkin secara tidak langsung menyokong pesaing perdagangan mereka.

Tambahan pula, pasaran eksport Malaysia yang semakin berkembang dalam barangan elektrik dan elektronik memberikan persaingan ketara kepada pengeluar AS. Ini mencerminkan pengaruh Malaysia yang semakin meningkat dalam sektor-sektor yang secara tradisinya dikuasai oleh syarikat-syarikat Amerika.

Akhir sekali, isu berterusan berkaitan alam sekitar dan amalan buruh dalam industri minyak sawit. AS telah mengenakan sekatan dan tarif lebih tinggi ke atas eksport minyak sawit Malaysia kerana dakwaan pelanggaran hak asasi manusia dan kemusnahan alam sekitar.

Secara atas kertas, angka-angka kelihatan mengancam. Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat, terutamanya dalam sektor bernilai tinggi seperti semikonduktor dan elektronik, kebanyakannya dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) dan syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi di negara ini, dan bukannya oleh syarikat milik penuh rakyat Malaysia.

Banyak produk teknologi tinggi ini dihasilkan oleh MNC dari AS, Jepun, Jerman dan Eropah yang telah menubuhkan pangkalan pembuatan di Malaysia. Syarikat seperti Intel, AMD, Texas Instruments dan Broadcom telah lama beroperasi di kawasan seperti Pulau Pinang dan Kulim, menjadikan Malaysia sebagai hab strategik untuk pengeluaran dan pemasangan bagi membekalkan rantaian nilai global mereka, termasuk pasaran AS.

Selain itu, usaha sama antara syarikat Malaysia dan rakan luar negara, khususnya dalam sektor elektronik, minyak sawit, getah, dan automotif, membolehkan syarikat tempatan naik dalam rantaian nilai dengan memanfaatkan teknologi dan akses pasaran asing.

Manakala syarikat milik penuh tempatan lebih dominan dalam komoditi seperti minyak sawit, sarung tangan getah, perabot dan produk makanan – dengan syarikat seperti Top Glove, Hartalega, Sime Darby, dan pengeksport perabot dari Johor memainkan peranan utama. Syarikat-syarikat ini lebih terdedah kepada kejutan tarif kerana mereka kurang fleksibiliti geografi seperti MNC.

MNC tertarik ke Malaysia kerana kos pengeluaran yang rendah, tenaga kerja mahir, infrastruktur rantaian bekalan yang matang (terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor), kestabilan politik dan insentif dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Walau bagaimanapun, pelaksanaan tarif AS mungkin menyebabkan sesetengah syarikat ini menilai semula operasi mereka di Malaysia, mungkin memindahkan pengeluaran ke negara Asia Tenggara lain atau kembali ke AS. Sementara itu, pengeksport tempatan akan terus terkesan kerana pilihan untuk berpindah adalah terhad – akhirnya menjejaskan peluang pekerjaan dan sumbangan KDNK Malaysia.

Ini mendedahkan isu lama bahawa Malaysia terlalu bergantung kepada FDI untuk merangsang eksport, pekerjaan, dan pertumbuhan. Walaupun FDI mencipta pekerjaan dan meningkatkan produktiviti, manfaatnya sering tidak kekal. Penyelidikan menunjukkan bahawa teknologi dan inovasi jarang tersebar ke seluruh ekonomi.

Walaupun FDI menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti buruh, kesannya terhadap Produktiviti Faktor Menyeluruh (TFP) – ukuran yang lebih baik untuk kecekapan dan penyebaran teknologi – adalah terhad, terutamanya dalam sektor teknologi rendah dan sederhana. Kesan limpahan bernilai tinggi kebanyakannya tertumpu kepada kelompok tertentu seperti sektor E&E di Pulau Pinang.

Pemindahan teknologi dan kepakaran pengurusan juga cetek, kerana kebanyakan MNC menyimpan fungsi R&D dan inovasi di negara asal mereka, menjadikan Malaysia sebagai lokasi pemasangan berteknologi sederhana.

Keadaan ini diburukkan oleh amalan harga pindahan yang menghakis asas cukai Malaysia. Keuntungan sering dihantar pulang. R&D kekal di luar negara. Malaysia melakukan kerja—tetapi orang lain mendapat manfaat. Ini mewujudkan defisit dalam akaun semasa imbangan pembayaran, akhirnya mengurangkan rizab asing dan melemahkan Ringgit.

Dari sudut hak asasi manusia dan alam sekitar, MNC sering memindahkan industri pencemar ke negara membangun seperti Malaysia, memanfaatkan peraturan buruh dan alam sekitar yang lebih lemah, hanya untuk kemudian mengenakan halangan ESG ke atas eksport Malaysia, mewujudkan padang permainan global yang tidak seimbang.

Dalam konteks ini, daripada takutkan tarif AS, Malaysia sepatutnya melihatnya sebagai peluang strategik untuk menilai semula kebergantungan terhadap FDI. Memang mudah untuk melihat tarif ini sebagai hukuman semata-mata. Tetapi terdapat permainan ekonomi yang lebih besar sedang berlangsung.

Alat ekonomi digunakan untuk membentuk pakatan, mengawal teknologi, dan melindungi industri strategik. Jika Malaysia terlalu bergantung kepada satu atau dua pasaran besar, kita menjadi sasaran mudah dalam permainan ini.

Oleh itu, kita mesti mempelbagaikan hubungan perdagangan, memperdalamkan hubungan dalam ASEAN, mengukuhkan perjanjian seperti RCEP dan meneroka pasaran baharu di Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.

Daripada terus mengejar FDI tanpa syarat, Malaysia boleh menggunakan detik ini untuk mengukuhkan kekuatan dari dalam. Kerajaan boleh memberi tumpuan kepada memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya dalam sektor teknologi dan lestari.

Daripada hanya memasang komponen untuk pihak lain, kita boleh mula membina jenama kita sendiri. Kita juga harus melabur dalam keselamatan makanan dan tenaga, mengurangkan kebergantungan kepada import barangan asas seperti beras, daging, bawang, dan bahan api. Membangunkan teknologi pertanian dan memperluas tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja mengurangkan kelemahan tetapi juga mencipta sektor pertumbuhan baharu.

Mereformasi sistem pendidikan juga satu langkah penting. Sistem yang menggalakkan kreativiti, keusahawanan dan penyelidikan – bukan hanya pembelajaran hafalan – boleh melahirkan generasi yang bersedia untuk pekerjaan bernilai tinggi dalam teknologi hijau, bioteknologi, dan kecerdasan buatan. Sudah tiba masanya kita beralih daripada sekadar menghasilkan pekerja kepada melahirkan pencipta.

Pada masa yang sama, kita mesti memenuhi jangkaan antarabangsa. Ini bermakna memperbaiki amalan buruh di ladang kita, menguatkuasakan perlindungan alam sekitar, dan menyelaraskan industri kita dengan piawaian ESG (Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus). Ini bukan sekadar untuk memuaskan pihak luar – ini mengenai membina ekonomi yang adil, lestari dan dihormati di peringkat global.

Malaysia berada di persimpangan. Kita boleh menolak perubahan, atau kita boleh mengambil peluang ini untuk membina sesuatu yang lebih baik. Ekonomi yang lebih berdaya tahan, inklusif dan lestari – yang lebih menekankan maruah negara berbanding memenuhi kehendak kuasa besar. Daripada takut kepada tarif, kita boleh melihatnya sebagai isyarat. Isyarat bahawa sudah tiba masanya untuk kita melabur dalam diri sendiri.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))Featured BMMon, 21 Apr 2025 03:24:58 +0800
Pengukuhan Nilai Ringgit Tidak Berlaku Dengan Sendiri/v5/ms/featured-bm/15768-pengukuhan-nilai-ringgit-tidak-berlaku-dengan-sendiri/v5/ms/featured-bm/15768-pengukuhan-nilai-ringgit-tidak-berlaku-dengan-sendiri

(Utusan Malaysia, 21 Ogos 2024)

BEBERAPA hari lalu, media massa melaporkan dua berita penting dalam bidang ekonomi negara.

Pertama ialah pengukuhan Ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Amerika Syarikat (dolar AS) ke paras RM4.37 yang merupakan tahap tertinggi sejak Februari 2023 menjadikan ringgit sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia. Kedua ialah lonjakan 1.53 peratus Bursa Malaysia, dengan indeks komposit berakhir pada paras tertinggi dalam 44 bulan, yang man a FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak ke paras tertinggi dagangan harian pada 1,653.35, mencecah paras yang belum pernah dicapai dalam tiga tahun dan lapan bulan, yang ditutup 1,652.49 pada 18 Disember 2020.

Kedua-dua berita ini mempunyai signifikansi yang tersendiri kepada Malaysia. Pengukuhan ringgit berbanding dolar AS ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia sebaliknya dapat dikaitkan dengan beberapa faktor utama , terutamanya dasar-dasar kewangan yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak awal tahun ini.

Di peringkat global, kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi AS semakin berkurangan, mendorong peningkatan keyakinan terhadap mata wang Asia termasuk ringgit. Penurunan jangkaan kadar faedah Rizab Persekutuan AS pada masa hadapan juga menyumbang kepada penurunan dolar AS, yang seterusnya mengukuhkan kedudukan ringgit.

Walaupun begitu, lebih penting lagi ialah dari sudut langkah kewangan dan dasar monetari, kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan yang bersepadu untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik serta meningkatkan kemasukan dana ke dalam pasaran kewangan domestik.

Ini termasuk langkah untuk menggalakkan repatriasi dan penukaran hasil pelaburan asing oleh syarikat berkaitan kerajaan selain melaksanakan langkah operasi intervensi dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan.

Kerajaan juga kekal komited dan fokus dalam usaha pelaksanaan polisipembaharuan struktur dan pengukuhan fiskal sehingga mendorong JP Morgan menaikkan taraf Malaysia daripada underweight kepada neutral berikutan dasar pembaharuan struktur yang dilaksanakan. Tindakan JP Morgan ini mencerminkan keyakinan terhadap polisi reformasi struktur yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ia sekali gus membantu menarik lebih banyak aliran masuk dana dan pelaburan asing, menyokong pengukuhan nilai ringgit.

Sama pentingnya ialah prestasi ekonomi domestik yang semakin memberangsangkan. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 5-9 peratus pada suku kedua 2024. Prestasi ekonomi yang kukuh ini meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara, yang turut menyumbang kepada pengukuhan nilai ringgit.

Pengukuhan nilai ringgit ini semestinya memberikan impak positif kepada ekonomi negara. Pengukuhan nilai ringgit akan mengurangkan kos import, terutamanya bagi barangan dan bahan mentah dari luar negara. Ini boleh membantu mengurangkan tekanan inflasi domestik serta menurunkan kos pengeluaran bagi sektor industri dan pengilangan.

Walaupun ringgit yang lebih kukuh mungkin akan mengurangkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan murah, ia pada masa yang sama juga menunjukkan kestabilan ekonomi negara yang berpotensi menarik lebih ramai pelancong dari negara-negara maju .

Pengukuhan nilai ringgit juga akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara selain menarik lebih banyak pelaburan asing. Ini turut menyokong peningkatan harga saham di Bursa Malaysia, seperti yang dapat dilihat daripada prestasi mutakhir Indeks FBM KLCI.

Prestasi Indeks FBM KLCI yang mencecah paras tertinggi hampir empat tahun pula adalah dipacu oleh beberapa faktor. Tidak dinafikan sedikit sebanyaknya jangkaan pengurangan kadar faedah AS juga membantu. Jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS mungkin mengurangkan kadar faedah pada September mendorong sentimen pelabur serantau dan tempatan dan ini menyokong kenaikan indeks.

KEYAKINAN PELABUR

Bagaimanapun, lebih penting ialah sentimen pasaran yang positif. Prestasi ekonomi yang memberangsangkan dan pengukuhan nilai ringgit semakin meningkatkan keyakinan pelabur tempatan dan asing.

Ini membawa kepada peningkatan pembelian saham, terutamanya dalam sektor perbankan. Begitu juga dengan persekitaran domestik yang stabil. Keadaan politik dan ekonomi domestik yang stabil di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dasar-dasarnya semakin menunjukkan keberkesanan, turut memberi sumbangan kepada sentimen positif di pasaran saham, yang seterusnya menyokong peningkatan FBM KLCI.

Secara keseluruhannya , pengukuhan nilai ringgit dan prestasi pasaran saham yang memberangsangkan mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pelabur kekal yakin terhadap perkembangan ekonomi negara dan dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan menjadikan aliran masuk dana dan pelaburan asing akan berterusan serta akan menyokong pengukuhan nilai ringgit selain memberangsangkan prestasi pasaran saham.

Ini ditambah pula oleh ketekunan Perdana Menteri yang sentiasa memfokuskan usaha menarik perdagangan dan pelaburan dalam siri lawatan rasmi beliau ke beberapa buah negara sebelum ini yang kini semakin membuahkan hasilnya. Ini terbukti bila Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengumumkan bahawa perdagangan Malaysia meningkat 18.3 peratus kepada RM255.88 bilion pada Julal 2024 sekali gus menjadi nilai perdagangan tertinggi direkodkan sejak Oktober 2022.

Profesor Datuk Dr. KasimHj. Mansor ialah Profesor di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan merangkap Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS).

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))Featured BMWed, 21 Aug 2024 01:50:56 +0800
Memikir Ulang Hari Kebangsaan, Memaknakan Hari Sabah/v5/ms/featured-bm/15750-memikir-ulang-hari-kebangsaan-memaknakan-hari-sabah/v5/ms/featured-bm/15750-memikir-ulang-hari-kebangsaan-memaknakan-hari-sabahOleh:Dr. Eko Prayitno Joko,

Ketua Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 鶹Ƶ.

Dari terjajah kepada merdeka. Dari Persekutuan Tanah Melayu ke Persekutuan Malaysia. Dari Hari Kebangsaan ke Hari Sabah. Peralihan ini menandakan genap 61 tahun Malaysia dibentuk, sudah 67 tahun merdeka disambut dan cukup dua tahun Hari Sabah diraikan. Prosesnya cukup panjang. Semangatnya sangat besar, tetapi pengisiannya belum meluas.

Sekiranya generasi terdahulu berkorban jiwa untuk mendapatkan kemerdekaan negara, maka generasi masa kini dipertanggungjawabkan untuk mengisi makna kemerdekaan tersebut. Malangnya, pemaknaan kemerdekaan masih literal sifatnya, sekadar sebuah ungkapan kebebasan Malaysia daripada penguasaan kolonial. Pengisiannya pula ditandai dengan tanggal merah pada kalendar tahunan yang sentiasa bergantian. Diraikan dengan perayaan bunga api oleh anak semua bangsa. Diwacanakan di institusi pengajian tinggi oleh warga universiti atau disambut dengan perarakan perbarisan kontinjen di lapangan terbuka. Kesemuanya dilakukan secara konsisten, diperagakan dengan warna-warni dan keriuhan yang tidak berpenghujung. Ianya tidak salah, tetapi tidak mencukupi.

Memaknakan Malaysia merdeka memerlukan lebih daripada simbolik perayaan tersebut. Makanya, merdeka perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Perlu bersesuaian dengan konteks zaman. Perlu dihadirkan mengikut kehendak anak semua bangsa. Kini, Malaysia merdeka sebenarnya perlu disimbolkan dengan semangat kebersamaan, tindakan keterangkuman dan meraikan kepelbagaian.

Perkara ini sememangnya sudah digerakkan buat sekian lama dan terus diraikan di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan. Berbekalkan semangat reformasi, kerajaan bukan sahaja bersifat terbuka kepada sebarang usaha pendemokrasian politik, tetapi juga penulisan sejarah. Keadaan ini memungkinkan semakin banyak naratif baharu bersifat lokal yang berpotensi didokumentasikan sebagai sebahagian daripada pembangunan sejarah Malaysia.

Keterbukaan sebegini tampaknya sangat diraikan dalam konteks pembangunan negeri Sabah. Perkara ini ditandai dengan pewartaan Hari Sabah sebagai simbolik memperingati negeri tersebut bebas daripada pemerintahan British. Pewartaan ini bukan bermakna Sabah menolak sambutan Hari Kebangsaan, sebaliknya sekadar menghargai sumbangan masyarakat Sabah yang kurang diwacanakan dalam konteks historiografi nasional. Dalam makna lain, Hari Kebangsaan dan Hari Sabah akan disambut pada tarikh yang sama. Kedua-duanya tentang makna kemerdekaan. Kedua-duanya tentang menghargai jasa pejuang silam.

Hari Sabah - Kelompangan yang Menuntut Pengisian

Pewartaan Hari Sabah bukan bersifat menggugah. Sambutannya bermatlamat mendedahkan generasi muda Sabah tentang keberagaman sejarah kemerdekaan antara wilayah dalam Malaysia. Usaha ini memungkinkan timbulnya “kesedaran sejarah” berkaitan kekayaan sejarah lokal dalam konteks historiografi nasional. Meskipun begitu, pewartaan Hari Sabah perlu bersifat “historiografi pembebasan”. Seharusnya mampu mendemokrasikan “historiografi nasional”. Sekiranya tidak, Hari Sabah sekadar dihayati dengan slogan merdeka serta kibaran jalur gemilang dan bendera Sabah semata-mata.

Masyarakat Sabah memerlukan lebih daripada tindakan tersebut. Hari Sabah perlu dijadikan medium menggeser ketidakseimbangan pemaparan sejarah berkaitan historiografi nasional. Hakikat ini mendesak untuk direalisasikan kerana pemahaman berkaitan historiografi nasional lebih ditonjolkan daripada perspektif Semenanjung. Ianya tidak bersifat menyeluruh kerana meminggirkan perspektif sejarah dari masyarakat Borneo - Sabah. Kepincangan ini boleh diperbetulkan dengan merekonstruksi historiografi nasional. Peluangnya boleh dihadirkan melalui pengisian Hari Sabah.

Medium ini boleh digunakan untuk mengangkat ketokohan pemimpin Sabah dalam pembangunan Malaysia. Didudukkan setaraf dengan pemimpin dari Semenanjung. Diceritakan secara meluas dalam historiografi nasional. Diperkenalkan secara lebih giat kepada rakyat Malaysia. Dengan itu, historiografi nasional menjadi lebih demokratik dan manusiawi kerana merentas jalur ideologi, status sosial dan wilayah. Historiografi nasional tidak lagi diwacanakan secara sempit dan ditulis bersandarkan “apa yang sebenarnya berlaku” dan bukannya “apa yang dikatakan terjadi”.

Di samping menstrukturkan semula historiografi nasional, Hari Sabah juga perlu diperluaskan tema penulisannya. Sekiranya sebelum ini, penceritaan sejarah kemerdekaan Sabah lebih memfokuskan kepada “penulisan sejarah dari atas”, maka kini perlu diseimbangkan dengan penulisan “sejarah dari bawah”. Begitu juga dengan pengumpulan sejarahnya perlu dipelbagaikan. Tidak sekadar merekonstruksi sejarah menggunakan sumber dokumen, tetapi juga pengumpulan sumber lisan masyarakatnya. Dengan itu kelak membolehkan semakin kerap kita mendengar “suara masyarakat terpinggir”, “kelompok miskin” dan “golongan buta huruf” dalam penulisan sejarah lokal Sabah. Matlamat ini perlu direalisasikan agar sejarah Sabah yang sebelum bersifat “seragam” akan menjadi “lebih beragam”.

Peralihan tema dalam penulisan sejarah Sabah ini sudah pasti membantu kepada matlamat menasionalkan sejarah lokal. Tidak cukup dengan itu, semakin banyak naratif sejarah Sabah dapat didokumentasikan dan disebarluaskan kepada masyarakat umum. Perkara ini secara tidak langsung membantu kepada usaha memperbanyakkan wacana sejarah Sabah dalam konteks kurikulum kebangsaan. Sekiranya sebelum ini, usaha terbabit tidak berjaya dilaksanakan kerana kesukaran pelajar untuk mendapatkan bahan mengenai sejarah Sabah, maka kini perkara tersebut mampu diselesaikan.

UMS – Barisan Hadapan Pengisian Makna Hari Sabah

Matlamat memperkasakan pengisian Hari Sabah tidak mudah dilakukan. Ianya memerlukan kerjasama daripada semua pihak khususnya daripada golongan akademik untuk menjayakannya. Dalam hal ini, 鶹Ƶ (UMS) berpotensi besar untuk merealisasikan matlamat terbabit memandangkan satu-satunya universiti di Kepulauan Borneo yang mempunyai program sejarah dan tenaga pakar berkaitan Borneo. Kelebihan ini ditambah lagi apabila program sejarah UMS bergerak untuk memfokuskan kepakaran dan pengkajiannya mengenai Borneo. Perkara ini diusahakan melalui aktiviti dalam bilik kuliah, penerbitan buku dan jurnal, pembentangan dalam persidangan serta penyelidikan dalam kalangan ahli akademiknya.

Di samping ketertarikan ahli akademik program sejarah kepada pengkajian Borneo – Sabah, semangat sama turut dikongsi oleh para pelajarnya. Setakat ini, hampir ribuan koleksi latihan ilmiah pelajar sejarah yang tersimpan secara kemas dalam koleksi Perpustakaan Inon Shaharuddin. Kebanyakan belum diterbitkan akibat kekangan peruntukan kewangan, sedangkan potensinya dalam memperkayakan historiografi Sabah adalah cukup besar.

Kesempatan UMS untuk menjadi barisan hadapan dalam memaknakan Hari Sabah melalui pendokumentasian sejarah lokal juga semakin sukar untuk dinafikan. Idea ini tidak perlu dijelaskan dengan teori yang serba meninggi, tetapi berdasarkan empirikal data yang bersifat membumi. Dengan kedudukan Sabah yang menjadi pusat persinggahan masyarakat dari Asia Timur dan Eropah, sudah pasti UMS berpotensi menjadi wadah pengumpulan kajian berkaitan Borneo. Idea ini sebenarnya pernah disuarakan oleh Profesor Ulung Dr. Shamsul Amri tentang kemampuan UMS menjadi “juara” dalam penyediaan sumber berkaitan koleksi Borneo. Sungguhpun begitu, idea ini tidak pernah dijelmakan dalam bentuk realiti kerana kekangan yang menghambat usaha ahli akademik dari UMS untuk menjayakannya. Walau bagaimanapun, perkara ini masih diusahakan sehingga kini. Secara perlahan, tetapi berterusan. Dengan kerja yang konsisten ini, sudah pasti suatu hari nanti segala pengetahuan dan penyelidikan berkaitan sejarah Borneo - Sabah yang diusahakan oleh UMS akan dihargai. Diminta untuk mengisi makna Hari Sabah. Dirayu untuk mendemokrasikan historiografi nasional!

]]>
chehasruddin@ums.edu.my (Che Hasruddin Che Hasan)Featured BMFri, 16 Aug 2024 00:41:07 +0800
Ekspedisi Pulau Layang-Layang: Meneroka Khazanah Sumber Alam Dan Keindahannya/v5/ms/featured-bm/15476-ekspedisi-pulau-layang-layang-meneroka-khazanah-sumber-alam-dan-keindahannya/v5/ms/featured-bm/15476-ekspedisi-pulau-layang-layang-meneroka-khazanah-sumber-alam-dan-keindahannya

Oleh: Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah,Profesor dan Felo Utama di Pusat Penyelidikan Pulau-Pulau Kecil (SIRC), 鶹Ƶ

Pengenalan

Pulau Layang-Layang merupakan salah satu daripada pulau milik Malaysia yang terletak di luar pelantar benua. Berada di dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) negara, keunikan dan kekayaan sumber alam serta kejernihan air di sekitar pulau tersebut menjadikan ia khazanah yang amat bernilai. Lantaran itu, usaha untuk meneroka sumber-sumber yang ada di situ dan memahami ekosistemnya sangat penting agar memastikan setiap langkah pembangunan yang dilaksanakan tidak akan memudarat ke atas alam semulajadi dan sekitarnya. Justeru itu, Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah mengamanahkan 鶹Ƶ (UMS) menerusi Pusat Penyelidikan Pulau-Pulau Kecil (SIRC)nya bagi menerajui satu penyelidikan bersama-sama beberapa universiti awam yang lain ke atas Pulau Layang-Layang. Universiti yang turut terlibat dalam usaha ini termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Ekspedisi

Baru-baru ini sekumpulan penyelidik daripada universiti berkenaan telah melakukan ekspedisi penyelidikan ke Pulau Layang-Layang bermula dari 20 hingga 27 hb April 2024. Perjalanan melibatkan dua buah bot nelayan yang disewa dan bertolak bermula dari jeti kampus UMS di Kota Kinabalu, mengambil masa selama lebih kurang 23 jam untuk sampai ke pulau tersebut. Kumpulan ekspedisi kali ini melibatkan seramai 15 orang penyelidik dan 7 orang staf sokongan. Penyelidik-penyelidik yang turut terlibat bagi menjayakan ekspedisi tersebut adalah mereka yang mengkhusus dalam bidang geologi, sains marin dan terumbu karang, pakar mamalia laut, perikanan, ekonomi, sejarah dan pelancongan. Turut terliba bersama dalam ekspedisi berkenaan juga adalah dua orang penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa Sarawak, Jabatan Perikanan Malaysia.

Ketika berada di Pulau Layang-Layang, di antara aktiviti saintifik yang dijalankan sepanjang ekspedisi tersebut adalah mengkaji invertebrata pesisir pantai, jenis batu-batuan pulau serta kandungannya, menentukan lapisan-lapisan bawah tanah dengan kaedah seismik dan peralatan resistiviti, meninjau status terumbu-terumbu karang di dalam dan luar lagun. Di samping itu juga kajian ke atas kandungan dan kualiti air perairan di situ dilakukan bagi mengetahui dan memahami status semasa dan peranannya terhadap ekosistem dan hidupan-hidupan marin. Para penyelidik juga melakukan selaman ke kawasan perairan lagun untuk menilai keadaan sangkar-sangkar ikan yang telah dibina awal oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia dan keadaan semasa terumbu karang di situ. Selain survei ke atas keberadaan spesis-spesis ikan, mamalia laut dan burung, turut dilakukan adalah pemetaan dan penilaian gunatanah bagi pelbagai tujuan termasuklah pelancongan dan ekonomi.

Sememangnya Pulau Layang-Layang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan kebanyakan pulau-pulau lain di Malaysia. Memiliki terumbu karang semulajadi yang indah, dinding dasar pulau yang curam dan dalam, kehadiran hidupan laut jenis pelagik serta air yang jernih, menjadikan pulau tersebut sebagai salah satu lokasi selaman skuba yang istimewa di dunia. Kedudukan pulau yang terletak 300 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu dan jauh dari tanah besar Sabah menjadikannya terpencil dari gangguan manusia. Justeru, kepelbagaian biologi di sekitarnya juga turut terjamin kekal dalam keadaan ekosistem semulajadinya. Salah satu daya tarikan utama Pulau Layang-Layang adalah kehadiran jerung palu di perairannya. Sejenis ikan jerung yang jarang ditemui. Selain itu, terdapat juga spesis pelagik seperti ikan barracuda dan jerung paus, serta keberadaan penyu dan ikan lumba-lumba. Secara ringkasnya, perairan pulau tersebut memang kaya dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan-hidupan marin.

Rumusan

Berdasarkan hasil tinjauan dan penyelidikan yang telah dilakukan semasa ekspedisi, ternyata Pulau Layang-Layang memiliki ekosistem alam daratan dan lautan yang istimewa dan menarik. Namun pulau tersebut juga mempunyai cabarannya tersendiri seperti kehadiran koloni tapak sulaiman mahkota berduri mampu mengancam dan merosakkan terumbu-terumbu karang di situ. Justeru itu, ada wajarnya jika Pulau Layang-Layang diwartakan menjadi taman laut agar pengurusan dan lindungan sumber alam pulau serta terumbu-terumbu karang dan perairan di situ dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan terkawal. Alam sekitar yang terpelihara bukan sahaja akan membantu mengekalkan rantai makanan dan kepelbagaian biologi di situ stabil dan kaya, tetapi juga dengan adunan keindahan pemandangan di pulau tersebut tatkala siang hari dan matahari terbenam sesungguhnya mampu menawarkan suatu peluang pembangunan ekonomi menerusi aktiviti-aktiviti pelancongan yang bersifat mesra alam dan mapan.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))Featured BMFri, 24 May 2024 09:05:31 +0800
Menggali Potensi Peluang Kerjaya Melalui Pendidikan TVET/v5/ms/featured-bm/15473-menggali-potensi-peluang-kerjaya-melalui-pendidikan-tvet/v5/ms/featured-bm/15473-menggali-potensi-peluang-kerjaya-melalui-pendidikan-tvet

Oleh: Profesor Madya Dr. Mohd Sani Sarjadi, Timbalan Pengarah (Strategik dan Pembangunan) Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains, UMS

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ialah suatu proses pendidikan dan latihan yang berfokus pada orientasi pekerjaan dengan tumpuan utama pada aplikasi industri.

Tujuannya adalah untuk melatih tenaga kerja yang mahir dalam bidang tertentu. TVET mengikuti standard pekerjaan yang diakui, penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

Melalui beberapa edisi hebahan, pihak kerajaan akan menggubal akta gaji khusus untuk lepasan TVET dengan sasaran penggajian lebih tinggi daripada kadar gaji minimum iaitu RM4,000 ke atas.

Dikongsikan juga bahawa program TVET tidak hanya akan dimulakan selepas Tingkatan Lima, tetapi lebih awal lagi iaitu selepas Tingkatan Tiga yang mana kolej vokasional, teknikal dan sebagainya akan menjadi 'feeder' kepada institusi TVET.

Tujuan diperkenalkan TVET adalah untuk mempersiapkan individu dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan teknikal yang diperlukan untuk memasuki pasaran kerja.

Antara fokus utama termasuklah mengurangkan kesenjangan keterampilan, meningkatkan kesejahteraan ekonomi, memudahkan keterlibatan masyarakat, memberikan peluang yang adil dalam konteks keterampilan dan pengetahuan, dan juga mendorong inovasi dan pembangunan.

Matlamat TVET adalah mengurangkan kesenjangan antara keperluan industri terhadap keterampilan tertentu dan ketersediaan tenaga kerja yang memiliki keterampilan tersebut. Dengan menyediakan latihan yang bersesuaian dengan kehendak industri, TVET dapat membantu mencipta tenaga kerja yang siap pakai.

Selain itu, TVET boleh meningkatkan kesejahteraan ekonomi. Dengan memberikan latihan yang relevan dengan kehendak pasaran kerja, TVET dapat membantu individu memperoleh pekerjaan yang lebih baik, meningkatkan produktiviti, dan akhirnya meningkatkan kesejahteraan ekonomi masyarakat.

Seterusnya ia mampu dan memudahkan keterlibatan masyarakat dalam pembangunan ekonomi tempatan dan negara.

Dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pihak kerajaan, industri, dan institusi pendidikan, TVET dapat membantu mencipta ekosistem pendidikan dan latihan yang responsif terhadap kehendak pasaran kerja.

Tidak ketinggalan TVET boleh memberikan peluang yang adil. TVET juga diarahkan untuk memberikan peluang yang adil kepada semua individu untuk memperoleh keterampilan dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka, tanpa mengira latar belakang sosial atau ekonomi.

Fokus lain juga, mampu mendorong inovasi dan pembangunan dalam kalangan pemikiran masyarakat. Melalui TVET, individu diberikan peluang untuk mengembangkan keterampilan yang diperlukan untuk inovasi dan pembangunan dalam pelbagai industri. Ini membantu mendorong pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan daya saing negara dalam pasaran global.

Dalam sudut promosi dan penyebaran kepada umum, TVET sebagai pilihan pertama, sudah dilakukan dengan beberapa pendekatan.

Pertamanya kita menyoroti dengan kisah-kisah kejayaan beberapa individu dan tokoh dalam bidang TVET.

Ini sedang berjalan yang mana kita mendapati gaji premium sudah disarankan dan empat rangkaian universiti teknikal Malaysia dapat mempromosikan untuk pelajar ini tidak perlu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebaliknya boleh mengambil diploma dan kini ada usaha untuk dilanjutkan ke peringkat ijazah.

Seterusnya, insiatif bekerjasama dengan syarikat besar menerusi 60 peratus program latihan dijalankan dalam industri dan hanya 40 peratus saja di dewan-dewan kuliah.

Dan ketiganya, pelaksanaan strategi pengintegrasian terutama program berkaitan IR4.0 dan dilakukan kerana kehendak pasaran dan akan meneruskan kerjasama dengan syarikat luar negara.

TVET merupakan gabungan pelbagai elemen yang disusun untuk menyediakan pendidikan dan latihan praktikal dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional. Terdapat beberapa komponen yang biasanya terdapat dalam TVET:

Pertama, TVET memiliki kurikulum yang terstruktur dengan mata pelajaran yang menumpukan kepada kemahiran praktikal dan pengetahuan teknis yang diperlukan dalam industri tertentu.

Kurikulum ini biasanya dibangunkan dengan melibatkan input dari industri dan disesuaikan dengan keperluan pasaran kerja.

Kedua, sebahagian besar pendidikan TVET menekankan pada pembelajaran praktikal selain pembelajaran teori.

Ini melibatkan latihan langsung di tempat kerja atau dalam laboratorium yang dilengkapi dengan peralatan dan teknologi terkini.

Ketiga, banyak program TVET menawarkan peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan industri di syarikat atau industri yang berkaitan.

Latihan industri ini memberikan pengalaman kerja langsung yang berharga dan membolehkan pelajar mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam suasana kerja sebenar.

Keempat, setelah menyelesaikan program TVET, pelajar biasanya memperoleh sijil atau kelayakan yang diiktiraf secara meluas dalam industri tertentu. Ini dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan dan memajukan kerjaya mereka di masa depan.

Kelima, TVET tidak terbatas pada pendidikan formal di institusi tertentu, tetapi juga melibatkan pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna terdapat peluang untuk terus mengembangkan kemahiran dan pengetahuan sepanjang kerjaya seseorang.

Keenam, selain kemahiran teknikal, TVET juga sering mengintegrasikan pembelajaran kemahiran insani seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, dan kerjasama dalam pasukan.

Ini membantu pelajar dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berbeza dan dinamik.

Ketujuh, banyak program TVET juga menyediakan perkhidmatan bimbingan untuk membantu pelajar merancang kerjaya mereka, bersedia untuk memasuki dunia kerja, dan mengatasi cabaran yang mungkin mereka hadapi dalam perjalanan mereka.

Sebelum diperkenalkan TVET, ada beberapa punca dan kelemahan dalam sistem pendidikan yang mungkin mendorong perlunya pendekatan pendidikan yang lebih praktikal dan terfokus pada keterampilan.

Beberapa punca dan kelemahan tersebut meliputi kesenjangan keterampilan, kurangnya keterlibatan industri, stigma terhadap pendidikan bukan akademik, kurangnya fleksibiliti dalam kurikulum, tingginya tingkat pengangguran atau underemployment dan juga keterbatasan kesempatan pendidikan.

Bagi alasan kesenjangan keterampilan, sistem pendidikan tradisional seringkali tidak mampu menghasilkan lulusan yang memiliki keterampilan praktis yang sesuai dengan keperluan pasaran kerja.

Ini mengakibatkan kesenjangan antara apa yang diajarkan di sekolah dan keterampilan yang sebenarnya diperlukan oleh industri.

Seterusnya, kurangnya keterlibatan industry. Sistem pendidikan yang berfokus secara tradisional pada kurikulum akademik mungkin kurang melibatkan industri dalam proses pembelajaran.

Akibatnya, lulusan mungkin tidak memiliki pemahaman yang memadai tentang keperluan industri dan belum bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan.

Untuk isu stigma terhadap pendidikan bukan-akademik pula, ada persepsi dalam kalangan masyarakat yang menganggap bahawa pendidikan bukan-akademik atau keterampilan praktikal kurang bernilai dibandingkan dengan pendidikan akademik.

Hal ini dapat mengakibatkan banyak individu yang tidak tertarik untuk mengejar pendidikan teknik dan vokasional.

Tidak ketinggalan alasan berkaitan kurangnya fleksibiliti dalam kurikulum, sistem pendidikan tradisional mungkin cenderung memiliki kurikulum yang kaku dan kurang fleksibel, yang tidak selalu mampu menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan pasaran kerja dan perkembangan teknologi.

Oleh kerana tingginya tingkat pengangguran atau underemployment, meskipun memiliki gelar akademik, banyak lulusan mungkin mengalami kesulitan dalam menemukan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian mereka.

Hal ini disebabkan oleh ketidaksesuaian antara keterampilan yang dimiliki oleh lulusan dan bukan keperluan pasaran kerja.

Bagi keterbatasan kesempatan pendidikan, di beberapa wilayah, akses terhadap pendidikan yang berkualiti mungkin terbatas, terutama untuk mereka yang tinggal di daerah pedalaman atau dari latar belakang ekonomi yang kurang berkemampuan.

Dengan memperkenalkan TVET, diharapkan dapat mengatasi beberapa kelemahan ini dengan memberikan pendidikan dan pelatihan yang lebih relevan dengan keperluan pasaran kerja, lebih terlibat dengan industri, dan mengurangkan stigma terhadap pendidikan bukan-akademik.

Dalam melancarkan lagi program ini, banyak entiti penting terlibat meliputi lembaga pendidikan, industri dan perusahaan, kerajaan, badan bukan Kerajaan (NGO dan komuniti tempatan.

Lembaga pendidikan, sekolah menengah, sekolah kejuruteraan, lembaga pendidikan teknik dan vokasional, serta perguruan tinggi yang menawarkan program-program TVET merupakan entiti penting dalam penyelenggaraan pendidikan TVET.

Mereka bertanggungjawab atas penyediaan kurikulum yang relevan, fasiliti pembelajaran yang memadai, dan pelatihan bagi instruktur yang kompeten.

Industri dan perusahaan, kerjasama dengan industri dan perusahaan sangat penting dalam pendidikan TVET.

Industri seringkali terlibat dalam menyusun kurikulum, menyediakan pelatihan praktis, dan bahkan menawarkan magang bagi siswa untuk mendapatkan pengalaman kerja langsung.

Pihak kerajaan memiliki peran penting dalam mengatur dan mendukung pengembangan pendidikan TVET. Mereka bertanggungjawab atas penyediaan kebijakan dan regulasi yang mendukung pendidikan TVET, lokasi anggaran, serta menyelenggara program-program pendidikan dan latihan.

NGO dapat berperan dalam mendukung penyelenggaraan pendidikan TVET, baik melalui penyediaan daya sumber tambahan, pelatih, mahupun advokasi untuk meningkatkan kesedaran pentingnya pendidikan keterampilan.

Komuniti tempatan juga dapat menjadi entiti penting dalam menyokong pendidikan TVET dengan memberikan sokongan moral, sumber daya tambahan, dan peluang jaringan hubungan industri atau kerjasama projek dengan industri lokal.

Organisasi antarabangsa seperti UNESCO, International Labour Organization (ILO) dan lain-lain juga dapat memainkan peran dalam menyokong pengembangan pendidikan TVET di tingkat global dan regional, baik melalui pembiayaan projek, inovasi, atau pertukaran pengetahuan dan praktik terbaik.

Adalah menjadi impian bagi kemenjadian selepas TVET, individu memiliki berbagai kemungkinan bidang kerjaya dan perkembangan lebih lanjut,

Masuk ke dunia pekerjaan, banyak lulusan TVET secara langsung memasuki dunia pekerjaan dengan keterampilan praktikal yang mereka peroleh selama pelatihan. Mereka dapat mengambil pekerjaan dalam berbagai industri yang relevan dengan bidang pengajian mereka, seperti teknik, kontraktor, automotif, teknologi informasi, perhotelan, dan banyak lagi.

Meneruskan pendidikan, kebanyakan program TVET direka bentuk agar graduan memiliki kelayakan untuk meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Ini boleh merangkumi program diploma, ijazah sarjana, atau malah program pasca-sarjana dalam bidang berkaitan.

Melanjutkan pendidikan dapat membuka peluang untuk kemajuan karier yang lebih lanjut, pengurusan, atau penekanan dalam bidang tertentu.

Pengembangan perniagaan sendiri, dengan keterampilan yang diperoleh dari pendidikan TVET, beberapa lulusan memilih untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.

Mereka dapat menggunakan keterampilan teknikal dan pengetahuan yang dimiliki untuk mengendalikan perniagaan kecil atau sederhana dalam bidang seperti pembinaan, perkhidmatan automotif, pembaikan elektronik, dan lain-lain.

Beberapa lulusan TVET memilih untuk mengikuti program magang atau pelatihan lanjutan di perusahaan atau industri tertentu. Ini memberikan kesempatan untuk mendapatkan pengalaman praktis tambahan dan memperdalam pemahaman mereka tentang pekerjaan tertentu.

Pendidikan TVET juga boleh membuka peluang bagi karier antarabangsa. Graduan boleh mencari peluang pekerjaan di luar negara yang memerlukan kemahiran teknikal dan vokasional yang mereka miliki.

Setelah memasuki dunia pekerjaan, penting bagi lulusan TVET untuk terus mengembangkan keterampilan dan pengetahuan mereka.

Mereka dapat melakukan ini melalui latihan lanjutan, kursus intensif, seminar, dan persidangan dalam bidang mereka. Dengan demikian, mereka dapat tetap kompetitif dan relevan dalam pasaran kerja yang terus berubah.

Kesimpulan yang baik bagi negara dengan adanya program TVET ialah ia dapat membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja, menyokong pembangunan ekonomi, mengurangkan pengangguran, dan meningkatkan daya saing negara dalam arena global.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))Featured BMTue, 21 May 2024 08:51:52 +0800
Risiko Buasir: Elakkan Tabiat Buruk Membawa Peranti ke Tandas/v5/ms/featured-bm/15456-risiko-buasir-elakkan-tabiat-buruk-membawa-peranti-ke-tandas/v5/ms/featured-bm/15456-risiko-buasir-elakkan-tabiat-buruk-membawa-peranti-ke-tandas

Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Firdaus Mohd Hayati, Pensyarah Perubatan dan Pakar Bedah Am, 鶹Ƶ

Kesibukan dalam urusan harian menyebabkan kita kerapkali cuba untuk mencuri masa untuk menyelesaikan kerja yang masih tertangguh. Tabiat membawa peranti seperti telefon bimbit ke tandas untuk menulis dan menghantar emel, menulis rencana, membaca buku elektronik dan sebagainya adalah perkara yang patut dielakkan. Ini tidak termasuk lagi aktiviti menonton aplikasiYouTubedanNetflixatau melayar aplikasi laman sosial sewaktu membuang air besar. Aktiviti melayari telefon bimbit sewaktu berada di dalam tandas ini kebanyakkan berlaku kepada hampir semua orang, terutama sekali kepada mereka yang memerlukan masa untuk bersendirian. Ramai yang malu mengaku, tetapi inilah hakikat yang berlaku kini.Usus yang sihat hanya memerlukan 5-10 minit untuk selesai urusan, tetapi dengan adanya aktiviti “tambahan”, ia akan memanjangkan lagi tempoh tersebut. Apabila kita duduk di dalam tandas lebih daripada masa yang sepatutnya, ia menyebabkan berlakunya tarikan graviti kepada rektum dan dubur. Ini tidak langsung akan menjurus kepada pembengkakan pembuluh darah berhampiran dubur.

Faktor risiko dan gejala buasir

Buasir terjadi apabila pembuluh darah yang berada pada pangkal dubur membengkak. Ia adalah penyakit yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah kepada individu yang kurang mengambil makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurang pengambilan makanan berserat tinggi akan menyebabkan berlakunya sembelit. Apabila mereka ingin membuang air besar, mereka terpaksa meneran dengan lebih kuat dan lama. Tekanan tinggi yang diberikan akan menerukkan lagi pembengkakkan pembuluh darah di kawasan dubur. Luka yang terbentuk hasil daripada geseran dengan najis yang keras akan menyebabkan pendarahan. Selain itu, antara perkara yang kurang diberikan perhatian ialah gejala kanser usus dan rektum. Kombinasi di antara sembelit, perubahan pola membuang air besar dan najis berdarah menjurus kepada gejala kanser usus dan rektum. Jadi, adalah amat penting bagi mana-mana individu yang mengalami kombinasi gejala ini untuk segera berjumpa doktor pakar untuk rawatan lanjut.

Selain daripada itu, wanita hamil juga tidak terkecuali. Sewaktu hamil, wanita akan mengalami ketidakseimbangan hormon yang boleh mengakibatkan pembesaran pembuluh darah di dalam seluruh badan termasuklah pada pangkal dubur. Wanita hamil juga dalam masa yang sama perlu mengambil ubat tambah darah untuk mengelakkan diri daripada mendapat anemia atau kekurangan darah semasa hamil. Antara kesan sampingan daripada ubat itu boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Maka, sebab itulah risiko buasir meningkat di dalam kalangan mereka. Bahkan, sejarah keluarga yang mempunyai masalah sembelit atau buasir dan faktor meningkat usia juga boleh membawa kepada faktor risiko masalah ini. Antara faktor lain termasuklah obesiti, berdiri dalam jangka waktu yang lama atau selalu mengangkat benda yang berat.

Buasir boleh menyebabkan pelpagai gejala. Antara gejala yang boleh berlaku termasuklah ketidakselesaan pada pangkal dubur hasil daripada pembengkakkan buasir atau lebihan kulit di kawasan tersebut dan pendarahan semasa membuang air besar. Kes kecemasan boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami gejala anemia akibat pendarahan yang berterusan kesan daripada luka pada buasir tersebut dan sakit yang teruk apabila darah membeku di dalam buasir itu sendiri. Kebanyakan pesakit akan datang segera untuk mendapatkan rawatan apabila mereka mengalami gejala anemia dan sakit dipangkal dubur.

Penilaian dan rawatan buasir

Buasir dibahagikan kepada dua kategori, iaitu buasir dalaman dan luaran. Buasir dalaman ialah buasir yang terbentuk di bahagian dalam rongga rektum, manakala buasir luaran pula berlaku di luar atau di pangkal dubur. Selain daripada itu, buasir juga boleh dibahagikan kepada 4 gred bergatung kepada keterukan buasir itu. Buasir gred 1 berlaku apabila buasir menyebabkan gejala seperti pendarahan tetapi bengkakan tidak terkeluar. Buasir gred 2 pula berlaku apabila buasir akan menonjol keluar semasa membuang air besar, tetapi ia akan masuk semula secara spontan. Buasir gred 3 pula adalah hampir sama seperti gred 2, tetapi ia perlu dimasukkan semula ke dalam dubur secara manual. Buasir gred 4 adalah yang paling teruk di mana apabila ia terkeluar, ia tidak dapat dimasukkan semula ke dalam dubur walaupun ditolak secara manual.

Rawatan buasir adalah mengikut tahap gejala. Bagi buasir yang bersaiz kecil dan tidak bergejala, pesakit dinasihatkan untuk mengubah corak pengambilan diet harian. Mereka digalakkan untuk menambah pengambilan serat dan minum lebih air. Ini dapat mengelakkan mereka daripada mendapat sembelit yang berterusan. Serat dapat melembutkan dan meningkatkan saiz najis, sekaligus mengurangkan risiko pesakit untuk meneran semasa membuang air besar. Najis yang lembut juga mengelakkan daripada buasir menjadi luka.

Untuk rawatan buasir, terdapat juga ubat-ubatan yang boleh diberikan kepada pesakit. Oleh kerana salah satu faktor risiko adalah sembelit, maka, ubat yang dapat membantu ialah ubat pelembut najis. Ubat tersebut dapat mengelakkan najis daripada menjadi keras dan boleh melukakan buasir. Selain daripada itu, ubat krim sapuan yang mengadungi ubat tahan sakit, anti-radang dan antibiotik, kadang-kadang diberikan kepada pesakit buasir. Ubat tersebut mampu melegakan gejala kesakitan dan kegatalan pada pangkal dubur. Antara ubat yang agak berkesan untuk mengawal pendarahan buasir ialah ubat Daflon. Ia mengandungi fluvonoid, bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan yang mampu untuk mengukuhkan dinding pembuluh darah, mengecut bengkak dan mempunyai fungsi anti-radang kepada buasir.

Sekiranya individu tersebut mengalami pendarahan atau kesakitan, mereka perlu segera mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar supaya pemeriksaan lanjut dapat dijalankan. Ini adalah penting untuk mengenal pasti samada gejala tersebut berlaku itu bukan disebabkan oleh kanser rektum. Selalunya, doktor akan menjalankan dua jenis teknik pemeriksaan. Yang pertama adalah dengan memasukkan jari ke dalam rongga dubur untuk memeriksa dan menyentuh permukaan rongga dubur bagi mengenalpasti wujudnya ketumbuhan. Yang kedua, doktor akan melakukan pemeriksaan proktoskopi, iaitu memasukkan sejenis tiub plastik berongga ke dalam dubur dan dibantu oleh cahaya lampu suluh untuk melihat secara terus di dalam rongga pangkal dubur dan rektum.

Pembedahan

Apabila aktiviti merubah gaya hidup dan rawatan menggunakan ubat-ubatan tidak berkesan, doktor terpaksa menjalankan prosedur ringkas atau pembedahan untuk membuang buasir tersebut. Semasa melakukan pemeriksaan proktoskopi, sekiranya ada tanda-tanda pendarahan atau risiko luka pada buasir terutama sekali buasir gred 1 atau 2, doktor akan melakukan rawatan mengikat buasir tersebut dengan getah kecil dengan bantuan alat khas. Tujuan buasir ini diikat adalah untuk mengurangkan aliran darah ke kawasan tersebut sekaligus bertujuan untuk menyebabkan dinding buasir itu mengecut.Selain daripada itu, prosedur lain yang dapat dilakukan ialah rawatan suntikan skleroterapi. Rawatan ini dilakukan dengan menyuntik larutan kimia pada bahagian sekitar buasir di pangkal dubur. Proses tersebut akan menyebabkan wujud tindak balas kimia dan pembentukan parut. Justeru, parut tersebut akan menyebabkan buasir secara beransur-ansur menyusut dari masa ke semasa.

Teknologi laser juga dapat digunakan untuk merawat buasir. Ia dilakukan di dalam dewan bedah samada di bawah pengaruh bius separuh badan atau penuh. Prosedur ini dilakukan dengan memasukkan wayer laser ke dalam buasir dan haba akan terhasil apabila laser tersebut diaktifkan. Ini secara tidak langsung dapat menyebabkan buasir mengecut.Prosedur lain termasuklah dengan mengikat atau menjahit pembuluh darah yang terlibat dengan bantuan daripada mesin ultra bunyi dopler. Mesin ultra bunyi dopler ini secara terus dapat mengenalpasti pembuluh darah itu dan mampu untuk menunjukkan keberkesanan hasil daripada ikatan atau jahitan tersebut.

Bagi buasir yang menonjol keluar terutama sekali buasir gred 2 dan 3 serta buasir sekeliling, pilihan rawatan yang boleh diberikan ialah dengan menggunakan teknik stapler. Ia juga akan dilakukan di dalam dewan bedah samada di bawah pengaruh bius separuh badan atau penuh. Alat stapler khas berbentuk bulatan akan memotongan buasir secara bulatan manakala bahagian dinding rektum yang dipotong akan dicantumkan semula menggunakan stapler titanium. Bagi buasir gred 4 pula, pesakit memerlukan pembedahan konvensional. Pembedahan dilakukan dengan memotong dan membuang buasir mengunakan alat tenaga khas. Oleh kerana akan terbentuknya luka besar, pesakit mungkin akan merasa sedikit keperitan semasa membuang najis selepas pembedahan. Tempoh masa untuk luka itu sembuh juga akan mengambil masa hingga 2-3 minggu.

Sebaik-baiknya, kita sebagai pengguna teknologi seperti alat peranti, haruslah cakna dengan pro dan kontranya. Janganlah kerana kesibukan masa, kesihatan kita menjadi cagaran. Elakkan membawa sebarang alat peranti ke bilik air kerana kontranya adalah lebih berbanding pro.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))Featured BMMon, 13 May 2024 06:25:50 +0800