- Featured BMLaman Rasmi UMS, univrsiti awam di Sabah, Malaysia./v5/featured-bm2026-02-11T11:05:28+08:00Laman Rasmi UMSwebtech@ums.edu.my - Open Source Content ManagementIntegriti Sebagai Teras Tadbir Urus Universiti2026-01-27T01:46:09+08:002026-01-27T01:46:09+08:00/v5/ms/featured-bm/18378-integriti-sebagai-teras-tadbir-urus-universitiMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

[ARTIKEL BIUMS Siri 2/2026]

Disediakan oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS

Dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin kompleks dan kompetitif, integriti bukan lagi sekadar slogan tahunan atau frasa di poster korporat. Integriti ialah DNA organisasi, teras senyap yang menentukan sama ada sesebuah universiti dihormati atau sekadar wujud. Tanpa integriti, sistem tadbir urus hanya tinggal rangka; cantik di atas kertas, rapuh dalam realiti.

Integriti sebagai DNA bermaksud ia hidup dalam setiap keputusan, proses dan tindakan harian warga universiti. Ia bukan bermula di bilik lembaga pengarah semata-mata, tetapi menjalar ke meja pensyarah, kaunter pentadbiran, makmal, stor aset, dan juga ke ruang pejabat yang kelihatan remeh. Organisasi yang berintegriti tidak menunggu audit untuk “berkelakuan baik”; mereka berfungsi dengan betul walaupun tiada siapa memerhati. Di sinilah bezanya antara pematuhan kosmetik dan nilai yang benar-benar berakar.

Hubungan antara integriti, kepercayaan dan reputasi adalah hubungan sebab-akibat yang tidak boleh dipisahkan. Integriti melahirkan kepercayaan, dan kepercayaan membina reputasi. Sekali reputasi tercalar, bertahun diperlukan untuk memulihkannya; jika masih boleh diselamatkan. Universiti bukan hanya dinilai melalui ranking akademik, tetapi melalui bagaimana ia mengurus dana awam, melindungi kebajikan pelajar, menegakkan keadilan, dan memelihara amanah yang diberikan oleh masyarakat serta kerajaan. Dalam ekosistem ini, satu pelanggaran kecil yang dibiarkan boleh menjadi barah besar yang menjejaskan keseluruhan institusi.

Namun, cabaran sebenar integriti bukan pada kes rasuah berskala besar semata-mata, tetapi pada normalisasi salah guna kecil yang dianggap “tidak apa”. Contohnya, menyalahgunakan kemudahan awam seperti bilik pejabat untuk tujuan peribadi atau dijadikan tempat tinggal sementara. Mungkin kelihatan praktikal, mungkin ada alasan peribadi yang simpati, tetapi secara prinsipnya ia tetap pelanggaran amanah. Kemudahan awam disediakan untuk fungsi rasmi, bukan untuk keselesaan individu. Apabila garis ini dikaburkan, mesej yang dihantar kepada warga lain sangat jelas: peraturan boleh dirunding, asalkan kita pandai berdalih.

Inilah titik kritikal tadbir urus. Tadbir urus yang baik bukan tentang mencari kesalahan, tetapi tentang menjaga sempadan nilai. Universiti yang berani mempertahankan integriti akan tegas pada perkara kecil supaya tidak tumbang pada perkara besar. Ketegasan ini bukan kejam; ia adil dan berprinsip. Ia melindungi majoriti yang jujur daripada budaya “semua orang buat”.

Akhirnya, integriti bukan beban, tetapi aset strategik. Ia menjadikan universiti dipercayai, dihormati, dan relevan untuk jangka panjang. Dalam dunia yang mudah memaafkan kecemerlangan akademik tetapi tidak pernah memaafkan pengkhianatan amanah, integriti adalah mata wang paling mahal. Jika universiti mahu kekal sebagai institusi ilmu dan nilai, integriti mesti kekal sebagai teras—bukan retorik, tetapi realiti yang dihidupkan setiap hari.

Dibayangi Hegemoni: Venezuela dan Politik Kuasa di Amerika Latin 2026-01-06T09:29:08+08:002026-01-06T09:29:08+08:00/v5/ms/featured-bm/18290-dibayangi-hegemoni-venezuela-dan-politik-kuasa-di-amerika-latinMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Artikel oleh Mohd Ezni Hezri Mohd Yusop, Pensyarah Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Sekitar jam 2:00 pagi memasuki hari ketiga tahun baharu 2026, ibu kota Caracas dikejutkan oleh beberapa siri letupan dan bunyi pesawat terbang rendah di sebahagian ruang udara bandar, menandakan bermulanya operasi ketenteraan berskala besar Amerika Syarikat (AS) ke atas Venezuela.

Operasi  ‘Absolute Resolve’ melibatkan lebih 150 pesawat tentera dan unit pasukan khas, dengan sasaran keatas kompleks ketenteraan utama seperti Fuerte Tiuna, pangkalan udara La Carlota, serta kawasan strategik lain di utara Venezuela.

Misi tersebut berakhir dengan penangkapan  Presiden Venezuela, Nicolás Maduro dan isterinya, Cilia Flores yang telah bawa keluar dari negara itu oleh pasukan tentera AS seawal 3.30 pagi waktu tempatan dan kini dijadualkan didakwa di mahkamah persekutuan di New York atas tuduhan narkotik dan keganasan.

Perkembangan ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara spontan malah telah dijangka ekoran meningkatnya keberadaan dan pergerakan armada tentera Amerika Syarikat di perairan Caribbean sejak September 2025 apabila USS Gerald R. Ford dikerahkan ke perairan tersebut.

Senario yang pada awalnya dilihat sebagai operasi keselamatan maritim dan perang terhadap penyeludupan dadah ternyata satu rencana politik kuasa yang lebih besar dengan satu tujuan utama - menamatkan pemerintahan Presiden Nicolás Maduro, dan seterusnya menyusun semula keseimbangan kuasa di rantau tersebut yang dianggap sudah mula dilunakkan oleh keberadaan kuasa besar lain khususnya China dan Russia.

AS melihat pendekatan “speak softly, and carry a big stick” atau dikenali Big Stick diplomacy sudah tidak lagi relevan apabila berhadapan dengan dilema hegemon.  Kekalkan pengaruh atau berundur, ‘kill or perish’ merupakan persoalan dasar AS khususnya di Hemisfera Barat.

Dalam konteks ini, pentadbiran Trump sebenarnya beroperasi menerusi pendekatan realisme untuk tidak membiarkan negara yang mempunyai rizab minyak terbesar di dunia dikuasai oleh pesaing kuasa besar seperti China dan Rusia lantas menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Dalam teori hubungan antarabangsa, persoalan moral bukan lagi satu pertimbangan, tetapi persoalan kelangsungan hegemoni untuk kekal relevan dalam dunia multipolar semasa.

Dunia menyaksikan bagaimana sumber asli seperti minyak dan mineral telah ‘dipersenjatakan’ dan rejim-rejim yang tidak sehaluan dijadikan sasaran. Dalam situasi Amerika Latin, sekiranya eksploitasi dan pengkomersialan sumber tenaga serta mineral diberikan ruang, Amerika Syarikat hampir pasti melihat dirinya sebagai pihak yang paling berhak menjadi rakan kongsi terbesar, satu tuntutan realistik bukan sahaja berlandaskan faktor kedekatan geografi (geographical proximity) dan keupayaan ekonomi, tetapi juga logik hegemoni.

Bagi pemerhati hubungan antarabangsa, langkah terbaharu AS secara tidak langsung menggambarkan pengaktifan semula Doktrin Monroe yang mula diperkenalkan Presiden Monroe pada awal abad ke-19 untuk menghalang sebarang bentuk kolonialisasi dan campurtangan langsung atau tidak langsung kuasa asing di benua Amerika.

Operasi Absolute Resolve hanyalah permulaan kepada pendekatan komprehensif  Amerika Syarikat di Amerika Latin, bertujuan memastikan order dan kestabilan serantau terus memihak kepada kepentingan strategik negara Uncle Sam tersebut. Masa akan menentukan sasaran seterusnya. Namun, Panama jelas telah berada di bawah radar pentadbiran Trump, yang secara terbuka mengisytiharkan “We're taking' back the Panama Canal’ pada Mac 2025.

Selang beberapa hari, dunia akan mengetahui nasib Nicolás Maduro di hadapan sistem perundangan Amerika Syarikat. Perbicaraan serupa dilalui Jeneral Manuel Noriega (Panama), Juan Orlando Hernández (Honduras) dan Hugo Carvajal (Venezuela) bakal menyaksikan proses yang panjang dan berprofil tinggi.

Bagi rakyat Venezuela, pasca-Maduro dinanti dengan penuh harapan. Mampukah kerajaan baharu dengan sokongan AS mampu membawa Venezuela keluar dari krisis ekonomi dan kemanusiaan yang telah sekian lama membelenggu negara tersebut? Harapan itu wajar diraikan, tetapi sejarah juga mengajar kita untuk tidak bersikap optimis dengan menyangka kejatuhan seorang pemimpin akan membawa kestabilan yang dijanjikan.

Persoalan sebenar bukan lagi tentang Maduro atau Venezuela, tetapi tentang masa depan rantau Amerika Latin itu sendiri. Adakah ia akan menemukan keseimbangan baharu, atau bakal menjadi pentas persaingan kuasa besar yang akhirnya membawa luka lebih parah kepada tanah pejuang nasionalis Simon Bolivar.

(Artikel ini ditulis berdasarkan pandangan akademik penulis sebagai pensyarah Kursus Politik Antarabangsa Amerika Latin dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi 鶹Ƶ atau mana-mana institusi berkaitan.)

Komitmen Integriti Sebagai ‘Way Forward’ di 鶹Ƶ 2026-01-05T08:43:13+08:002026-01-05T08:43:13+08:00/v5/ms/featured-bm/18276-komitmen-integriti-sebagai-way-forward-di-universiti-malaysia-sabahMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

[ARTIKEL BIUMS Siri 1/2026]

Disediakan oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS

Tahun 2026 menandakan sebuah era baharu bagi 鶹Ƶ (UMS), era komitmen integriti yang bukan sekadar slogan, tetapi menjadi nadi kepada setiap tindakan, keputusan, dan budaya kerja warga universiti. Dalam dunia akademik yang semakin kompleks, integriti bukan lagi pilihan, tetapi keperluan mutlak untuk memastikan UMS terus berdiri sebagai institusi unggul yang dihormati di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pematuhan Peraturan dan Akta

Setiap kakitangan (pensyarah dan pentadbiran) UMS perlu memahami bahawa pematuhan terhadap peraturan dan akta bukan sekadar tanggungjawab formal, tetapi manifestasi kejujuran akademik dan profesionalisme. Tahun 2026 harus menjadi titik tolak untuk memperkukuh kesedaran bahawa setiap garis panduan, sama ada berkaitan akademik, kewangan, atau pentadbiran, adalah benteng utama melindungi reputasi universiti. Pematuhan ini melahirkan budaya kerja yang telus, teratur, dan bebas daripada manipulasi.

Bebas Rasuah

Rasuah adalah musuh utama integriti. UMS mesti menegaskan pendirian zero tolerance terhadap sebarang bentuk rasuah, sama ada dalam urusan pentadbiran, pengurusan kewangan, atau hubungan dengan pihak luar. Tahun komitmen integriti ini menuntut warga universiti berani menolak sebarang bentuk kompromi yang mencemarkan maruah institusi. Bebas rasuah bukan sekadar slogan, tetapi tindakan konkrit melalui sistem pengawasan, pelaporan, dan pendidikan berterusan.

Zero Gangguan Seksual

Gangguan seksual adalah pelanggaran maruah manusia yang tidak boleh ditoleransi. UMS perlu memastikan setiap warga kampus - pensyarah, pentadbir, kakitangan sokongan dan pelajar, dilindungi daripada ancaman ini. Polisi yang jelas, saluran aduan yang mesra, serta tindakan disiplin yang tegas mesti menjadi teras. Tahun 2026 adalah masa untuk menegaskan bahawa kampus adalah ruang selamat, di mana setiap individu dihormati tanpa mengira gender, kedudukan, atau latar belakang.

Zero Buli

Budaya buli, sama ada fizikal, verbal, atau psikologi, tidak mempunyai tempat dalam ekosistem akademik. UMS hendaklah memperkukuh mekanisme pencegahan melalui pendidikan nilai, program kesedaran, dan tindakan disiplin yang konsisten. Zero buli bukan sekadar melindungi mangsa, tetapi membentuk suasana kampus yang harmoni, di mana perbezaan diraikan dan kerjasama dipupuk.

Tadbir Urus Baik yang Optimum

Tadbir urus yang baik adalah asas kepada keberkesanan organisasi. UMS perlu mengangkat prinsip ketelusan, akauntabiliti, dan keberkesanan dalam setiap lapisan pentadbiran. Sistem pengurusan yang cekap, penggunaan teknologi yang bijak, serta kepimpinan yang berwawasan akan memastikan universiti bergerak seiring dengan tuntutan zaman. Tadbir urus yang optimum bukan sahaja meningkatkan kepercayaan warga kampus, tetapi juga memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap UMS.

Tahun 2026 sebagai ‘Tahun Komitmen Integriti’ adalah peluang untuk UMS meneguhkan identiti sebagai universiti yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga menjadi teladan dalam etika dan nilai. Pematuhan peraturan, bebas rasuah, zero gangguan seksual, zero buli, dan tadbir urus baik adalah lima tonggak utama yang perlu diberi perhatian serius. Dengan komitmen bersama, UMS mampu melangkah ke hadapan sebagai institusi yang bukan sahaja mendidik minda, tetapi juga membentuk jiwa yang berintegriti.

Belanjawan Sabah 2026: Pencetus Pembangunan Mapan2026-01-02T09:40:16+08:002026-01-02T09:40:16+08:00/v5/ms/featured-bm/18292-belanjawan-sabah-2026-pencetus-pembangunan-mapanMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Artikel oleh Profesor Datuk Dr. Kasim Hj Mansor, Naib Canselor UMS

Belanjawan Sabah 2026 dibentangkan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun selaku Menteri Kewangan pada 12 Disember 2025 bertema “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”. Belanjawan ini suatu yang bersifat ’serampang banyak mata’.  Belanjawan ini juga berupaya mendepani cabaran tahun 2026 seiring pengukuhan asas fiskal dan peningkatan pelaburan, didorong oleh pemulihan sektor pelancongan, pertumbuhan aktiviti perdagangan serta peningkatan guna tenaga. Pada tahun 2024, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah meningkat kepada RM84.3 bilion berbanding RM83.4 bilion pada tahun sebelumnya.  Sabah menyumbang RM5.1 peratus kepada ekonomi negara dan berada pada kedudukan ketujuh sebagai penyumbang utama KDNK Malaysia. Sektor Perkhidmatan kekal sebagai penyumbang terbesar ekonomi negeri dengan nilai RM44.2 bilion, diikuti sektor Perlombongan dan Pengkuarian sebanyak RM18.5 bilion, sektor Pertanian RM12.1 bilion, sektor Pembuatan RM6.1 bilion dan sektor Pembinaan RM3.0 bilion (Jadual 1).

Table 1 KDNK Sabah Mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi Pada Harga Malar 2015 (RM ’000)

Jenis Aktiviti Ekonomi

2020

2021

2022

2023e

2024p

Pertanian

12798

12518

12549

12628

12205

Perlombongan dan Pengkuarian

19936

20574

20455

19535

18551

Pembuatan

6042

5931

5780

6033

6103

Pembinaan

2197

2368

2517

2490

2958

Perkhidmatan

36597

37369

40605

42413

44209

KDNK Pada Harga Pembeli

77840

79000

82176

83363

84303

Sumber: Laporan Sosioekonomi Negeri Sabah

Nota:

P = peramalan

e = penganggaran

Tahun 2025 Sabah mencatatkan pertumbuhan makro yang amat memberansangkan.  Kepesatan perdagangan antarabangsa antara Sabah dan negara-negara luar tidak dapat dinafikan. Sehingga September 2025, Sabah mencatat lebihan imbangan dagangan sebanyak RM8 bilion, dengan jumlah eksport RM43.7 bilion dan import RM35.6 bilion. Walaupun berdepan tekanan perdagangan global, ekonomi Sabah kekal berdaya tahan dengan kadar inflasi 1.1 peratus, purata pendapatan isi rumah meningkat kepada RM6,498 sebulan dan kadar kemiskinan menurun, mencerminkan peningkatan kesejahteraan rakyat serta prospek pertumbuhan yang lebih mampan pada tahun 2026.

Belanjawan Sabah 2026 dijangka mampu mempercepatkan pembangunan ekonomi Sabah.  Belanjawan ini juga menumpu kepada keseimbangan sosioekonomi, memperkasa modal insan, meningkatkan infrastruktur asas serta memperkukuh kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Kerajaan mencadangkan anggaran Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM6.402 bilion dengan Anggaran Hasil RM6.430 bilion, sekali gus mencatat lebihan belanjawan RM28 juta. Tumpuan belanjawan ini adalah kepada program dan aktiviti berorientasikan pembangunan jangka panjang untuk menjana pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan kemudahan awam. Antara kementerian menerima peruntukan tertinggi ialah Kementerian Kewangan berjumlah RM2.899 bilion, diikuti Kementerian Kerja Raya dan Utiliti sebanyak RM1.122 bilion dan Jabatan Ketua Menteri sebanyak RM792.83 juta. Manakala kementerian-kementerian lain seperti kementerian pertanian, pembangunan luar bandar, kerajaan tempatan, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan belia juga mendapat pengagihan yang ”reasonable” bagi memastikan pembangunan Sabah dilaksanakan secara menyeluruh dan mampan.

Kerajaan Sabah berjaya mengekalkan kedudukan fiskal yang stabil dengan pungutan hasil sebanyak RM6.842 bilion pada tahun 2024. Bagi Anggaran Hasil Disemak 2025, kutipan meningkat kepada RM6.658 bilion, dipacu oleh Cukai Jualan Negeri, sumbangan Kerajaan Persekutuan serta hasil pelaburan. Untuk tahun 2026, Anggaran Hasil diunjurkan berjumlah RM6.430 bilion, dipengaruhi oleh ketidaktentuan harga komoditi utama seperti petroleum dan minyak sawit mentah. Daripada jumlah ini, hasil cukai dianggarkan RM2.771 bilion, hasil bukan cukai RM2.348 bilion, manakala terimaan bukan hasil berjumlah RM1.311 bilion.

Perbelanjaan Pembangunan Sabah bagi tahun 2026 dicadangkan berjumlah RM1.865 bilion.  Tentunya jumlah ini adalah bersifat relatif kecil berbanding saiz Sabah yang besar.  Sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri, melibatkan peruntukan RM1.468 bilion daripada Kerajaan Negeri serta RM397.21 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan dalam bentuk pinjaman dan bayaran balik persekutuan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, siling peruntukan pembangunan keseluruhan sebanyak RM12.02 bilion bagi melaksanakan 1,173 program dan projek pembangunan, sekali gus merupakan peruntukan pembangunan tertinggi dalam sejarah belanjawan Sabah. 241 projek sambungan dan 932 projek baharu dijangka memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Tiga sektor utama iaitu Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan merupakan pilihan yang tepat sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negeri pada tahun 2026. Usaha memperkasa sektor-sektor ini disokong oleh pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang berkualiti, pengukuhan modal insan berkemahiran tinggi, penerapan sains dan teknologi terkini serta penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan.

KETERJAMINAN MAKANAN

Sektor pertanian, perikanan dan industri makanan terus menjadi tunjang pembangunan sosioekonomi Sabah.  Peranan sektor ini amat penting sebagai pemangkin keterjaminan makanan dan mampu meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.   Sebanyak RM559.85 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan bagi tahun 2026.  Manakala RM75.75 juta diperuntukkan untuk pengoperasian dan bantuan kepada nelayan, petani serta penternak.

EKONOMI BIRU

Belanjawan 2026 memperlihatkan kelainan dengan mengambilkira lokasi Sabah yang strategik, dikelilingi oleh tiga lautan.  Belanjawan ini dilihat mampu memperkukuh pembangunan ekonomi biru. Pelbagai inisiatif strategik yang menekankan pengurusan sumber marin secara mampan, inovasi berasaskan sains, serta pemerkasaan komuniti pesisir. Susulan daripada persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024, pelbagai projek dan kolaborasi telah dilaksanakan, termasuk penubuhan Majlis Ekonomi Biru Sabah, Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim di 鶹Ƶ, serta Memorandum Persefahaman Blue Financing dengan Maybank Group Global Banking. Bagi tahun 2026, Kerajaan Sabah memperuntukkan RM1 juta untuk penyediaan Pelan Induk Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat, manakala RM900,000 disalurkan kepada Jabatan Perikanan Sabah bagi melaksanakan Inisiatif Ekonomi Biru Perikanan, sekali gus menyokong keterjaminan makanan, pembangunan komuniti pesisir dan pertumbuhan ekonomi mampan di negeri ini.

SABAH SEBAGAI DESTINASI PELABURAN

Setakat suku kedua 2025, Sabah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM11.368 bilion, merangkumi pelaburan dalam dan luar negara dalam sektor Pembuatan, Perkhidmatan dan Sektor Utama. Daripada jumlah itu, sektor Pembuatan menerima RM7.472 bilion, sektor Perkhidmatan RM3.139 bilion, manakala sektor utama (Perindustrian, Pelancongan dan Pertanian) menyumbang RM757 juta. Pencapaian ini meletakkan Sabah di kedudukan kelima tertinggi penerima pelaburan di Malaysia, mengatasi jumlah pelaburan 2024 sebanyak RM6.458 bilion. Antara pelaburan besar yang menjadi pemangkin pertumbuhan industri ialah pelaburan fasa satu Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. dari Singapura bernilai RM6.592 bilion untuk pembinaan kilang pembuatan keluli hijau di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang, termasuk pembinaan jeti persendirian bagi menyokong aktiviti logistik.  Pelaburan ini dijangka menjana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan mengukuhkan rantaian bekalan industri keluli tempatan.

Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM249.19 juta bagi pembangunan sektor Perindustrian pada tahun 2026. Sebanyak RM194.04 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan serta agensi di bawahnya untuk memacu pertumbuhan, promosi pelaburan dan aktiviti perdagangan. Program Keusahawanan Negeri menerima RM5 juta, manakala peruntukan untuk ekspo antarabangsa sebanyak RM16.86 juta. Program Bantuan SME-UP, RM1.5 juta untuk Program Pemerkasaan Produk Desa, dan RM2.05 juta untuk program berimpak tinggi seperti Sabah Sandbox Accelerate 2026 dan Pitchborneo juga sebagai fokus utama sektor ini. Taman-taman perindustrian KKIP, POIC Lahad Datu, SOGIP, projek SEDCO, projek cerun, jejantas dan lokomotif baharu telah juga diberi keutamaan untuk memperkasakan infrastruktur pelabuhan termasuk projek terminal, jeti dan pemantauan trafik perkapalan.

Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM174.45 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) untuk meransang sektor pelancongan, projek baharu seperti Muzium Baharu Sabah, Kota Kinabalu Performing Arts Centre (KKPAC), Arte Museum, Galeri Marin di Taman Tun Mustapha Kudat, serta peningkatan kemudahan pelancongan di Pulau Bohey Dulang, Semporna, Petagas War Memorial Park, Muzium Etnik Ranau, Pusat Kebudayaan Penampang dan Pusat Kebudayaan Murut Tenom. Pembangunan Pemetaan Budaya Etnik 2026–2030 bagi mendokumentasikan kepelbagaian etnik dan budaya Sabah secara sistematik antara agenda besar untuk menarik pelancong ke Sabah.

MODAL INSAN

Pembangunan Modal Insan merupakan nadi pertumbuhan pembangunan.  Belanjawan 2026 memperuntukkan RM437.93 juta pada tahun 2026 untuk pembangunan modal insan, merangkumi aspek akademik, kemahiran, spiritual, dan latihan vokasional. Kini ekonomi berteraskan digital dan AI, belanjawan 2026 memberi penekanan kepada kursus-kursus berorientasikan TVET, STEM, inovasi digital, minyak & gas, hospitaliti, keselamatan & kesihatan, pertanian dan latihan perladangan kelapa sawit. Dalam persiapan pemerkasaan Modal Insan, Kerajaan meneruskan bantuan pendidikan seperti biasiswa, dermasiswa, BUDI, BAIK, BAKTI, SUBFLY, SENTOSA, dan memperkenalkan BAYU sebanyak RM150 seorang untuk 8,458 pelajar menduduki MUET pada 2026.

Pemerkasaan kaum wanita dan golong-golongan lain tidak dipinggirkan.  Sebanyak RM173.56 juta diperuntukkan kepada Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR). OKU, warga emas, kanak-kanak, ibu tunggal, anak yatim dan golongan miskin, termasuk penerima rawatan hemodialisis dan pusat-pusat Autisme Sabah juga menerima sumbangan dalam belanjawan ini. Taman Didikan Kanak-Kanak Kelainan Upaya di Nabawan (RM12.69 juta). Program kesedaran masyarakat seperti kekeluargaan, kesihatan, kepenggunaan dan kepimpinan wanita diperuntukkan RM960 ribu, manakala PEMADAM Sabah menerima RM550 ribu untuk program pencegahan dadah.

Dalam usaha Kerajaan untuk menarik penglibatan belia dalam bidang sukan juga mendapat perhatian.  Sebanyak RM98.06 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif bagi Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan pada 2026. Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) telah dipertanggungjawabkan untuk pencarian bakat atlet, latihan berprestasi tinggi dan persediaan atlet Paralimpik, termasuk kajian kebolehlaksanaan Stadium Utama Kota Kinabalu.

PEMBASMIAN KEMISKINAN

Kerajaan Sabah komited membasmi kemiskinan dengan pelaksanaan Program Menoktahkan Miskin Tegar dan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR). Bantuan kewangan RM300 sebulan kepada 100,000 penerima miskin dan miskin tegar. Setakat 3 November 2025, Sabah mencatat 0 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar tentunya memberi kelegaan kepada penerima. Sebanyak 55,782 KIR masih berstatus miskin dan menjadi fokus intervensi. Pada 2026, program berimpak tinggi seperti Program MySMJ Profiling, Rumah Mesra SMJ, Bantuan Pendidikan, Program MySMJ Kerja dan Program SYUKUR akan diperluas.

Belanjawan 2026 juga kekal memfokus kebajikan masyarakat luar bandar.  Sebanyak RM317.72 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Tumpuan diberi terhadap pelaksanaan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA), Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA) dan Projek Jambatan Kecil Luar Bandar (JKLB).

Dalam menangani isu jalan raya dan air yang sering menjadi topik hangat diperkatakan , belanjawan 2026 memperuntukkan RM4.80 bilion kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti. Bajet ini sudah tentu memberi manfaat yang signifikan, menyeluruh dan merentasi daerah di seluruh Sabah.  Antara program yang akan diberi keutamaan ialah naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) di Papar, Lahad Datu, Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan, termasuk penyelenggaraan aset kritikal. Projek pembetungan seperti Loji Enap Cemar Ranau, pembaikan paip kritikal di Kota Kinabalu dan Tawau, serta kajian semula Pelan Induk Sistem Pembetungan Negeri (RM2 juta) antara yang akan diberi keutamaan. Dua projek berimpak tinggi Loji Rawatan Kumbahan Kota Kinabalu Selatan dan Tuaran dengan RM20 juta berupaya memberi impak signifikan kepada pelan pembangunan di kawasan ibukota dan dipingir yang kini mengalami kepesatan pembangunan.

Kerajaan Sabah memperuntukkan RM195.56 juta bagi pelbagai program kelestarian biodiversiti dan sumber semula jadi. Belanjawan 2026 juga menitik berat kepada penyelidikan dan pembangunan program bioteknologi bagi manfaat industri, perubatan dan pertanian.

Menyedari peripenting sumbangan GLC kepada pertumbuhan belanjawan ini menekankan tadbir urus korporat dalam Badan Berkanun Negeri (BBN) dan GLC. Melalui penubuhan JPP-KKNS dan SALIC bagi memantau prestasi, pinjaman dan pelaburan. Gesaan YAB Ketua Menteri untuk GLC mengemukakan laporan secara berkala bertepatan memastikan tidak berlaku pelanggaran integriti

Tidak dinafikan belanjawan Sabah 2026, memperuntukkan sejumlah besar dana untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri secara menyeluruh. Peruntukkan kepada tatakeoloa yang baik pastinya mampu memacu pertumbuhan ekonomi, memperkukuh kesejahteraan sosial, dan memastikan pembangunan inklusif serta mampan untuk rakyat Sabah dapat direalisasikan.

Belanjawan Sabah 2026 memberi impak signifikan terhadap pembangunan ekonomi, sosial, infrastruktur, dan tadbir urus negeri.

Dari segi ekonomi, peruntukan besar kepada sektor utama seperti pertanian, perindustrian, dan pelancongan dijangka menjadi pencetus pertumbuhan mapan. Sektor pertanian dan perikanan, melalui pembangunan projek moden serta penyediaan bantuan kepada petani, nelayan, dan penternak, meningkatkan produktiviti luar bandar serta pendapatan isi rumah. Pembangunan industri makanan dan ekonomi biru pula memperkukuh keselamatan makanan dan ekonomi pesisir, sambil menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Sektor perindustrian, melalui pelaburan domestik dan asing, termasuk projek kilang keluli hijau, meningkatkan pelaburan, pengeluaran, dan rantaian bekalan tempatan. Sektor pelancongan pula memberi impak langsung kepada komuniti melalui peningkatan kemudahan pelancongan, promosi budaya dan warisan, serta projek baharu seperti muzium, pusat seni, dan galeri marin, yang seterusnya menjana ekonomi kreatif serta peluang pekerjaan tempatan.

Pelaksanaan program strategik ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup rakyat, tetapi juga meletakkan Sabah sebagai wilayah progresif dan stabil, selari dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 dan Rancangan Malaysia Ke-13. Potensi pertumbuhan tentunya terserlah jika 40 peratus daripada hasil Sabah disalur kembali sebagai suntikan.  Kesan penganda akhirnya akan terhasil.

Wabak Senyap di Poket Sendiri2025-12-22T06:53:46+08:002025-12-22T06:53:46+08:00/v5/ms/featured-bm/18245-wabak-senyap-di-poket-sendiriMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Kemajuan teknologi yang berkembang pesat pada masa kini telah membawa pelbagai kesan terhadap pengguna. Remaja Generasi Z merupakan kumpulan yang paling terdedah kepada penggunaan teknologi melalui gajet telefon pintar. Golongan remaja berada pada tahap perkembangan yang kritikal, di mana tahap kematangan kognitif dan emosi mereka masih belum stabil, menjadikan mereka lebih mudah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Jika tidak terkawal, ini boleh menyebabkan pendedahan berlebihan kepada media sosial, kecerdasan buatan (AI) melalui cara aplikasi memilih apa yang muncul di skrin remaja kita (algoritma kandungan), serta kandungan agresif dalam aplikasi permainan video. Secara keseluruhannya, pendedahan ini mampu memberi kesan ketara terhadap kesihatan mental dan tingkah laku remaja.

Statistik daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 melaporkan bahawa seramai 26.9% remaja 15-19 tahun di Malaysia mengalami simptom kemurungan berdasarkan penilaian kesihatan mental PHQ-9. Angka ini menunjukkan skala krisis yang besar. Ini boleh dikaitkan dengan perkembangan digitalisasi semasa. Penatalan tanpa henti (doomscrolling) dan perbandingan sosial dipacu oleh kandungan paparan kehidupan luar yang kelihatan sempurna walaupun tidak realistik. Situasi ini mendorong kepada rasa rendah diri dan ketidakpuasan kendiri. Ketagihan penggunaan media sosial mencetuskan tekanan psikologi akibat keinginan untuk kelihatan sempurna, meraih reaksi dan komen serta pengiktirafan sosial.

Kesan digital ini bukan hanya pada emosi, tetapi turut menjalar ke tingkah laku harian remaja. Komunikasi dalam talian yang berlebihan menyebabkan remaja kurang mahir memahami isyarat sosial dan respons emosi, yang akhirnya menyumbang kepada penurunan empati. Kajian mendapati remaja yang menggunakan media sosial lebih dari 4 jam sehari lebih sukar mengenali emosi orang lain dan kurang responsif secara empati. Mereka menjadi lebih bersikap defensif, lebih cepat marah, dan kurang untuk membantu rakan sebaya yang menghadapi kesukaran. Mereka juga cenderung mengasingkan diri dari persekitaran sekeliling.

Permainan video yang mengandungi unsur ganas berpotensi menumpulkan empati dan mendorong tingkah laku agresif dalam situasi kehidupan sebenar. Fenomena ini dapat dilihat melalui peningkatan kes buli, termasuk buli fizikal dan buli siber. Data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) 2024 menunjukkan peningkatan kes buli sebanyak 26% dari tahun sebelumnya yang mencerminkan kesan tersebut.. Revolusi digital telah menyaksikan penggunaan telefon pintar berinternet secara meluas dalam kalangan remaja yang tiada had akses. Berbeza dengan remaja pada masa lalu yang perlu mengunjungi kafe siber untuk mengakses internet atau bermain permainan video. Perubahan fungsi telefon pintar daripada hanya alat komunikasi kepada peranti pelbagai guna, termasuk akses media sosial dan permainan video, menjadikan penggunaannya lebih menarik dan berpotensi mewujudkan ketagihan. Grafik permainan yang semakin realistik turut meningkatkan daya tarikan dan kesan terhadap kesejahteraan mental remaja.

Kementerian Komunikasi Malaysia, baru-baru ini mencadangkan langkah berani: melarang akses media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun bermula tahun 2026, atau mewajibkan pengesahan identiti (eKYC) yang ketat. Polisi sebegini memberikan signal keras kepada syarikat teknologi untuk bertanggungjawab. Selama ini, mereka mengaut keuntungan daripada perhatian anak-anak kita tanpa mempedulikan kerosakan mental. Undang-undang ini memaksa mereka mengutamakan kesejahteraan pengguna muda. Dari sudut pandang kesihatan awam, ini sama seperti kita mengawal pembiakan nyamuk untuk mencegah denggi. Jika kita tahu media sosial dan permainan video tanpa batasan adalah 'vektor' penyebar kemurungan, kegelisahan, dan tingkah laku ganas, adakah wajar kita membiarkan anak-anak terdedah tanpa perlindungan?

Orang ramai memberikan reaksi skeptikal dan ada yang menganggap ini menyekat kebebasan. Pengalaman China pada 2021, memperkenalkan had bermain game hanya pada Jumaat, Sabtu, dan Ahad selama satu jam menunjukkan bahawa polisi kerajaan boleh mengubah tingkah laku, tetapi ia bukanlah penyelesai sempurna. Walaupun timbul penurunan ketara dalam masa bermain, muncul cabaran baharu seperti peralihan ketagihan kepada video pendek. Melarang semata-mata adalah seperti meletakkan plaster pada luka yang dalam, ia membantu menghentikan pendarahan, tetapi tidak menyembuhkan punca penyakit.

Kita memerlukan pendekatan "Imunisasi Digital" iaitu strategi komprehensif yang melibatkan ketiga-tiga pemangku kepentingan utama untuk membangun ketahanan remaja terhadap risiko digital. Ini bermakna remaja dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai yang membolehkan mereka menggunakan teknologi dengan bijak dan selamat.

Ibu bapa sebagai barisan hadapan, sebagaimana kita tidak membiarkan anak anda memandu kereta di jalan raya tanpa lesen. Mengapa berikan mereka akses kepada lebuh raya maklumat tanpa pengawasan? Ibu bapa perlu kembali memegang autoriti. Bukan sekadar merampas telefon, tetapi mewujudkan zon bebas gajet di rumah.

Pendidikan sebagai pendokong besar. Sekolah perlu mengajar literasi AI dan etika digital bukan sebagai subjek elektif, tetapi sebagai subjek teras. Remaja perlu faham bahawa apa yang mereka lihat di TikTok atau Instagram adalah kurasi algoritma, bukan realiti.

Polisi yang tegas dengan mengehadkan umur 16 tahun sebagai satu signal keras kepada syarikat teknologi gergasi. Selama ini, mereka mengaut keuntungan daripada perhatian anak-anak kita tanpa mempedulikan kesan yang berlaku. Undang-undang ini memaksa mereka untuk bertanggungjawab.

Kesimpulannya, peningkatan kes buli dan keganasan remaja adalah simptom kepada persekitaran digital yang toksik. Kesihatan mental dan keselamatan fizikal lebih berharga daripada jumlah likes atau level permainan mereka. Sudah tiba masanya kita menekan butang pause sebelum terlambat. Teknologi tidak akan berhenti berkembang, tetapi kita masih boleh menentukan bagaimana ia membentuk masa depan anak-anak kita.

Artikel Oleh:

Dr. Nurshafinaz Binti Hj Abu Bakar

MD (Moscow), MPH (UMS)

MMC: 94256

Doctor of Public Health (DrPH) Student in UMS

Department of Public Health Medicine

Faculty of Medicine & Health Sciences

鶹Ƶ

Jalan UMS, 88450 Kota Kinabalu

nurshafinaz_dm25@iluv.ums.edu.my
01151304453

Dr. Mohammad Azri Bin Bantalani

MD (UKM), MPH (UMS)

MMC: 73451

mohammad_azri_dm25@iluv.ums.edu.my
0163945013

Tatacara Membuat Aduan Integriti Yang Betul2025-12-03T07:41:23+08:002025-12-03T07:41:23+08:00/v5/ms/featured-bm/18254-tatacara-membuat-aduan-integriti-yang-betulMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

[ARTIKEL BIUMS Siri 23/2025]

Disediakan oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS

Integriti merupakan asas kepada budaya kerja cemerlang di 鶹Ƶ (UMS). Bagi memastikan persekitaran kerja yang amanah, profesional dan bebas salah laku, setiap warga UMS diberikan saluran rasmi untuk membuat aduan berhubung sebarang pelanggaran etika atau tatakelakuan. Namun begitu, aduan integriti hanya boleh diproses dengan berkesan sekiranya ia dikemukakan secara lengkap, jelas dan disokong oleh maklumat yang tepat. Artikel ini menghuraikan tatacara membuat aduan integriti yang betul di UMS supaya setiap aduan dapat diterima, disiasat dan ditangani dengan sewajarnya.

MEMAHAMI JENIS SALAH LAKU INTEGRITI

Aduan integriti biasanya melibatkan isu seperti salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah, ketidakpatuhan prosedur kewangan, gangguan seksual, perebutan kepentingan (conflict of interest), ketidakhadiran bertugas, atau penyalahgunaan aset universiti. Mengetahui kategori salah laku membantu pengadu menghuraikan aduan dengan lebih teratur dan tepat.

MENGGUNAKAN KERANGKA 5W1H

UMS menerima aduan berdasarkan kaedah 5W1H yang menjadi piawaian dalam pengurusan siasatan.

1. What (Apa berlaku?)

Nyatakan perbuatan atau salah laku secara spesifik.

2. Who (Siapa terlibat?)

Sertakan nama, jawatan atau butiran pengenalan yang munasabah.

3. When (Bila ia berlaku?)

Catat tarikh, masa atau tempoh kejadian.

4. Where (Di mana ia berlaku?)

Nyatakan lokasi seperti fakulti, pejabat, makmal atau platform digital.

5. Why (Mengapa ia salah?)

Kaitkan dengan peraturan UMS, tatakelakuan penjawat awam, atau SOP universiti.

6. How (Bagaimana kejadian berlaku?)

Terangkan rentetan peristiwa secara ringkas dan kronologi.

MELAMPIRKAN BUKTI SOKONGAN

UMS menggalakkan pengadu menyediakan bukti asas seperti gambar, video, e-mel, mesej, dokumen, salinan borang atau kenyataan saksi. Bukti tidak perlu sempurna, namun harus cukup untuk menunjukkan bahawa dakwaan tersebut wajar disiasat.

Contoh Aduan yang kabur (Tidak Memadai)

“Saya rasa seorang staf di fakulti saya menyalahgunakan kuasa. Banyak orang tidak puas hati, tetapi tiada siapa berani bersuara.”

Masalah contoh ini:

1. Tiada nama individu atau jawatan.

2. Tiada tarikh atau masa.

3. Tiada lokasi atau bukti.

4. Mengandungi frasa “saya rasa”, berunsur spekulatif.

Aduan seperti ini berisiko tinggi ditolak (NFA – No Further Action) kerana tiada asas siasatan.

Contoh Aduan yang jelas (Diterima untuk siasatan)

“Pada 18 Oktober 2025, jam lebih kurang 3.00 petang, seorang pegawai pentadbiran Gred 41 di Fakulti XXX telah menggunakan kenderaan rasmi UMS (nombor pendaftaran XXX123) untuk tujuan peribadi ke pusat membeli-belah Imago. Saya melampirkan gambar, tarikh dan masa yang tertera pada foto sebagai bukti. Tindakan ini melanggar Arahan Keselamatan Aset UMS dan merupakan penyalahgunaan kemudahan universiti.”

SALURAN ADUAN RASMI DI UMS

Pengadu boleh mengemukakan aduan melalui:

1. Bahagian Integriti UMS (BIUMS)

2. E-mel rasmi integriti

3. Surat rasmi bertandatangan

KESIMPULAN

Aduan integriti yang baik ialah aduan yang lengkap, tepat dan berfakta. Dengan menggunakan kerangka 5W1H dan melampirkan bukti sokongan, proses siasatan dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan. Setiap warga UMS bertanggungjawab memastikan integriti menjadi budaya utama dalam perkhidmatan universiti.

Warta: Nisan Karier Penjawat Awam2025-10-17T02:17:35+08:002025-10-17T02:17:35+08:00/v5/ms/featured-bm/17893-warta-nisan-karier-penjawat-awamMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

[ARTIKEL BIUMS Siri 19/2025]

Disediakan oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS

Dalam dunia perkhidmatan awam, tiada yang lebih mengaibkan daripada satu perkataan: warta. Ia bukan sekadar pengumuman, ia adalah hukuman terbuka, penghakiman muktamad, dan pengisytiharan kejatuhan seorang penjawat amanah.

Jika anda masih menganggap warta itu sekadar prosedur, anda belum faham betapa seriusnya pengkhianatan terhadap integriti.

Warta Bukan Sekadar Kertas. Ia Adalah Penghinaan Terbuka

Apabila nama anda diwartakan, itu bermakna kerajaan telah mengangkat kesalahan anda ke peringkat nasional. Bukan lagi isu dalaman. Bukan lagi rahsia pejabat. Nama anda kini menjadi bahan bacaan umum sebagai contoh pengkhianat amanah.

Jalan Ke Neraka Tatatertib

Di UMS, kami tidak bertolak ansur dengan pelanggaran disiplin. Setiap kes disiasat, setiap peluang pembelaan diberi. Tetapi apabila bukti kukuh, dan keputusan dijatuhkan, hukuman akan dilaksanakan tanpa kompromi. Buang kerja, Gantung kerja, Turun pangkat, Amaran keras dan apabila semuanya selesai, Warta Kerajaan akan mencatat nama anda sebagai pesalah.

Implikasi Warta: Tamat Riwayat, Terhapus Maruah

Jangan anggap pewartaan itu sekadar formaliti. Ia adalah penghancur masa depan.

Anda hilang status penjawat awam.

Anda mungkin kehilangan pencen dan faedah.

Anda tidak lagi layak berkhidmat dalam mana-mana agensi awam.

dan yang paling pedih — nama anda kekal sebagai rekod hitam negara.

Contoh Nyata:    Tertipu Dengan Kelicikan Sendiri

Seorang pegawai muda, cemerlang dan berpotensi, menipu tuntutan perjalanan. Jumlahnya kecil, tetapi niatnya jahat. Akhirnya, dia dibuang kerja.

Beberapa bulan kemudian, kenyataan rasmi pun keluar:

“Encik [Nama], Pegawai Gred, 鶹Ƶ, telah dibuang kerja berkuat kuasa pada 15 Ogos 2025.”

Pendek. Pedih. Kekal.

Warta Adalah Cermin. Lihatlah Wajah Anda Sebelum Terlambat

Setiap nama yang diwartakan adalah pengajaran keras kepada kita semua. Jangan fikir anda kebal. Jangan fikir kesalahan kecil boleh disembunyikan. Integriti bukan pilihan ia kewajipan.

Tiada Maaf Untuk Pengkhianat Amanah

Bahagian Integriti UMS tidak akan melindungi sesiapa yang mencemar nama universiti. Kami tidak akan berdiam diri terhadap rasuah, penipuan, atau salah guna kuasa. Kami akan siasat. Kami akan bertindak. Kami akan wartakan.

Penutup: Takutlah Sebelum Terlambat

Jika anda masih berkhidmat, ingatlah anda sedang diperhatikan. Setiap tindakan anda, setiap keputusan anda, akan dinilai dan jika anda tergelincir, Warta Kerajaan akan menjadi batu nisan karier anda.

“Integriti bukan sekadar slogan. Ia adalah garis hidup seorang penjawat awam. Langgar garis itu dan anda akan tenggelam dalam tinta hitam pewartaan.”

Undi Parti Lokal, Tolak Parti luar? Pengundi Sabah Perlu Bijak Memilih2025-10-15T09:27:57+08:002025-10-15T09:27:57+08:00/v5/ms/featured-bm/18204-undi-parti-lokal-tolak-parti-luar-pengundi-sabah-perlu-bijak-memilihMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Artikel Oleh: Dr. Haryati Abdul Karim, Penyelidik Unit Kajian Elektoral dan Geopolitik Borneo (GEOPES)

Menjelang pilihanraya negeri Sabah ke-17, sekali lagi, pengundi Sabah disajikan dengan naratif anti-parti luar, atau lebih tepat parti Malaya di media massa dan media sosial. Bingkainya sama tetapi pengisiannya sahaja berubah.

Sebelum ini, slogan Sabah for Sabahan dilaung-laungkan pada pilihanraya negeri yang lalu tetapi kurang mendapat sambutan. Kali ini, taktik menggunakan sentiment anti-parti luar ini dicanang sekali lagi oleh para lasker siber parti-parti lokal dengan menggunakan naratif undi parti lokal bermakna undi ke arah autonomi, bebas dari ditadbir parti luar, bebas menentukan hala tuju negeri Sabah.

Begitu kuat semangat anti-parti luar sehingga menyebabkan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) memilih untuk keluar dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan tindakan itu dikatakan terkait dengan isu parti lokal vs luar yang mana mereka menuntut agar lebih banyak kerusi diberi kepada parti lokal berbanding parti luar.

Terkini, STAR melalui laman FBnya mengeluarkan hantaran – ‘Rumah Kita, Kita Jaga. Kunci Rumah, Kita Pegang’. Sabah For Sabahan, Justice for Sabahan,’ membawa makna untuk kali ini, Sabah akan ditadbir oleh parti tempatan dan kunci rumah merujuk kepada parti tempatan yang akan menentukan urusan dalaman negeri.

Namun, setelah mengumumkan pembentukan Pakatan baharu – Gerakan Sabah Baharu, Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata pakatan itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti luar dari Semenanjung.

Berbeza dengan parti Warisan apabila Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan bahawa Warisan akan kekal mesra kerajaan Persekutuan sekiranya ia memenangi pilihanraya negeri nanti.

Apapun, dalam kedua-dua perkembangan tersebut, wakil parti-parti lokal menyedari bahawa Sabah tidak boleh berdiri sendiri tanpa sebarang hubungan atau Kerjasama dengan pihak luar samada parti luar atau kerajaan Persekutuan.

Masalahnya ialah terdapat pengundi di akar umbi yang terdedah kepada naratif-naratif anti parti luar, undi parti lokal di media sosial turut menyokong naratif tersebut berdasarkan kepada apa yang mereka lihat di negeri Sarawak.

Namun, di sebalik keterujaan sesetengah netizen dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ yang dibawa oleh parti-parti lokal itu, tidak dapat dinafikan terdapat juga rakyat Sabah yang bimbang dengan naratif tersebut kerana dikhuatiri akan menyebabkan Sabah lebih ketinggalan dalam arus pembangunan perdana.

Naratif-naratif undi parti lokal turut menunjukkan seolah-olah Sabah tidak pernah dipimpin oleh parti-parti lokal walhal itu tidak benar.

Jika dilihat dari segi sejarah politik Sabah, soal parti lokal menerajui Kerajaan negeri Sabah bukan sesuatu yang baharu. Bermula pada tahun 1963 sehingga 1994, Sabah sememangnya sudah diperintah oleh parti-parti lokal daripada United Sabah National Organization (USNO), Berjaya mahupun Parti Bersatu Sabah (PBS).

Hanya pada tahun 1990, barulah UMNO dibawa masuk ke Sabah dan seterusnya menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) Sabah.

Bermula dari tempoh itu, trend pemerintahan Sabah menyaksikan nengeri itu tidak pernah diterajui sepenuhnya oleh parti lokal tetapi lebih kepada gandingan parti luar dengan parti-parti tempatan lain.

Namun, Sabah tetap menikmati pembangunan yang pesat daripada gandingan parti luar-parti lokal walaupun tidak seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

Persoalannya, adakah soal parti lokal vs parti luar itu adalah sebenarnya masalah dan isu utama yang dihadapi oleh Sabah?

Jawapannya adalah Tidak. Persoalan yang sebenar ialah yang menghantui rakyat Sabah adalah masalah pembangunan infrastruktur dan pembangunan lain yang menjejas kualiti hidup rakyat Sabah.

Bermula dengan masalah infrastruktur yang masih membelenggu rakyat Sabah yang memerlukan penyelesaian segera. Masalah gangguan bekalan air, elektrik dan keadaan jalan-jalanraya yang berlubang masih berlaku di seluruh Sabah dan menghantui kehidupan penduduk di negeri ini.

Dari segi sosio-ekonomi, kadar kemiskinan mutlak dan relatif di negeri masih berada dalam angka dua digit.

Seterusnya, isu tahap pendapatan rakyat Sabah yang rendah yang mana 30.8 peratus isi rumah mencatat pendapatan bulanan antara RM2,000 – RM3,999 manakala golongan yang berpendapatan bulanan antara RM10,000-RM11,999 hanyalah 5.3 peratus sahaja menurut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah oleh Jabatan Perangkaan 2024.

Oleh sebab itulah, apabila program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 diumumkan, rakyat Sabah merekodkan 98 peratus penggunaan bantuan tersebut berbanding negeri-negeri ini. Hakikatnya, harga barang-barang seperti makanan di Sabah jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Peluang-peluang pekerjaan untuk graduan masih terhad sehingga menyebabkan ramai graduan Sabah terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain untuk mencari rezeki sesuai dengan kelayakan mereka.

Dari segi sistem pengangkutan awam, sudah tiba masanya ianya dimajukan. Ini kerana sehingga kini, Sabah belum ada sistem pengangkutan awam yang efisyen dan bersepadu seperti yang terdapat di Kuala Lumpur seperti komuter yang dapat menghubungkan penduduk luar bandar ke bandar.

Para pengundi juga muda menanti-nantikan apa yang dapat ditawarkan oleh pihak-pihak yang bakal bertanding untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Antaranya ialah langkah menaikkan tahap pendapatan mereka yang bekerja di Sabah.

Soalnya, jika dilihat dari ucapan-ucapan yang dibuat oleh setengah parti lokal, belum ada yang benar-benar menawarkan visi dan misi mengenai hala tuju masa depan negeri Sabah.

Pada dasarnya, Sabah mempunyai potensi untuk berkembang menjadi sebuah negeri yang kaya dan maju. Oleh itu, apa yang rakyat Sabah benar-benar perlukan sekarang ialah kepimpinan yang mempunyai visi dan misi yang jelas akan hala tuju Sabah, yang pragmatik, berani dan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Oleh itu, naratif undi parti lokal, tolak parti luar itu tidak begitu relevan apalagi slogan Sabah for Sabahan buat rakyat Sabah pada masa kini.

Justeru, pengundi Sabah harus bijak memilih dan bersikap pragmatik dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan. Ini kerana mereka sudah merasai pentadbiran di bawah parti lokal sepenuhnya, parti nasional dan gandingan parti lokal-nasional.

Untuk kali ini, mereka tidak boleh memilih atas dasar sentimen semata-mata. Menjelang PRN ke-17, mereka harus memilih mana yang dapat menawarkan pakej pembangunan yang realistik, bersifat solusi dan inklusif sehingga berjaya mengangkat Sabah menjadi sebuah negeri yang progresif dan makmur tanpa menjejas hubungannya dengan kerajaan Persekutuan.

UMS dan UPM Perkukuh Jaringan Tadbir Urus Berintegriti Melalui Lawatan Kerja BIUMS ke Bahagian Governan dan Integriti UPM2025-10-13T08:12:21+08:002025-10-13T08:12:21+08:00/v5/ms/featured-bm/17892-ums-dan-upm-perkukuh-jaringan-tadbir-urus-berintegriti-melalui-lawatan-kerja-biums-ke-bahagian-governan-dan-integriti-upmMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

[ARTIKEL BIUMS Siri 18/2025]

Disediakan oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS

Bahagian Integriti 鶹Ƶ (BIUMS) telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke Bahagian Governan dan Integriti (BGI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha memperkukuh jaringan kolaborasi strategik antara universiti awam (UA) ke arah pengukuhan sistem tadbir urus dan integriti sektor pendidikan tinggi.

Delegasi UMS diketuai oleh YBrs. Tuan Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS, telah disambut oleh Encik Azizi Ismail, Ketua Bahagian Governan dan Integriti UPM, bersama barisan pegawai kanan bahagian tersebut. Lawatan ini menjadi platform penting dalam memperluas perkongsian ilmu, pertukaran pengalaman dan penerokaan peluang kerjasama strategik antara dua universiti utama negara.

Perbincangan Strategik dan Perkongsian Amalan Terbaik

Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak berkongsi pandangan mengenai struktur tadbir urus integriti di universiti awam, termasuk mekanisme pelaksanaan program pencegahan salah laku, pengurusan aduan, serta strategi pemantapan budaya beretika dalam kalangan warga universiti.

Darwis Awang dalam ucapannya menyatakan bahawa lawatan ini amat signifikan dalam memperkukuh ekosistem governan berintegriti di peringkat institusi pendidikan tinggi, selain membuka ruang kepada sinergi baharu antara universiti.

“Kami melihat kerjasama antara universiti awam dalam bidang integriti bukan sekadar perkongsian amalan, tetapi sebagai langkah konkrit membina ekosistem tadbir urus yang saling menyokong dan memperkukuh nilai akauntabiliti dalam pendidikan tinggi,” ujar beliau.

Sementara itu, Encik Azizi Ismail turut menzahirkan penghargaan atas inisiatif BIUMS dan menegaskan bahawa UPM sentiasa terbuka kepada perkongsian strategik dengan universiti lain dalam memperkukuh agenda governan berintegriti, budaya kerja berakauntabiliti, dan pencegahan rasuah secara menyeluruh.

Ke Arah Kolaborasi Antara Universiti Awam

Lawatan ini turut membincangkan potensi kerjasama rentas universiti dalam bidang latihan, penyelidikan, dan pembangunan modul pendidikan integriti yang boleh dimanfaatkan oleh semua institusi pendidikan tinggi awam. Inisiatif ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membentuk modal insan beretika dan tadbir urus universiti yang cekap, telus serta beramanah.

Melalui lawatan ini, BIUMS dan BGI UPM bersetuju untuk menjalin hubungan strategik berterusan dalam usaha memperkukuh budaya integriti, termasuk penganjuran bersama bengkel, program latihan dan perkongsian data amalan terbaik dalam tadbir urus universiti.

Lawatan kerja ini menandakan satu langkah penting ke arah pembinaan rangkaian UA Berintegriti, selaras dengan komitmen UMS untuk menjadi universiti yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga unggul dalam nilai etika, governan dan tanggungjawab sosial.

UMS Perkukuh Tadbir Urus Integriti Melalui Lawatan Penanda Aras ke DBKL2025-10-10T08:07:07+08:002025-10-10T08:07:07+08:00/v5/ms/featured-bm/17891-ums-perkukuh-tadbir-urus-integriti-melalui-lawatan-penanda-aras-ke-dbklMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

[ARTIKEL BIUMS Siri 17/2025]

Disediakan oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS

Bahagian Integriti, 鶹Ƶ (UMS) telah mengadakan lawatan penanda aras rasmi ke Jabatan Integriti (JIT), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha memperkukuh amalan tadbir urus berintegriti dan memperluas jaringan kolaborasi antara agensi sektor awam.

Delegasi UMS diketuai oleh YBrs. Tuan Darwis bin Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS, telah disambut mesra oleh Pengarah JIT DBKL, PKPj Kamarulzaman bin Ahmad bersama barisan pegawai kanan jabatan. Lawatan ini bertujuan mendalami sistem pengurusan aduan dan pelaporan integriti DBKL, yang dianggap antara model rujukan terbaik dalam pelaksanaan tadbir urus awam di Malaysia.

Perkongsian Ilmu dan Amalan Terbaik

Sesi lawatan ini menjadi platform berharga bagi kedua-dua pihak untuk berkongsi pengalaman, strategi dan amalan terbaik dalam pengurusan integriti, aduan serta pencegahan rasuah. Delegasi UMS turut diberi taklimat mengenai sistem pengurusan aduan bersepadu DBKL, termasuk mekanisme siasatan dalaman, saluran pelaporan beretika, serta pendekatan pemantauan berasaskan teknologi.

Menurut Tuan Darwis, pendekatan DBKL yang menggabungkan sistem pelaporan digital, pengesanan kes masa nyata, dan pelibatan komuniti dalaman merupakan contoh terbaik bagaimana organisasi besar dapat mengekalkan ketelusan serta kecekapan dalam menangani isu integriti. Beliau turut menekankan bahawa model ini sesuai dijadikan asas penambahbaikan kepada sistem pengurusan integriti sedia ada di UMS.

“Kami melihat DBKL bukan sekadar melaksanakan sistem aduan, tetapi membudayakan nilai integriti secara menyeluruh — daripada pentadbiran hingga kepada penyampaian perkhidmatan. Inilah yang ingin kita pelajari dan sesuaikan dengan ekosistem universiti,” ujar beliau.

Sokongan Kepada Aspirasi Malaysia MADANI

Lawatan ini juga memperkukuh komitmen UMS terhadap aspirasi Malaysia MADANI, dengan fokus kepada pembentukan modal insan beretika, budaya kerja berintegriti, dan penyampaian perkhidmatan awam yang telus serta berakauntabiliti tinggi.

Pihak DBKL pula menyambut baik inisiatif tersebut dan berharap agar perkongsian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi antara universiti dan agensi kerajaan dalam bidang pengurusan integriti serta pembangunan kapasiti etika penjawat awam.

Secara keseluruhannya, lawatan penanda aras ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara DBKL dan UMS, tetapi turut membuka ruang kepada pembangunan sistem pelaporan dan pemantauan integriti yang lebih efisien dan inklusif di masa hadapan.